Telur mata kerbau, lauk yang agak simple tapi boleh buat kita makan bertambah-tambah. Cukuplah dengan kicap dan cili pun dah sedap sangat ni. Tak perlu lauk lain pun.

Lagi satu telur mata kerbau ini jugalah lauk yang paling senang nak masak. Panaskan minyak dan goreng. Tak perlu resipi cara nak masak pun! Betul tak?

Memang semua orang boleh menggoreng tapi tangan orang yang masak memang tak sama. Nak goreng telur mata kerbau yang cantik dan elok pun kena ada caranya, ikut selera masing-masing.

Perkongsian daripada Wan LuQman ini adalah cara nak goreng telur mata kerbau yang cantik, elok dan puas hati. Telur kuning yang masih cair di tengahnya. Emm…sedapnya!

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: CARA Setting Buat TELUR Separuh Masak Guna Air Fryer, Memang Menjadi!

Telur Jadi Ringan, Berbau ‘Tembelang’ Bila Simpan Lama, Jangan Pandang Ringan TARIKH LUPUTnya

Telur Mata Kerbau, Cara Goreng Yang Betul

Kalau nak hasil yang puas hati, pastikan :

1. Panaskan kuali seketika terlebih dahulu baru letak minyak. Ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali.

IKLAN

2. Pastikan minyak kena banyak

Tip Goreng Telur Mata Kerbau Elok, Jangan Pecahkan Telur Kuning, Baru Puas Hati, Menjadi!
.

3. Begitu juga telur, pastikan telur “fresh” yang bukan dah hampir nak sampai tempoh tamatnya kalau tak, kuning tu akan pecah. Sebaiknya saiz C dan D

4. Jangan biarkan minyak terlalu panas sampai kuali berasap baru nak masukkan telur, nanti meletup.

Tip Goreng Telur Mata Kerbau Elok, Jangan Pecahkan Telur Kuning, Baru Puas Hati, Menjadi!
.

IKLAN

5. Sama juga pastikan tiada sebarang air semasa proses meletakkan telur ke dalam kuali, nanti meletup dan merosakkan tekstur telur mata tersebut

Tip Goreng Telur Mata Kerbau Elok, Jangan Pecahkan Telur Kuning, Baru Puas Hati, Menjadi!
.

6. Nak pecah direct atau dalam cawan / mangkuk kecil dahulu pun boleh.

7. Kalau suka kuningnya berwarna oren, boleh guna telur omega atau telur itik. Tapi kebanyakan telur itik bersaiz besar.

IKLAN

Tip Goreng Telur Mata Kerbau Elok, Jangan Pecahkan Telur Kuning, Baru Puas Hati, Menjadi!

Itu saja. Setiap orang ada tip dan petua mereka tersendiri. Terpulang pada skill masing-masing. Janji jangan pecahkan telur kuning itu.

Mingguan Wanita : Mana-mana yang selalu gagal nak masak telur mata yang cantik dan elok, boleh cuba cara ini pula.

Sumber: Wan LuQman

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI