Mak-mak penggemar mee boleh cuba resipi Mee Goreng Basah Sedap ni. Menariknya resipi ni tak guna garam, gula dan serbuk perasa pun. Sesekali ubah selera keluarga, anak-anak dan suami mesti suka. Jika nak buat jamuan atau ada tetamu nak datang di rumah pun sesuai sangat masak mee ni.

Boleh cuba perkongsian resipi daripada Huda Yaacob ini;

“Mee Goreng Basah ni adalah antara kesukaan saya. Saya simpan resepi dari saudari Ieda Roslida ni di note phone saya. Saya kongsikan semula jika ada sesiapa berhajat nak makan mee goreng basah nanti”

Bahan- Bahan :

1 bungkus Mee kuning (Dibilas dan tos)
10 ekor Sotong (Dibersihkan, potong dan tos)
1paket Fish ball (Dibersihkan, potong dan tos)
1 Ikat Sayur sawi jepun (Dibersihkan, potong dan tos)
1 biji tomato (Dibersihkan dan dibelah 6)
4 sudu besar Cili kisar
5sudu besar Sos cili
1sudu besar Sos tiram
1sudu besar Sos ikan
1sudu besar Kicap pekat
5sudu besar Kicap manis
2sudu besar Kicap mee
1cawan kecil Air putih
2sudu besar Minyak Masak untuk menumis

Bahan-Bahan (Tumbuk)
10biji Cili api
3ulas bawang putih
*Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat

IKLAN

Mee Goreng Basah Sedap! Tak Guna Garam, Gula & Serbuk Perasa

Cara Membuat:

1. Panaskan kuali, masukkan minyak 2 sudu besar.
2. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
3. Masukkan Sos cili, sos tiram,sos ikan,kicap pekat,kicap manis, kicap mee dan masukkan sotong dan fish ball dan masukkan air putih 1 cawan kecil.

Mee Goreng Basah Sedap! Tak Guna Garam, Gula & Serbuk Perasa4.Masak dan kacau-kacau bagi sebati, masukkan sayur dan kacau-kacau lagi.

IKLAN

Mee Goreng Basah Sedap! Tak Guna Garam, Gula & Serbuk Perasa5.Selepas itu masukkan mee kuning dan tomato… kacau-kacau bagi sebati dan masak.

Siap.

IKLAN

Info Ekstra!

Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji, sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup.

MW: Mak-mak boleh cuba buat sendiri resipi mee goreng basah yang sedap ni. Selalu buat mee goreng biasa je, sesekali boleh ubah selera keluarga cuba resipi ini.

Sumber: Huda Yaacob

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI