Rupanya ada caranya dan tip untuk masak nasi atas dapur supaya cantik elok kejadiannya. Barulah nasi elok berderai, tak terlalu keras, kering, lembik ataupun mentah. Memang mudah jika ikut cara yang dikongsikan ini. Bukan apa, ada masanya kita nak cepat masak nasi atau tiada elektrik di rumah kena masak guna atas api dapur sebagai alternatif.
Baca perkongsian daripada Puan Amy Farnan ini sebagai panduan;
Cantik kejadian masak nasi atas dapur.Selalu masak tak jadi je memanjang. Saya guna tip memasak dari Chef Korea.
Cara-Caranya:
1. Rendam dulu beras sekurang-kurangnya 10 minit (Kita nak sampai beras jadi warna putih). Kemudian basuh macam biasa yang ni ikutlah nak basuh 3 kali ke, 7 kali ke terpulang.. Saya basuh 3 kali je. Lepas tu sukat air macam biasa.
2. Masak atas dapur gas selama 20-25 minit guna api perlahan-sederhana (Ni bergantung pada banyak mana sukatan beras).
3. Lepas 20-25 minit tu, tutup api dan jangan buka penutup periuk selama 5 minit. Yang ni supaya nak pastikan nasi betul-betul masak dengan wap-wap panas yang masih ada dalam periuk.
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak masak nasi atas dapur cantik kejadiannya, ikut tip yang dikongsikan oleh Chef Korea. Boleh cuba masak nasi ikut cara begini nanti.
Mak pesan. Itulah perkataan yang sering bermain di fikiran dan ingatan seorang anak. Kata nasihat, bebelan mahupun ingatan mak pada setiap anaknya. Pesanan inilah akan diingat sampai bila-bila.
Tak kisahlah mak pesan atau beri nasihat untuk anak perempuan mahupun anak lelaki. Tapi selalunya mestilah pada anak perempuan terutamanya bila dah bergelar seorang isteri dan kaitan jugalah dengan rutin-rutin kerja rumah yang perlu dilakukan.
Selalunya apa yang mak pesan ini tentulah mahukan rumah yang kita tinggal itu sentiasa bersih, jangan tinggalkan pinggan di sinki tanpa di basuh dan keseluruhannya tentang rutin kerja rumah.
Sementelah kalau ada isteri yang bekerja, jangan bagi alaasan rumah tidak kemas dan bersih kerana tidak sempat dan letih, seharian bekerja. Nak rumah cantik tak semestinya perabot yang mahal. Sedangkan rumah biasa-biasa boleh jadi tenang kalau sentiasa rutin buat kerja rumah ini.
Menjadi rutin Anis dari kecil lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar & dalam rumah, kemas tempat tidur & pastikan tiap bilik kemas, sidai kain & siram pokok bunga mak.
Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1. Sapu sampah walaupun tak nampak kotor.
2. Sambil sapu tu buang juga sawang yang melekat, jangan menyapu macam orang tak ada mata & tulang.
.
3. Lapik kaki luar rumah atau dalam kena basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
.
.
4. Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun masih simpan nak pakai lmacam mana. Selipar yang putus pun janganlah disimpan sebabnya sayan nak buang. Tapak kasut retuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.
.
5. Tong sampah cuci, ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
.
6. Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nk kemas balik “tak payah masak”
.
Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengar dia bebel lagi-lagi bila dia cakap ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasaberdosa seumur hidup.
7. Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab meminyak. Tak ada dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam, kelabu asap, kuning merengau kenalah bersih.
8- Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.
Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nk bagi tahu ke?”
Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Mingguan Wanita : Betul sangat. Masa kita muda-muda mesti tak terfikir apa yang mak pesan tu. Tak kisah pun sebab nanti mak yang akan buatkan. Tapi bila dah kahwin ada anak-anak, baru kita tahu kan!
Meskipun hanya membuang sampah mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.
Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”
Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.
Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.
Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.
Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.
Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.
Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.
Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.
Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.
Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.
Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.
Telur mata kerbau, lauk yang agak simple tapi boleh buat kita makan bertambah-tambah. Cukuplah dengan kicap dan cili pun dah sedap sangat ni. Tak perlu lauk lain pun.
Lagi satu telur mata kerbau ini jugalah lauk yang paling senang nak masak. Panaskan minyak dan goreng. Tak perlu resipi cara nak masak pun! Betul tak?
Memang semua orang boleh menggoreng tapi tangan orang yang masak memang tak sama. Nak goreng telur mata kerbau yang cantik dan elok pun kena ada caranya, ikut selera masing-masing.
Perkongsian daripada Wan LuQman ini adalah cara nak goreng telur mata kerbau yang cantik, elok dan puas hati. Telur kuning yang masih cair di tengahnya. Emm…sedapnya!