Rupanya senang nak buat cheese cake yang sedap dan gebu boleh guna empat bahan je. Kalau mak-mak nak buat untuk minum petang, ada potluck atau hari istimewa macam hari jadi anak pun sesuai sangat buat kek ini. Paling penting ia tak rasa hanyir dengan bau telur.
Boleh cuba perkongsian resipi cheese cake gebu dan senang nak buat di daripada Puan Nurul Athira sebagai rujukan;
“Cheesecake done. 4 bahan je confirm jadi. Bolehh try awak-awak. Yang pasti tidak hanyir telur.”
2.Mixer kan putih telur sampai kental (soft peak, bertanduk bila terbalikkan bekas meringue tak jatuh).
Ads
3.Bekas lain, pukul creamcheese bersama susu pekat sampai kembang. Masukkan telur kuning satu persatu pukul sampai sebati.
4. Akhir sekali, masukkan tepung dan kaup balik sampai sebati.
5. Satukan putih telur tadi dan bancuhan creamcheese kaup balik je pakai spatula.
Ads
6. Lapikkan baking paper dalam tray. Masukkan adunan dan bakar selama 30minutes api atas bawah 180c. Mengikut oven masing-masing.
Taraaa siappp. Mudahh jer kalau ikut step by step.
Ads
Selamat Mencuba!
Posted by Nurul Athira on Thursday, August 29, 2019
MW: Mudah sangat nak buat cheese cake ikut resipi yang dikongsikan ini. Hanya guna empat bahan je. Mak-mak yang suka cheese cake boleh cuba buat sendiri di rumah. Anak-anak pun mesti suka.
Sambal belacan memang sedap dicicah dengan ulam-ulaman atau ikan goreng. Ada macam-macam resipi dan cara nak buat sambal belacan. Salah satu cara nak buat sambal belacan yang sedap dan mudah seperti yang dikongsikan oleh Instafamous Masakan Yatie Kitchen ini. Bahan-bahannya tak banyak dan caranya pun tak rumit. Salah satu tipsnya, menggunakan air perahan limau kasturi dan hirisan kulit limau hanya perlu digaul dan tak perlu ditumbuk.
Mempunyai lebih 500 ribu followers di Instagram, Yatie Kitchen kerap memuat naik dan berkongsi pelbagai jenis resipi, tip-tip serta hasil masakan didalam postingnya. Malah ramai selebriti pernah merasa air tangan Yatie Kitchen ini, seperti Anzalna Nasir, Shiela Rusly, Ozlyn, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan sebagainya.
Cili Merah
Cili Padi
4 biji air perahan Limau Kasturi
Belacan
1 sudu kecil Asam Jawa
Garam
Mushroom Seasoning
Hirisan kulit limau
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan dalam lesung batu, sampai lumat.
2. Masukkan pes asam jawa.
3. Masukkan pula garam dan mushroom seasoning.Jika tiada mushroom seasoning boleh gantikan dengan secukup rasa.
4. Masukkan air perahan limau.
5. Tumbuk sebati kesemua bahan-bahan dan masukkan pula hirisan kulit limau dan gaul (tak perlu tumbuk).
Susah nak dapat bancuhan tepung yang sedap dan kekal rangup walaupun dah sejuk. Selalunya salutan tepung tersebut hanya rangup ketika panas dan lembik bila dah sejuk.
Menerusi perkongsian Tuan Adriana Arissa, rupanya kena campur ais dan air sejuk dalam bancuhan tepung goreng, barulah ia rangup dan tahan lebih lama.
“Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat untuk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain-lain. Tauhu bergedil jualan saya pun saya buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupon sejuk.”
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujung sudu kecil)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4 atau 5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sangat) nanti ais akan mencair.
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.
Boleh share. Saya halalkan.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak-mak yang tercari-cari resipi bancuhan tepung rangup boleh cuba tip yang dikongsikan ini.
Nak buat pulut kuning ada banyak teknik dan cara memasaknya.Selalunya pulut perlu dikukus sebanyak dua kali.Pulut kuning sedap dimakan dengan rendang ayam atau daging, mahupun kuah kari.Malah disediakan pada hari istimewa seperti majlis kenduri kendara, majlis hari lahir, khatam quran, kesyukuran dan sebagainya.
Rupanya ada cara lebih ringkas untuk buat pulut kuning yang sedap, teksturnya cantik berkilat dan tak lembik.Buat mak-mak yang nak cuba buat pulut kuning sendiri bolehlah cuba resipi keluarga yang dikongsikan oleh Puan Masmira Idris ini.
“Saya nak share resepi dan tips untuk masak pulut kuning jadi cantik, merelit, lemak, lembut dan sebiji-sebijik (tak benyai atau lembik/ kembang). Resepi ni dari mak saya, saya guna sepenuhnya buat meniaga lebih 2 tahun dah.. Alhamdulillah jadi sumber rezeki, yang penting customer selalu rindu nak order lagi hehe”
1 kg beras pulut (beras pulut biasa, bukan pulut susu)
2 sudu besar serbuk kunyit
1/2 inci Halia (kupas dan cincang nipis-nipis dan paling halus)
5 helai Daun Pandan
250-300 gram Santan segar dan pekat
2 cawan air panas
1.5 sudu besar gula
1.5 sudu kecil garam
1.Bilas beras pulut 3-4 kali, rendam letak serbuk kunyit dalam 2 sudu besar (at least 3 jam).
2.Sebelum kukus, kena bilas balik dengan air paip.Sejat dengan penapis.
3. Panaskan air dalam pengukus dan masukkan beras pulut dalam pengukus, halia cincang tabur bagi sekata dalam pulut dan daun pandan tadi.
4.Tutup dan kukus dalam 15-20 minit ikut pada jenis pengukus atau kuantiti pulut.. So kukus sampai pulut dah masak.
5.Dalam besen sederhana, masukkan 2 cawan air panas (baru didih, saya guna air panas cuckoo), masuk garam dan gula.
6.Kemudian masukkan santan pekat tadi.. Kacau-kacau sampai rata sebati.. Test rasa tengok, ada masin dan manis sikit.
7.Sediakan besen yang agak besar, masuk kan pulut yang dah siap dikukus tadi.Keluarkn daun pandan.
8.Tuangkan kuah santan yang dibancuh tadi ke atas pulut.. Terus kacau-kacau sampai sekata semua.Jangan risau tengok kuah santan tu banyak (orang kedah kata berlaut) sebab satgi pulut akan serap habis kuah santan tu..Baru lah pulut jadi lembut.. Pastikan kacau pulut sampai rata hilang ketul.
9.Kemudian, tekan-tekan dan ratakan dalam besen tadi, biar dia rehat dalam 10-15 minit baru cedok untuk packing atau makan.
Try lah kawan-kawan insyaallah menjadi dan puas hati.
1. Beras pulut susu nanti pulut kuning jadi benyai lembik.. Kalau boleh cari beras pulut yang panjang sikit, elakkan yang jenis montok-montok. hehe
2. Perlu bilas balik untuk hilang kan bau kunyit berlebihan dan pulut tahan lama.. Please jangan guna perwana.
3. Cincang halia nipis-nipis dan paling halus. Orang yang makan tak kan perasan pon ada halia dalam pulut.
4. Daun pandan 3 helai koyak 3 dan ikat untuk letak dalam pulut masa kukus. 2 helai koyak 3 jugak untuk buat lapik pulut dalam periuk kukus.
5.Pulut yang cukup lemak, kita akan nampak santan tu macam bertali putih-putih kat senduk.
6.Pulut selepas gaul santan tak perlu kukus balik kali ke 2.. Cukup sekali sahaja sebelum masuk santan.Kalau kukus balik nanti pecah minyak dan lemak santan..santan tak lekat pada pulut.
7.Walau sekali kukus saja, insyaallah pulut tahan lebih 36 jam diluar.. Sebab kita dah bancuh santan dengan air panas.
8.Resepi dan cara keluarga saya.. Terpulang pada kawan-kawan.Saya sekadar berkongsi tips untuk dapat kan rasa yang sedap dan tekstur pulut yang cantik.. Mungkin boleh dijadikan jualan sebagai sumber rezeki.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat buat mak-mak yang berhasrat nak buat pulut kuning sendiri di rumah atau nak dibuat niaga.
Nak cerita pasal curang, memang tidak akan ada penamatnya. Baik lelaki atau perempuan, masing-masing bijak buat hal diam-diam tanpa memikirkan kesannya.