Sedapnya cili jeruk, tambah-tambah kalau makan dengan mee rebus, mee celup, char kue tiau atau masakan berkuah. Itulah yang menjadi penyedap makanan, sehingga makan dua pinggan pun tak sedar.

Orang cakap, cili jeruk ni, penambah selera. Pedas atau tidak belakang kira. Malah, kalau makan kat kedai, mesti kena ada cili jeruk.

Biasanya kat kedai makan memang ada cili jeruk ni. Cuma, kita ssahaja tak tahu nak buat macam mana. Bolehlah jadikan stok kat rumah. Masa tak selera makan, ada cili jeruk memang bertambah.

Rupa-rupanya, senang sangat nak buat cili jeruk kat rumah ni. Kalau rasa takut tak jadi, boleh buat sikit-sikit dulu. Ikuti perkongsian daripada Farid Sham tentang macam mana nak buat cili jeruk kat rumah. Gerenti jadi lah.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!

IKLAN

Ucap ‘Terima Kasih Sebab Masak Sedap’. Terus Hilang Penat Isteri, Rasa BAHAGIA Lagi

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Kekal Ranggup

“Akhirnya projek cili jeruk pakcik berjaya.. Cili kekal rangup krup krup walaupun dah jadi jeruk..

“Terima kasih pada empunya resipi asal. Memang menjadi.”

IKLAN

1. Mula-mula kena sediakan cili hijau yang segar bugar yer. Cuci bersih sebelum dipotong.
Nak CILI JERUK Rangup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh Makan

2. Kita potong cili hijau tadi, jangan tebal sangat & jangan nipis sangat.. Agak-agak saja.
Nak CILI JERUK Rangup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh Makan

3. Masukkan cili tadi ke dalam botol. Kemudian masukkan gula 2 sudu makan. Tutup penutup dan kita goncangkan botol supaya gula sekata meliputi hirisan cili hijau tadi. JANGAN BUBUH AIR. Perap 3 hari dalam peti ais.
# gula 2 sudu utk size botol jem setinggi tin susu sejat.
Nak CILI JERUK Rangup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh Makan4. Hari ketiga, baru kita bubuh cuka makan separas cili potong tu. INGAT YE JGN SESEKALI BUBUH AIR.
Nak CILI JERUK Rangup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh Makan5. Hari ke 4, cili jeruk dah boleh di makan.
Nak CILI JERUK Rangup, Jangan Letak Air. Hari Ke 4 Dah Boleh MakanMW: Tak adalah susah sangat nak buat cili jeruk macam kat kedai tu. Nanti bolehlah cuba.

Sumber: Farid Sham

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI