Menu tomyam antara masakan kegemaran ramai yang mudah disediakan. Namun walaupun mudah nak sediakan tomyam, ada ketikanya rasanya kurang sedap tak macam kita makan di Kedai makanan Thailand. Rupanya jika masak Tomyam kalau selalu rasa ada yang kurang, boleh cuba letak daun Ketumbar Jawa. Rasanya akan bertambah sedap!

Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Faidah Ahmad ini;

Mana yang selalu masak tomyam tak jadi tu cuba letak Ketumbar Jawa dalam tomyam, boleh bertambah-tambah sedap tomyam. Berbanding daun ketumbar biasa, lagi sedap Ketumbar Jawa ni. Orang Thai guna buat Tomyam.

Caranya Macamana?

Boleh hiris halus-halus dan tabur, boleh juga kerat panjang-panjang. Dan jangan lupa masukkan akarnya sekali. Cuci bersih-bersih dulu baru masukkan.

Cara kakteh pula, kakteh suka masukkan banyak-banyak, kerat panjang-panjang buat sayur terus..(macam dalam gambar). Jangan risau daun ketumbar jawa tak lembik, jadi dia tak akan hancur macam sayur sawi atau bayam jika lama masaknya. Daunnya boleh dimakan.

Sekarang ni kalau masak tomyam, wajib letak Ketumbar Jawa. Terangkat selera
Mana yang selalu masak tomyam asyik ada rasa kurang tu cuba lah letak Ketumbar Jawa, confirm makin sedap.

Masak merah pun sedap, tabur je atas macam daun ketumbar biasa tu.

Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Info Ekstra!

Pokok Ketumbar Jawa sering digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan mahupun untuk penjagaan kesihatan.

IKLAN

Khasiat:

  • Daun Ketumbar Jawa ini direbus dan diminum untuk merawat demam, diabetes dan radang paru-paru.
  • Akarnya juga boleh direbus dan diminum untuk merawat batuk, selsema, merangsang peluh, menghentikan pendarahan rahim dan lain-lain.
  • Rebusan daun dan akar Ketumbar Jawa juga boleh merawat demam kuning, merangsang haid dan lain-lain.
  • Malah boleh juga dimasukkan di dalam masakan seperti sup, tomyam, telur goreng, rendang dan sebagainya.

Baca Lagi Di Sini:
Pertama Kali SEMAI Biji KETUMBAR Beli Timbang Kilo, Merimbun POKOK Sepasu

KERABU Mee Segera Tomyam Siam, Rasa Lebih Umpph Letak Perahan Limau Nipis!

Resipi Rahsia Kuah Tomyam Sedap! Pedas, Masam & Pekat Rasa Sama Macam Makan Dekat Restoran Thailand

Mingguan Wanita: Bagi peminat tomyam, boleh lah cuba masukkan daun Ketumbar Jawa ni dalam masakan. Pasti Tomyam bertambah sedap nanti.

Sumber: Faidah Ahmad

IKLAN

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.

• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

IKLAN

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita