Mak-mak mesti ada kenangan beli roti yang penuh berkrim dan sedap. Sebenarnya tak perlu beli pun, kita boleh buat sendiri je krim ni di rumah dengan pelbagai perisa yang disukai guna 4 bahan je. Kalau anak-anak suka makan roti atau kek, pun sesuai sangat sapu krim ni.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Eja Derol ini;
Selalu bila bapaknye yang beli roti, dia tak beli apaa-apa cream/kaya buat sapu kat roti. Jadi saya buat sendiri je. Bahan-bahan pon senang je.
Bahan-Bahan:
100gm gula halus (saya blander kering gula kasar tu )
250gm majerin pelangi
Sedikit perwarna hijau Sedikit emulco pandan
Cara Membuat:
1. Mix gula dan majerin sampai gebus putih.
2. Selepas itu baru letak emulco dan perwarna, mix sekejap bagi sebati. Siap! boleh sapu dekat roti atau kek.
Info Ekstra!
Kalau letak suhu bilik 3-4 hari boleh tahan, kalau dalam peti ais boleh tahan 2-3 minggu.
Kalau tak nak rasa berpasir boleh guna air gula yang pekat. Guna sedikit esen rose akan dapat rasa butter krim dulu-dulu yang kek pasar malam tu.
Mingguan Wanita: Menarik resipi ni, macam resipi krim mak-mak kita selalu buat dulu-dulu, sapu dekat roti atau kek. Nak buat pun mudah, guna 4 bahan je.
Sesetengah orang merasakan buat dendeng daging ini agak susah dan renyeh. Tak kurang juga teknik memasak seseorang itu pun berbeza.
Tak kisahlah cara masakan berbeza sekali pun, paling penting resipi dendeng daging tetap menjadi sedap. Malah, turut dijadikan hidangan wajib keluarga setiap kali perayaan.
Malah, ada juga resipi dendeng daging ini diambil daripada mentua yang dikatakan menjadi kegemaran anak-anaknya. Seperti yang dikongsikan oleh Hana Shahadan tentang resipi ini.
“Dendeng daging resipi mak mertua. Sudah 4 tahun saya ambil tender untuk masak hidangan ini setiap kali raya. Semuanya saya belajar dari mentua dan syukur akhirnya dapat buat sendiri.”
Bahan-bahan:
5kg daging batang pinang
Rebus hingga empuk. Masukkan halia 4 inci yang diketuk kasar dan garam sikit.
Tip:
Wajib buang buih-buih dan ketulan yang timbul di permukaan periuk itu.
Bahan A untuk kisar
6 labu bawang merah besar
8 ulas bawang putih
3 inci halia
5 batang serai
20 tangkai lada kering (bergantung kepada kepedasan)
Cara Membuat:
1. Kisar semua bahan A
2. Angkat daging yang sudah direbus dan tumbuk satu persatu.
3. Gaulkan daging yang ditumbuk tadi dengan kicap dan goreng dengan menggunakan minyak masak.
4. Masukkan bahan A tadi ke dalam minyak yang telah dipanaskan.
buang bijinya sebelum dikisar.
5. Pastikan cili yang dikisar tadi betul-betul masak dan menjadi likat sertka kering sedikit.
6. Masukkan kicap, gaul dan masukkan daging tadi. Kacau sebati.
7. Akhir sekali masukkan bawang goreng homemade. Kacau dan siap untuk dihidangkan.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Telur Bungkus memang sedap dinikmati dengan nasi putih. Tapi nak buat telur bungkus yang elok sempurna kejadiannya memerlukan teknik dan cara yang tertentu.Lebih-lebih lagi ketika ingin terbalikan telur ke dalam pinggan. Kalau salah teknik, memang boleh hancur telur jadinya.
Menerusi perkongsian Herda Johan, beliau berkongsi resipi dan menunjukkan cara menghasilkan telur bungkus yang sedap serta elok sempurna bentuknya ketika diangkat ke dalam pinggan.
Bahan-Bahan (Inti):
Isi ayam secukupnya
3 ulas bawang putih (tumbuk lumat)
1 biji bawang besar (potong dadu)
mix vege secukupnya
sedikit cili kisar
sedikit sos tiram
sedikit sos cili
perasa gula garam
3 atau 4 biji Telur
Cara Membuat:
1.Tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar,isi ayam dan biarkan sehingga pecah minyak.
2.Masuk sos tiram & sos cili. Letak air sikit bagi pekat dan masukkan perasa.
3. Pecahkan telur dan pukul rata sehingga sebati.
4.Leretkan minyak keliling permukaan kuali. Buang minyak berlebihan dan gunakan Api sederhana.
5.Tuang telur dan biarkan tepi telur kering.Kemudian letak inti dan bungkuskan ia ikut cara dibawah ini.
Info Ekstra!
1.Elok guna kuali yang tak melekat.
2.Sewaktu letakkan inti atas telur, jangan angkat dahulu.Sebaliknya,kikis bahagian tepi telur dahulu agar telur tidak melekat sewaktu hendak terbalikkan nanti.
3.Sewaktu mahu terbalikkan telur, sebelah tangan pegang pinggan dan sebelah tangan lagi pegang telinga kuali. Selepas itu, telangkupkan cepat-cepat.
Kalau sebut waffle, anak-anak memang suka. Tambah-tambah kalau di sapu dengan jem atau coklat. Kalau beli kat kedai harganya pun boleh tahan juga.
Rupanya nak buat waffle tak adalah susah sangat pun. Paling penting kena ada bekas pembakarnya, barulah jadi.
Selain itu, bila mak-mak buat sendiri, bolehlah makan banyak dan suka hati nak letak perisa apa pada inti waffle itu.
Waffle ni kalau ranggup dan garing memang best, tambah-tambah kalau makan masa panas-panas. Ada sesetengahnya, bila dah sejuk terus lembik dan tak kurang sedap sikit.
Jadi, apa kata kita kongsi resipi waffle dari Nani Sulong yang ranggup dan gebu. Buat sendiri saja kat rumah. Senang dan jimat.
Puas hati boleh makan waffle panas panas. Semestinya inti coklat dan peanut butter. Inti coklat malas nak buat sendiri jadi beli coklat spread kat pasaraya. Terpulang nak jenama apa, peanut butter guna yang creamy.
Guna resipi ini, satu adunan dapat 8 keping.. Kalau dua ringgit setengah satu, dah dua puluh ringgit kan?
Respi Waffle Rangup Gebu
Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
3 sudu kecil baking powder
2 1/2 cawan air sejuk
1 cawan minyak masak
6 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil esen vanilla
3 biji telur segar gred C (dari peti sejuk)
Cara Membuatnya:
1) Asingkan kuning telur dan putih telur.
2) Dalam bekas yang lain, campurkan semua bahan kecuali putih telur. Kacau rata. Nak guna mixer boleh. Tapi Kak Nani guna balloon whisk je..
3) Pukul putih telur yang diasingkan tadi sehingga “soft-peak meringue”. Nak guna mixer boleh, guna balloon whisk pun boleh.. Pastikan balloon whisk atau mata mixer tu bersih, tidak berminyak dan kering..
4) Kaup balikkan meringue tadi ke dalam adunan tepung. Kacau rata. Rehatkan sebentar dalam peti sejuk.
5) Panaskan waffle maker. Ambil 2 senduk adunan untuk setiap keping waffle. Ratakan dalam waffle maker. Tutup waffle maker perlahan lahan supaya adunan tak splash out dan meleleh keluar. Tekan penutup waffle maker supaya bahagian atas waffle masak dan garing sekata.
Bagaimana nak tahu waffle dah cukup masak dan garing?
Ada lampu atas penutup waffle maker tu kan?
Mula mula ia akan tunjukkan lampu oren, kemudian dua dua lampu oren dan hijau akan menyala serentak. Apabila lampu oren sahaja kembali menyala, siap. Memang akan keluar wap masa kita masak waffle
Dah masak keluarkan menggunakan penyepit. Letak atas pinggan. Sapukan inti yang digemari, creamy peanut butter dan nutella. Lipat dua dan potong di tengah. Dah boleh makan.
Nak maintain crispy, boleh letak atas redai atau jaring sebab kalau letak atas pinggan, wap yang terperangkap di bawah akan melemaukan permukaan bawah waffle.
Tapi takdelah lama sangat crispy tu unless memang bakar lama dalam waffle maker atau buat adunan nipis (1 senduk sahaja). Adunan nipis ni akan dapat texture garing macam biskut.
Selamat Mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat minum petang untuk anak-anak. Sedap dan jimat lagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pemandu bas sekolah "crush" budak sekolah didakwa, menangis di kandang tertuduh.Tindakan seorang pemandu bas sekolah yang memaparkan video rakaman murid perempuan sekolah rendah yang...