Meskipun hanya membuang sampah mahupun serpihan sisa kaca/cermin atau benda tajam, perlulah bersikap ehsan dan fikirkan keselamatan tukang kutip sampah juga bagi mengelakkan kecederaan. Ada cara selamat untuk membuang sisa barangan tajam sebegini.

Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Dinas Elni ini sebagai panduan

Cara Membuang Sisa Kaca/Cermin atau Benda Tajam

Ini jadi malam tadi. Masa kami tengah makan malam di bawah, dengar benda jatuh di tingkat atas. Bila naik lepas isyak buka bilik air dan nampak ni pastu cakap dalam hati, “I really don’t want to deal with this now”

Cermin luruh berkecai dan masuk sebahagian dalam lubang jamban. Tutup pintu bilik air, kita tidur dulu and deal with it bila dah ada mood. Bilik air ada tiga, takde hal nak tutup sementara satu bilik air. Maka saya biarkan sampai pagi ini baru layan mengemas.

EHSAN Pada Tukang Kutip Sampah, CARA Selamat Buang Sisa Kaca/Cermin Atau Benda Tajam!

Kemas Dalam Keadaan Kering

Prinsip membersih ni, “Lebih mudah dalam keadaan kering berbanding basah”. Ini terpakai untuk membersih habuk, tanah, dan benda berkecai macam cermin ni. Oleh sebab saya dah biarkan semalaman, lantai bilik air pun dah kering betul maka mudah nak diuruskan serpihan kaca yang ada.

Guna Tong Biskut/ Botol Sabun Untuk Serpihan Kecil

Untuk membuang kaca/cermin/jarum/apa saja benda tajam, kita perlu fikirkan tukang kutip sampah. Ihsan perlu ada dalam semua yang dilakukan. Biasanya untuk serpihan kecil macam pinggan, cawan saya gunakan tong biskut atau botol sabun besar untuk mengumpul semua serpihan. Kemudian labelkan besar-besar “Hati-hati! Serpihan Kaca!” gitu.

Guna Kotak Untuk Serpihan Besar

Tapi disebabkan serpihan cermin ini agak besar maka terpaksa gunakan kotak. Kotak tak berapa elok sebab jika hujan boleh basah berderai dan terkeluarlah serpihan tadi membahayakan orang lain.

IKLAN

Sediakan kotak, penyodok dan penyapu serta bubble wrap. Jangan lupa sarung tangan getah dan selipar untuk elak kecederaan.

EHSAN Pada Tukang Kutip Sampah, CARA Selamat Buang Sisa Kaca/Cermin Atau Benda Tajam!

Alas bahagian dalam kotak supaya takde serpihan terkeluar. Kutip semua serpihan besar, balut dalam bubble wrap sebelum diletakkan dalam kotak. Kemudian sapu serpihan kecil, kumpul dan balut dalam bubblewrap juga.

EHSAN Pada Tukang Kutip Sampah, CARA Selamat Buang Sisa Kaca/Cermin Atau Benda Tajam!

Kerja menyapu jadi mudah sebab lantai kering. Nak guna vacuum pun lagi elok tapi kebanyakan vakum untuk kegunaan rumah tak benarkan sedut kaca. Vakum industri atau kegunaan bengkel boleh digunakan untuk sedut serpihan kaca.

IKLAN

Selepas selesai semua yang di atas lantai baru saya bersihkan serpihan yang termasuk dalam lubang jamban. Berbalik pada prinsip tadi, bersihkan yang kering dulu baru yang basah. Buat yang senang baru yang susah.

EHSAN Pada Tukang Kutip Sampah, CARA Selamat Buang Sisa Kaca/Cermin Atau Benda Tajam!

Balut Kotak & Label Besar-Besar

Balut kotak dengan elok dan label besar-besar sebelum letak di tong sampah. Di Malaysia buat masa ni amat susah untuk mencari pusat kitar semula yang menerima sisa kaca. Jadi terpaksa buang terus ke tong sampah. Saya ada hati nak upcycle serpihan ni untuk projek DIY (contoh gambar last), jadi letak sebelah dulu.
Moga jadi panduan untuk semua.

EHSAN Pada Tukang Kutip Sampah, CARA Selamat Buang Sisa Kaca/Cermin Atau Benda Tajam!

IKLAN

Semoga Bermanfaat!

Mesti Baca:TIP KEMAS Keperluan UMRAH, Pergi Tak Berat Balik Beg Tak ‘Beranak’!
Baca Lagi Di Sini:Cara Mak-Mak Boleh Uruskan Peti Ais Dekat Rumah, Supaya Nampak Kemas & Bersih
Artikel Menarik:Isteri Kemas Rumah Buang Baju Lama, Padah Suami Sorok Duit, RM45,417 Terbuang!

Mingguan Wanita: Memang ada benarnya, nak buang sisa kaca/cermin atau benda tajam ni kena lebih berhati-hati. Ikut cara yang betul supaya lebih selamat dan tidak cedera.

Sumber:Dinas Elni

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI