Keadaan sekarang mungkin bertambah tenat dengan kes jangkitan covid-19, bukan hanya bahaya pada warga emas tapi lebih teruk buat wanita hamil dan kanak-kanak. Kebelakangan ini kerap kita dengar tentang kematian di kalangan ibu mengandung.

Minta dijauhkan sebab kita tak tahu perkara yang tidak dijangka. Ada cerita wanita hamil terpaksa ditidurkan dan perlu keluarkan bayi untuk selamatkan kedua-duanya. Semuanya berserah pada takdir.

Inilah yang dikatakan oleh Dr Murizah Mohd Zain dalam perkongsiannya tentang jangkitan covid 19 pada wanita hamil. Apa yang disarankan juga supaya ibu mengandung jangan takut untuk mengambil vaksin.

Wanita hamil tak perlu takut kerana inilah langkah terbaik untuk melindungi ibu dan janin.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Masuk Hospital Selepas Rebah, Arwah Sempat Urus 19 Jenazah Covid-19 Sebelum Meninggal

COVID-19: Sempat Pesan Anak Pergi Rumah Anak Yatim, Sebelum Meninggal Ketika Menunggu Bantuan

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Wanita Hamil, Jangkitan Covid 19 Lagi Bahaya

Jika anda wanita hamil anda perlu mengetahui perkara ini.

Jangkitan Covid 19 pada wanita hamil adalah sangat bahaya.

Jika anda hamil kemungkinan anda dimasukkan ke ICU adalah 2 kali ganda, kemungkinan anda diberikan bantuan pernafasan adalah 3 kali ganda, kemungkinan kematian bayi dalam kandungan adalah 2 kali ganda dan kemungkina anda terpaksa bersalin awal adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari wanita seusia anda yang tidak hamil.

Sejak akhir-akhir ini, para petugas kesihatan menyaksikan lebih ramai ibu hamil yang meninggal disebabkan komplikasi jangkitan covid 19 dan lebih ramai pesakit yang berada di ICU terdiri dari ibu hamil jika dibandingkan dengan tahun lepas.

Berita yang dilaporkan baru baru ini di mana seorang ibu yang sedang sarat hamil di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani dalam keadaan sudah meninggal atau “BID – Brought In Dead” akibat jangkitan covid 19 adalah sangat mendukacitakan.

IKLAN

Kesemua ini berkemungkinan besar berkait dengan jangkitan covid 19 dari varian yang membimbangkan atau “variant of concern voc” delta virus yang bersifat lebih mudah menjangkiti, menyerang orang yang lebih muda dan mendatangkan kesan yang lebih mudarat.

Data yang dikeluarkan dari Kajian yang dijalankan ke atas penduduk UK yang hamil menunjukkan trend peningkatan morbiditi dan juga mortaliti dikalangan ibu hamil dengan varian delta lebih merbahaya dibandingkan dengan variant sebelum ini.

Covid 19 dari delta varian mendatangkan mudarat yang lebih besar pada wanita hamil dibandingkam dengan varian lain.

Terus amalkan SOP. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jika terpaksa keluar terus amalkan SOP yang sepatutnya.

Jika anda kurang sihat dan selsema atau demam walaupun sedikit, pastikan ia bukan Covid 19. Treshold untuk membuat saringan covid 19 mestilah rendah. Banyak kes yang teruk hanya bermula dari demam dan selsema ringan yang tidak dirawat.

Justeru itu, bagi menghadapi situasi ini, ibu hamil harus dinasihati untuk kekal mengamalkan SOP seperti sentiasa memakai pelitup muka, kerap memcuci tangan, mengelakkan ke tempat sesak dan kekal berada di rumah kecuali atas keperluan yang mendesak.

Di samping itu, mengambilkira ibu hamil sebagai kumpulan yang berisiko tinggi, kita amat menyarankan supaya ibu hamil ini dapat mendaftar dan diberi keutamaan untuk vaksin.

Walaupun vaksin tidak menghalang sepenuhnya dari mendapat jangkitan atau menjadikan seseorang itu kebal dari dijangkiti, vaksin tetap dapat mengurangkan risiko jangkitan sehingga 60%, mengurangkan risiko kemasukan ke hospital sehingga 80-90% dan mengurangkan risiko kemasukan ke ICU sehingga 90%.

Justerus itu, vaksinasi covid 19 merupakah langkah yang sewajarnya diambil buat masa ini dalam menanagani kemelut covid 19 yang semakin meruncing.

IKLAN

VAKSINASI terbukti sebagai langlah terbaik untuk melindungi ibu hamil. Jangan takut untuk mengambil vaksin. Ianya tidak akan memudaratkan kesihatan anda. Lebih 130,000 wanita hamil di USA telah divasiknasi dan lebih 40,000 wanita hamil di UK telah divaksinasi

Data-data adalah sangat menyakinkan terhadap keberkesanan vaksin dalam melindungi jangkitan yang teruk.

Dijamin Selamat Vaksin covid 19

Ramai ibu hamil yang masih curiga terhadap vaksin ini kerana risau ianya boleh mendatangkan mudarat pada ibu dan janin. Walaupun kajian awal ke atas penghasilan vaksin tidak melibatkan kumpulan wanita yang hamil dan menyusu, namun pada hari ini data yang diperolehi menunujukkan lebih 120,000 wanita hamil di USA telah menerima vaksin dari jenis Pfizer dan Moderna manakala data dari UK pula menunujukkan lebih dari 40000 wanita hamil telah menerima vaksin astra zaneca.

Data-data adalah menyakinkan terhadap keselamatan vaksin ini pada ibu hamil dan janin. Kesemua vaksin yang disarankan oleh KKM bukan terdiri dari vaksin hidup, justeru itu ianya adalah selamat digunakan bagi ibu-ibu hamil.

Vaksin pfizer misalnya terdiri dari mrna yang akan menyebabkan penghasilan antibodi bagi melawan jangkitan. Vaksin ini tidak akan menyebabkan jangkitan pada bayi dan tidak ada data yang menunjukkan vaksin ini boleh menyebabkan keguguran atau kecacatan pada bayi yang di kandung.

KKM telah menyarankan kesemua jenis vaksin yang terdapat di malaysia samada pfizer, astrazeneca dan sinovac boleh diberi pada ibu hamil dan menyusu. Walau bagaimanapun, sekiranya ada pilihan ibu ibu hamil akan diberi vaksin pfizer.

Pada fasa pertama pemberian vaksin di malaysia, vaksin ini hanya diberi pada ibu hamil berisiko tinggi seperti frontliner dan juga yang mempunyai faktor risiko kesihatan seperti penyakit paru-paru, wanita yang berusia, obese, penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan jantung namun pada hr ini dengan peningkatan kes kes jangkitan covid pada wanita hamil, pemberian vaksin ini disarankan pada semua ibu hamil.

Bagaimana vaksin diberikan

Ibu-ibu hamil boleh mendaftar di applikasi my sejahtera dengan memasukkan tarikh jangkaan kelahiran. Ibu-ibu hamil akan diberi temujanji untuk vaksinasi, mengikut garis panduan KKM pemberian vaksin pada wanita hamil di antara usia kandungan 14 ke 33 minggu.

IKLAN

Walau bagaimanpaun mengikut garis panduan terbaru di UK, vaksin boleh diberi walaupun pada trimester pertama jika wanita sangat berisiko untuk mendapat jangkitan. Wanita boleh mengalami kesan samping yang sama seperti yg lain seperti demam, sakit dan lenguh di bahagian suntikan

Akhir kata, saya merayu kepada pesakit pesakit sy yang hamil untuk mengambil vaksin ini. Telah kering air mata kami melihat ibu hamil yang mati disebabkan oleh covid 19. Ibu hamil tidak sepatutnya menghuni ICU tetapi patut berada di rumah dengan selamat.

 

Mingguan Wanita : Moga kita semua dijauhi dari ini semua…aamiin.

 

Sumber: Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Perbidanan Dan Sakit Puan
Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah.

Baca Menarik Lagi DI SINI: Ramai Meninggal Akibat Covid, Sampai Ada Merayu Diselamatkan Supaya Boleh Kembali Sihat

Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI