Roti Strawberry Yogurt Sedap Lembut, Resipi Viral Tiktok ‘Juicy’ Macam Puding!Sesekali nak ubah selera boleh cuba resipi roti yang viral di tiktok ini. Memang sangat mudah nak buatnya, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Boleh buat dengan anak-anak di rumah waktu cuti sekolah atau cuti hujung minggu nanti.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Linda Safar ini sebagai rujukan;
Resipi Strawberry Yogurt Bread menu ilham dari resepi yang viral kat Tiktok. Sedap, lembut dan topping juicy macam pudding gitu. Rasa masam-masam manis strawberry yogurt.
Bahan cuma perlu ada :
Roti
1 biji Telur
Yogurt perisa asli
Buah Strawberry
Esen Vanilla (optional)
Madu @Maple Syrup (tak nak manis boleh skip)
Cara Membuat:
1. Masukkan yogurt perisa asli ke dalam bekas.
2. Kemudian masukkan telur, madu atai maple syrup dan sedikit esen vanilla.
3. Gaul sebati semua bahan.
4. Kemudian, nipiskan bahagian tengah roti. Masukkan adunan tadi.
5. Boleh taburkan dengan hirisan buah strawberry dan bolehlah dibakar.
6. Bakar dalam airfryer selama 15 minit dengan suhu 200c (ikut kepananas air fryer masing-masing).
Paruppu Vadai merupakan sejenis kudapan ringan yang berasal dari India selatan.Kuih vadai ini bukan sahaja dinikmati oleh kaum India malah turut popular di kalangan berbilang kaum di Malaysia.
Rasa lemak kacang dhal dengan aroma rempah ratus dan daun kari memang mampu membuka selera seisi keluarga. Kudapan ringan namun penuh berkhasiat ini sesuai dinikmati sebagai hidangan minuman petang bersama keluarga tersayang. Cara membuatnya pula tidaklah tidaklah sesukar mana. Jom kita cuba resipi istimewa ini.
Bahan-Bahan:
4 cawan kacang dhal – rendam semalaman atau minimum 4 jam
4 biji bawang besar – dicincang halus
2 biji cili merah (dicincang halus
2 biji cili hijau – dicincang halus
3 tangkai cili kering – dicincang halus
1 sudu besar jintan manis – ditumbuk kasar
2 tangkai daun sup dan daun bawang – dicincang halus
1 tangkai daun kari – dicincang halus
2 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Serbuk perasa
Cara Membuat:
1. Kisar 3 setengah cawan kacang dhal dengan telur dan 1 senduk kecil air.
2. Kemudian,campurkan baki setengah cawan kacang dhal didalam kacang dhal yang telah dikisar tadi.
3. Setelah itu, masukkan bahan-bahan seperti bawang merah, cili merah,cili hijau,cili kering, daun sup dan daun kari, kacau sebati.
4.Masukkan pula jintan manis, tepung gandum, garam dan serbuk perasa secukupnya.
5. Panaskan kuali dengan api perlahan dan kepal-kepalkan bentuk bulat, masukkan perlahan-lahan dalam minyak dan goreng hingga kekuningan.
Sumber: Aneka Resipi Kuih Muih
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jika suka makan kuih tart tapi malas nak cetak atau sepit adunan, boleh cuba resipi kuih lama ‘Biskut Datin’ ni. Nak buat memang lebih senang dan cepat siap, tak renyah.
Boleh cuba resipi ‘Biskut Datin’ seperti yang dikongsikan oleh Bam Azimadini.
Mula-mula terjumpa biskut ni masa ikut pergi beraya rumah orang. Dalam hati berkata.. rasa macam kuih tart sebab ada jem nanas dalamnya. Agaknya orang ni malas nak cetak, nak sepit sebab tu dia masuk je dalam paper cup lepas tu leperkan.
Kemudian terjumpa posting dalam group ini juga.. rupa-rupanya biskut ni memang ada nama sendiri.. BISKUT DATIN. Hebat juga nama bukan calang-calang.
Beli jem nanas masa nak raya 2021 konon nak cuba buat tapi mood kendur sebab anak-anak tak boleh balik raya sebab pkp. Tangguh ke Raya Haji.. masih lagi pkp. Tangguh ke Deepavali pun tak menjadi. Tunggu pulak Krismas pun tak buat. Akhirnya.. buatlah juga dah masuk 2022. Panjang mukaddimah
1. Ayak tepung.
2. Kacau butter + gula.
3. Masukkan vanila dan telur.
4. Masuk susu dan tepung, sebatikan doh.
5. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan letak di tengah paper cup. Tekan doh pada kertas supaya leper.
6. Letak inti di tengah, lipat 2 paper cup jadi separuh bulatan. Tekan supaya jadi leper.
7. Bakar hingga masak lebih kurang 20 minit.
Apa kata mak-mak cuba resepi gaya barat untuk hidangan keluarga. Bak kata empunya resepi, Wan LuQman, kalau buat inilah resepi world class pasta carbonara yang sedap.
Paling penting, sosnya dihasilkan sendiri dan tak guna sos segera. “Ikut resepi ni, korang dapat buat World Class carbonara kat rumah ye.”
Ok, resepi ni buat sos dia from scratch. Tak guna instant sauce (prego ke milano dan sebagainya) dan tidak menggunakan tepung jagung! I kenot brain betul dengan resepi buat carbonara guna tepung jagung
Tip Nak Pekatkan Kuah
Bukan macam tu cara nak pekatkan kuah. Makanan barat guna white roux untuk pekatkan kuah..(butter + tepung gandum).
Elemen penting dalam membuat carbonara ni adalah konsistensi dan masa yang pantas. Tersalah atau tersilap step, ke tong sampah lah jawabnya. Nak ambik gambar proses in the making pun kalut sikit.
Ape hasil dia? Sedap gile! Hehe
Bahan-bahan
60gm spaghetti (kander guna saiz vermicelli)
3 biji kuning telur
3 biji cendawan swiss brown
2-3sb parmesan cheese
Sedikit lada hitam
Beef lean / beef streaky
Langkah Bergambar Resepi World Class Pasta Carbonara
Kandang-kadang kite susah nak bajet kan untuk sorang makan banyak mana. Untuk sesedap rasa sorang makan lebih kurang 50-60gm. Atau ukur ikut macam ni. Garisan pertama jari untuk seorang makan, garisan kedua, untuk 2 orang makan.
Tapi dalam resepi ni kander guna 80gm sebab nak kongsi makan dengan isteri.
Hiris swiss brown mushroom. Nak guna shitake pun boleh, tetapi shitake ade bau yang kuat. Kurang enak nanti.
Kander guna beef lean brand gourmessa. Nak lebih sedap, guna beef streaky sebab dia ada lemak-lemak. Ni untuk menggantikan bacon.
Sepakat beef lean ni RM10 rasanya.
Ambik 3 biji kuning telur. Teknik yang selalu kander guna, pecahkan telur dan terus tadah atas tangan. Nanti telur putih tu akan keluar di celah-celah dari. Lebih pantas…
Kalau dah biasa buat boleh la cara ni. Sebab kebanyakan orang ambik masa lama untuk asingkan telur kuning dari telur putih. Pastikan telur yang fresh ya. Kalau tak fresh, kuning dia mudah pecah.
Masukkan 2sb parmesan cheese dan 1sb lada hitam. Nak guna whole egg boleh cuma kena lebihkan cheese. Dan risiko kalau guna whole egg, kalau tersilap nanti kuah korang akan jadi macam kuay teow kungfu
Lebih baik jangan.
Pukul sampai pekat macam Mayonis. Kena guna whisker…tak jadi kalau guna garpu. Lambat.. nak guna hand mixer pun boleh cuma macam tak berbaloi nak keluarkan benda alah tu.
Beef lean tadi bahagikan separuh untuk dalam kuah dan separuh lagi untuk garnishing. Goreng sampai garing.
Tumis bawang putih campur cendawan dan beef lean. Nak guna bawang holland pun boleh. Nk letak brokoli ke, nak letak hotdog ke pun boleh. In fact, kalau nak pedas waktu ni boleh letak cili padi hiris tau.
Kemudian masukkan spaghetti yang sedang direbus tu. Pastikan spaghetti tu hampir nak masak tau. Jangan dah betul-betul masak sebab nanti dia lembik serta mudah putus.
Ceduk air rebusan spaghetti tu ikut pada kuah banyak mana nak ye.
Bile air rebusan spaghetti tu dah bertukar jadi putih macam ni dan mulai pekat, tutup api. Air lebihan spaghetti ni lah yang akan memekatkan kuah dan bagi creamy. Sebab tu tak perlu susu dah ye.
Kalau nak buat untuk anak-anak mungkin boleh letak gula sikit untuk bagi ada sedikit kemanisan.
Masa Ini Matikan Api Dapur
Off the heat, dan masukkan bancuhan telur tadi. Banyak mana? Terpulang ikut cita rasa korang. Kander ambik 4-5sb macam tu.
Bancuhan telur tu akan ada lebih untuk buat sepinggan lagi. Tak pun simpan dalam peti.
Kacau bagi rata. Ingat off heat ye. Sebab kalau atas api nanti telur tu masak berketul-ketul pulak… Jadi scrambled egg nanti. Ceroh mase depan kome yobbb.
Kalau nak kuah cair sikit dan taknak pekat, masukkan sikit air rebusan spaghetti tu sampai korang rasa kena citarasa.
Dah siap. Takde guna garam tambahan atau gula ye. Sebab masin dapat dari air rebusan spaghetti dan parmesan cheese dalam telur. Parmesan cheese ni masin-masin berlemak.
Hancur kan dan tabur Beef lean yang kita goreng sampai garing mula-mula tadi. Kalau ada pecorino cheese atau block parmesan, boleh sagat atas spaghetti ni ye.
Taburkan chilli flakes untuk sedikit kepedasan serta fresh parsley. Tapi kander tak jumpa fresh parsley, ganti dengan dried parsley.
Jadi, korang juga boleh buat 5 star carbonara macam kat restoran mewah tu di rumah. Selamat mencuba resepi world class pasta carbonara!
Carbona original ianya tidaklah berkuah banjir. Dia pekat-pekat seolah-olah hampir tidak berkuah. Dia basah-basah sikit sebenarnya
Cuba Buat Dulu Guna Resepi Original Homemade
Resepi dah ada, cuba dulu buat original sauce. Lepas tu ikut korang lah nak guna sos segera ke, tepung jagung ke tepung ubi ke haha. Yang penting originality tu korang dah tahu ye.
NOTAKAKI: Tak salah pun nak guna sos carbonara segera, itu salah satu food solution dalam pasaran untuk memudahkan kerja. Ini hanya tunjuk resepi asli / sebenar sahaja.
Jangan kecam / peniaga peniaga kecil kecilan guna sos segera. Bukan senang tau nak buat order 30-50 pek sekaligus guna method macam ni. Lagipun carbonara original ni best consume upon served. Kalau tapau-tapau nanti dia akan bengkak. Sebab dimasak sekali bersama kuah.
Kite rai segala cara, cuma tepung jagung tetap dislike! Dislike!
Warga emas tegur remaja main motosikal maut dipukul besi cota. Seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun maut selepas dipercayai dipukul dengan sebatang besi cota dalam kejadian di Kampung Buluh, Gual Ipoh pada petang Khamis.