Ayam masak ungkep, merupakan masakan popular bagi orang Jawa! sangat sedap dan rugi siapa yang tak pernah makan. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang. Mak-mak yang nak rasai sendiri kesedapan Ayam Masak Ungkep ni, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Amira Husin.
Berikut resipi dan langkah yang dikongsikan satu persatu;
“Siapa kat sini suka menu Ayam Masak Ungkep? Ini masakan popular orang Jawa. Kuahnya tak terlalu basah dan kering sedikit macam rendang.”
“Masakan Ungkep ni guna cili api. Kalau nak pedas, boleh tambah cili api lebih sedikit. Kalau mahu kurangkan pedas, boleh tambah santan. Makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Kecur air liur dah ni. Jom kita cuba resepi Ayam Masak Ungkep ni. Senang sangat.”
Bahan-bahannya:
6 ketul ayam (dibasuh bersih)
1 biji bawang besar
2 inci halia
10 biji cili api hijau
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
2 batang serai
1 sudu besar gula melaka
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara Membuat:
1.Basuh bersih ayam yang dipotong.
2.Masukkan sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata.
Ads
3.Gaul rata macam ini. Rehatkan di tepi.
4.Sementara itu, sediakan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar.
5.Masukkan bawang besar, halia, cili api hijau, bawang putih, kunyit hidup, jintan manis dan ketumbar ke dalam mesin pengisar. Kisar bahan-bahan dengan sedikit minyak masak.
6.Kisar sehingga halus macam ini.
Ads
7.Panaskan minyak didalam kuali.
8.Tumis bahan yang telah dikisar tadi sampai pecah minyak.
9.Masukkan ayam yang telah digaul dengan kunyit dan garam tadi. Gaul rata.
Ads
10.Masukkan serai dan gaul rata.
11.Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Gaul rata sehingga masak.
12.Dah siap. Inilah dia Ayam Masak Ungkep yang telah siap dimasak.
Senang kan? Selamat mencuba.
MW: Sedapnya Ayam masak ungkep ini. Masakan yang sangat popular bagi orang Jawa. Makan dengan nasi panas-panas, memang bertambah sedap!
Siapa sangka resipi yang dibuat pada mulanya hanya untuk suka-suka makan sendiri untuk keluarga juga akhirnya boleh menjadi salah satu pendapatan sampingan.Menerusi perkongsian oleh Wan Hartini Wan Zainodin, beliau kongsikan resipi Tofu Begedil yang dibuat berniaga dan diambil tempahan.
Berikut perkongsian beliau;
“Mula-mula sekadar suka-suka sekarang dah jadi side income Alhamdulillah.Sape suka tofu bergedil? Ada yang nak resipi tak? Meh saya kongsikan.Saya mohon doakan saya dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.Amin.silalah share…semoga bermanfaat.
Bawang goreng
Daun bawang
Cili padi
Cili besar merah buang biji
Cili besar hijau buang biji
Cara Membuat:
1. Rebus kentang hingga empuk
2. Goreng dada ayam bersama sebiji bawang holland, perasakan.
3. Sesudah Kentang empuk, masukkan isi ayam Dan semua bahan-bahan yang disenarai diatas.
4. Potong tauhu dengan gunting bentuk ‘X’.
5. Sumbatkan tauhu.
6. Celup telur Dan goreng dalam minyak secara ‘deep fry”
Resipi Sos Kacang Bijan
1. Cili kering digoreng dengan minyak pastu kisar.
2. Gula melaka satu potong cairkan ngan sedikit air.
3. Campurkan cili tadi kedalam gula
4. Campurkan kicap jalen secukup rasa
5. Perasakan dengan cukup rasa Dan sedikit garam
6. Campur dengan sesudu Tepung jagung untuk pekatkan sos
7. Kalau suka sos cair tambahkan sedikit air
8. Sangai kacang tanah…buang kulit tumbuk kasar
9. Setelah sos masak taburkan bijan Dan kacang.
Tauhu ni agak renyah nak buat.Walau bahan-bahannya kelihatan senang.
Selamat Mencuba!
Sumber: wan hartini wan zainodin via mahn
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Haa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba.”
Bahan-bahan Resepi Cracker Telur Dadar Sedap
15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Telur yang dah digaul bawang ini nanti akan disatukan dengan biskut cracker yang dibasuh dan digoreng. Isk! memang rare..
Cara Membuat
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!
Tonton Video, Akan Ditunjukkan Satu Persatu Step By Step CrackerTelur Dadar Sedap
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masih dalam mood raya, buat mak-mak yang nak buat kuah kacang makan dengan nasi impit atau ketupat untuk tetamu yang datang boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Hanie Rosly ini.
Ada macam-macam resipi untuk memasak kuah kacang, namun menurut Hanie, kuah kacang original sangat simple dan hanya menggunakan 4 bahan je.
Berikut perkongsian resipi yang dikongsikan;
“Nak share resepi kuah kacang simple.Resepi kuah kacang original ada 4 bahan je. Senaaang sangat nak buat, tapi kite sendiri buat bertahun- tahun baru menjadi. Sebab apa? Sebab tak ikut tips utama, lebihkan minyak sikit.”
“Masa kita kekecik dulu arwah tuk kita jual sate, ini la resepi kuah kacang nye.”
Simpan sini, esok senang nak refer.
Bahan-Bahan:
500gm Kacang Tanah
Minyak Masak
2 biji bawang besar (Dihiris halus)
Cili Boh/Cili Kisar
Cara Membuat:
1. Kacang tanah dah siap bersih kulit 500gm goreng tanpa minyak. Jangan sampai hangus tau, kacaaaau je sampai warna coklat-coklat sikit.
2. Selepas itu, blend kan dengan air. Kalau suka krup krap krup tu, jangan blend sampai halus, boleh tinggal sikit kacang besar-besar lepas tu letak tepi dulu.
3. Gorengkan bawang besar 2 biji yang dah dihiris halus dalam minyak yang lebiiiih skit.Jangan lebih banyak-banyak sangat sebab nanti kacang pun akan keluarkan minyak.Asal terendam kacang yang kita blend tu dah ok.
4. Bila bawang dah garing, masukkan cili boh sikit.Kalau cili tu pedas gilaaaaa masuk la sikit. Kalau cili tu tak berapa pedas, letak la 2 sudu besar ke. Cantik warna cili tu nanti, seri la sikit kuah kacang kite.
5. Lepas cili dah pecah minyak, masuklah kacang yang kita dah blend dengan air tu. Lepas tu kacau je jangan sampai berkerak kat bawah. Kalau pekat sangat tambah je air mengikut kepekatan yang kita suka.Jangan cair sangat tak sedap.
6. Jangan lupa garam dan gula secukup rasa.
Siapppp!
Info Ekstra!
Macam mana nak tau masak ke tak? Rasa je..kalau ada rasa kacang mentah tu, belum masak laaa jawabnye. Masak lama-lama sikit pun tak ape, tambah je air supaya tak pekat sangat.Lepas tu… Call encik asben suh beli roti… makan dengan roti.
Senang kan? Ada kacang, bawang, cili boh, garam gula, jadilaaa kuah kacang made in Kajang with loveee.
Semoga bermanfaat!
MW: Mak-mak bolehlah cuba buat resipi kuah kacang ni. Senang sangat guna 4 bahan je. Sedap di makan dengan nasi impit, sate dan ketupat.
Sumber: Hanie Rosly
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Acara Queens Night bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah” itulah antara kenyataan yang diberikan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan seperti mana...