Tukang Masak Kongsi Resipi AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’! Ada caranya untuk memasak ayam berlado yang sangat sedap, tak keras malah kekal ‘juicy’. Rupanya kena rebus sekejap sebelum digoreng. Ini tip yang dikongsikan oleh tukang masak yang juga peniaga makanan nasi campur sendiri.

Cuba resipi Ayam Berlado daripada Tukang Masak Yayar B. Awang Noh ini. Menu masakan yang selalu dibuat niaga.

Takde idea nak masak apa hari ini? Dah tak lalu nak makan daging, jom yayar kongsikan resipi Ayam Berlado super sedap.

Bahan-Bahan:

10 ketul ayam (direbus sekejap)
Bawang putih (kisar)
serbuk kunyit
garam
Segenggam Cili Api
Cili Besar
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara Membuat:

1. Rebus ayam sekejap.Selepas rebus kisarkan bawang putih bersama serbuk kunyit dan garam.

Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!2. Gaulkan pada ayam kita yang telah rebus tadi, perap seketika.

Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!3. Dah setengah jam boleh goreng sekejap ayam tadi. Jadinya ayam takkan keras malah akan juicy tetapi tetap masak kerana kita dah rebus ayam tadi.

Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!4. Kisarkan cili api dicampur bersama cili besar, bawang besar dan bawang putih. Kisar manja-manja je.
5. Masukkan dalam kuali dan didihkan biar berkurangan air dalam cili kita tadi.
6. Bila air dah separuh kering, masukkan minyak masak. Boleh guna minyak yang kita buat goreng ayam tadi.

IKLAN

Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!7. Masukkan serai serta daun limau purut.

Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!

Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!8. Kacau dan boleh perasakan dengan garam dan ajinomoto (kalau guna)
9. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau dan siap!

IKLAN

Tukang Masak Kongsi Tip AYAM BERLADO Super Sedap, Tak Keras Kekal ‘Juicy’!

Makan dengan nasi kosong gitu pun dah sodap!

Selamat mencuba!

IKLAN

Mesti Baca: Rasa AYAM MASAK KICAP Lebih Sedap, Letak Sikit Perencap Sup!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Rendang AYAM PENCEN Cili Hijau Sedap, Sukatan Untuk 5 Ekor!
Artikel Menarik:Resipi Ayam Bakar Ala KENNY ROGERS Sedap, Masak Dalam Kuali Dengan Kuah Dulu!

Mingguan Wanita: Jadi kalau nak buat ayam berlado ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan rebus ayam sekejap barulah digoreng. Barulah ayam tak keras atau kering dan kekal ‘juicy’.

Sumber: Yayar B. Awang Noh

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI