Memang terasa nikmatnya apabila dapat menikmati pencuci mulut ‘Creepe Pistachio Cheese’ ini. Secukup rasa masam, manis cheese dan berlemak kacang Pistachio, sangat sedap apatah lagi dinikmati sejuk-sejuk.

Mak-mak boleh buat sendiri di rumah untuk keluarga atau nak buat jualan pun boleh sangat.

Usahawan dalam bidang bakeri, Azlina Ina ini cukup bermurah hati berkongsi ilmu dan resipi ‘Creepe Pistachio Cheese’ yang telah di RnD sendiri. Memang puas hati hasilnya.

Ini ikut RnD mak korang nak cuba so cuba tak nak pun terpulang ya.

3 kali mak RnD creepe ni..Sampai semua staff cakap sangat-sangat sedap.

Pertama mak dah cuba inti yang plus cartard memang lari jauh rasa dia bila dah gigit dengan cream rasa pistachio tu tenggelam.Kedua mak cuba campurkan dengan cheese sos dia ok tapi masih tak rasa macam apa yang mak nak.

Ketiga cuba pulak letak sos yang campur dengan white chocolate bagi mak agak manis dan muak.Jadi mak putuskan untuk guna resepi ni sebab rasa lemak cream masam manis plus pure pistachio ade pulak tergigit kacang yang kasar-kasar tu perfect sangat.

Cuma costing sikit tapi inshaAllah mana teringin buat la tak rugi.Mana nak jual mak syorkan harga 3 biji RM17-18 sebiji giant macam mak rm13-15 baru lah berbaloi dengan cost ya.

Creepe pistachio cheese

Bahan-Bahan:

1. Kulit (Lapisan Luar)

40g Tepung gandum
40g Tepung ubi kayu
20g Tepung kastard
30g Tepung jagung
1 sudu besar Minyak masak
1 biji Telur
1 sudu besar Gula halus
Garam sedikit
130ml Susu
100ml Air biasa
sedikit Esen vanila
Pewarna hijau beberapa titis je ya sebab nak soft colour hijau

3 Kali RnD Resipi ‘Creepe Pistachio Cheese’ Rasa Masam Manis Berlemak, Sedap Sangat!

IKLAN

*Lempeng kan sampai habis

3 Kali RnD Resipi ‘Creepe Pistachio Cheese’ Rasa Masam Manis Berlemak, Sedap Sangat!

2. Pasted Pistachio

500g kacang pistachio bakar(blend halus)
1 1/2 cawan minyak jagung
100 g kacang pistachio (blend kasar)
Kalau untuk creepe mak tambah 100g blend kasar sikit bg rasa cruncys

Cara Membuat:

1. Bakar kacang pistachio pada suhu 170c selama 18 minit. Kemudian kisar halus kacang tersebut.
2. Selepas itu tambah dengan minyak jagung dan kacau sebati.
3. Tambah kacang pistachio kasar sikit bagi rasa crunchys.

3. Cream

500g cream cheese
5sudu besar susu pekat
2sudu besar pasted pistachio homemade
Setitis dua Pewarna hijau
1 titis Pewarna kuning
1 kotak fresh cream vivo 

IKLAN

Cara Membuat:

1. Mix cream cheese, susu pekat, pasted pistachio, pewarna hijau dan kuning hingga sebati.
2. Kemudian masukkan fresh cream vivo dan mix sehingga kental.

Cara-Caranya:

Letak lempeng+cream tambah pasted pistachio dan sedikit pistachio kasar-kasar tambah cream dan lipat.

3 Kali RnD Resipi ‘Creepe Pistachio Cheese’ Rasa Masam Manis Berlemak, Sedap Sangat!

Siap disejukkan.

3 Kali RnD Resipi ‘Creepe Pistachio Cheese’ Rasa Masam Manis Berlemak, Sedap Sangat!
InshaAllah sedap sengat-sangat.

IKLAN

3 Kali RnD Resipi ‘Creepe Pistachio Cheese’ Rasa Masam Manis Berlemak, Sedap Sangat!

Selamat Mencuba! Semoga Bermanfaat.

Mesti Baca:Pes Pistachio 1kg RM355, RnD Homemade Sendiri Rasa Sebiji Macam Beli, Jimat Banyak!
Baca Lagi Di Sini:Jemu ‘Repeat’ Pasta Sama, Buat PESTO PASTA Sedap Rasa ‘Creamy & Cheesy’ Anak-Anak Semua Suka!
Artikel Menarik:Cara BETUL Buat Pes Pandan, Kena Tunggu Air Mendapan Tiga Malam!

Mingguan Wanita: Boleh cuba kelainan buat ‘Creepe Pistachio Cheese’ pula. Memang puas hati, terasa nikmatnya masam manis cheese dan berlemak kacang Pistachio, sangat sedap!

Sumber: Azlina Ina

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI