Comel sungguh Donut Susu Minion ni, gebu gebas macam kapas malah sampai ke malam kekal lembut. Mengambil inspirasi karakter watak dalam animasi filem minions yang sangat comel. Nak buat donut ni pun mudah.

Boleh cuba resipi dan cara buat DONUT Susu MINION seperti yang dikongsikan oleh Puan Fienaz Shafie ini sebagai panduan.

Donut Minion viral by FienazShafie – nama ni anak-anak kak yang bagi. Ni Donut Susu Kuning. Hampa tau dia punya tekstur gebu macam kapas! Lembut dan bukan gebu donut angin tau memang terasa isi. Hampa tengok video bila kak koyak dia punya tekstur lembut.

Macam tu lah semenjak musim donut viral ni kan. Makan pula time hujan-hujan fuh memamg layanzzz je. Nak buat tak susah kak guna breadmaker je campak semua bahan tinggal bentukkan je dah siap!.

Bahan resepi Donut Minion Gebu kapas:

Rendam 1 1/2 sb yis dengan 30ml air suam selama 30-40 minit (kak guna instant yis mauripan. Masa rendaman bergantung yis hampa kalau dah kembang naik 4 kali ganda tu walaupun tak sampai 30 minit dah boleh.)

Bahan Uli:

1 cawan Tepung Gandum
8sb Tepung high protein jepun (tepung roti)
1 biji telur gred A
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1sb gula kastor
1/4 cawan full cream milk (kak tak suka guna susu tepung sebab nak tekstur ala pastry kat oversea)
1sb Majerin – guna cap pelangi je
1sb K-fine cream super (wajib untuk gebukan terutama donut @ roti – kat shopee @ kedai bahan kek ada)
Pewarna kuning – (kak guna pewarna gel base fodd colouring)

Cara Membuat:

1.Campurkan semua bahan dalam bread maker set kan pada Dough.
2.Bila dah nampak doh terbentuk titiskan pewarna kemudian Lepas 1 jam 30 minit stop dan keluarkan masuk dalam mangkuk / besen kemudian tutup dengan plastic wrap.

Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!3.Biar doh kembang penuh mangkuk lebih kurang 1 jam kemudian tumbuk doh keluarkan angin dan lenyekkan kemudian bahagikan doh dengan anggaran setiap doh 35g.
4.Lepas tu bulatkan letak atas baking paper (tak perlu dan tabur tepung lagi sbb baking paper fungsinya supaya donut tak melekat senanng nak masak).

Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!5. Lenyekkan doh kemudian lubangkan ditengah donut (kak guna besi yang deko icing cake je kalau hampa tak dak guna la apa-apa janji ada lubang kat donut).

IKLAN

Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!6.Tutup sat donut dengan kain lebih kurang 15 minit bagi dia kembang sat kemudian baru goreng dengan api jangan kuat sangat dan jangan slow sangat sederhana sahaja yang penting jangan sampai donut makan minyak.

Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!7.Kemudian angkat dah agak donut suam sikit baru salut dengan gula icinng + susu tepung (susu tepung optional tak mau letak pun tak pa). Macam video ni kak tak campur susu tepung sebab kak tak berapa suka just gula icing sahaja.

Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!

 

IKLAN

Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!

NOTA PENTING : kalau adunan lembik tambah tepung kalau keras tambah susu.pastikan adunan tak lekat di tangan dan elastik.

Resipi DONUT Susu MINION, Gebu Macam Kapas Sampai Ke Malam Lembut!

IKLAN

SELAMAT MENCUBA!

Mesti Baca:Guna ‘Teknik Autolyse’, Tepung Gandum Biasa Pun Boleh Jadi DONUT Gebu Ada ‘Ring’!
Baca Lagi Di Sini:Resipi Donut Gebu Gebas Red Velvet Viral, Rasanya Teramat Sedap
Artikel Menarik:DONUT SUSU Lembut Gebu, Bukan Setakat Anak Suka, Mak Ayah Berketul-Ketul Makan!

Mingguan Wanita: Boleh cuba donut minion ni pulak. Comel dan cantik warna kuning, malah gebu gebas macam kapas, kekal lembut pula sampai ke malam.

Sumber:Fienaz Shafie

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.