Bagi yang pertama kali berpeluang untuk menunaikan umrah di tanah suci memang agak buntu juga untuk menyediakan keperluan yang perlu dibawa. Bukan apa, kalau boleh satu almarilah nak dibawa.
Sebenarnya ada tip ringkas untuk kemas beg dan barang-barang yang diperlu dibawa. Barulah sewaktu pergi beg tak berat dan waktu balik nanti beg pun tak ‘beranak’ atau bertambah-tambah.Namun tip ini juga bergantung pada kesesuaian diri sebagai panduan.
Baca perkongsian tip daripada Puan Zuraida Lazni ini sebagai rujukan;
Tips untuk ke Umrah atau Haji, supaya balik nanti beg tak beranak, bagi Muslimah. Brutal version :
1. Bawa baju untuk 1-2 hari sahaja, selain nya beli je, sebab last-last pun mesti terbeli… eh.. ni cantik nyeeer.. terbeli.
2. Bawa satu sandal saja, tak payah bawak 2-3 kasut. Konon nak mendaki laaa… apa laa.. bawak sandal yang senang nak sodok kaki and yang kat sole ada grip, lantai marble, nak kena balance kalau sole licin, nak bukak-pakai masa masuk keluar masjid. Fast game. Silap-silap sandal tercampak.
3. Bawa satu set telekung saja, tak payah nak konon tukar-tukar telekung, sebab travel agent akan kasi mini telekung, nanti itu-itu jugak yang ko pakai.
4. Bawa disposable panties… dah pakai buang, tak payah sibuk nak cuci. Bawak dari sini, sebab kat sana takde… susah cari. Tanya Pak Arab/Bangladeshi dorang tak faham.
5. Bawa panty liners, sebab kat sana mahal.
Ads
6. Bawa sock yang mudah wuduk, jadi tak menyusahkan nak bukak, pakai… kaki basah-basah.
7. Bawa 1-2 helai instant tudung yang panjang, senang sarong untuk pergi makan, so mini telekung tak kotor terpercik Kambing Nasi Arab.
8. Kalau sakit, pergi doctor yang travel agent dah bayar insurance.. free. Jangan beli ubat kat pharmacy… mahal… harga ubat boleh beli satu jubah. Bawak ubat sendiri, especially strepsil, kat sana paling murah is SAR29.
9. Nak beli kurma, kalau boleh jangan beli di Pasar/Ladang Kurma… dah commercialised, their customers are only those yang datang dengan bus. Beli kurma kat wholesale kat mall. Lagi murah. Yang lain2 boleh cari di Bin Dawood.
Ads
Bila bag pergi tak berat, balik tak perlu tambah bag. Apasal pergi satu, balik 3, itu tak termasuk handcarry 7 kg. Yang penting, be humble, cepat membantu, ramah, dan selalu bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada pegawai yang banyak membantu.
Selalu bersangka baik kepada Allah dalam apa situasi pun. HE IS THE BEST PLANNER.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian tip ringkas ini membantu para jemaah yang berhasrat untuk kemas bag, pergi ke tanah suci nanti. Apa pun ia hanyalah sebagai panduan, boleh ikut mengikut kesesuaian diri. Jadi takdelah beg tu ‘beranak’, kena caj ekstra pula nanti di lapangan terbang.
Nelayan Kongsi Cara Pilih IKAN GELAMA Buat Lauk Isi Manis Sedap, Tak Tawar! Rupanya Ikan gelama ada pelbagai jenis dan mengikut kesesuaian untuk dibuat lauk mahupun dijadikan ikan masin. Jika tersilap pilih di pasar, itu yang membuatkan isinya kurang sedap dan tawar.
Untuk faham lebih lanjut mengenai jenis-jenis ikan gelama ni, fahamkan perkongsian daripada Kisah Nelayan Beserahsebagai panduan;
Hari ni tak masak tapi nak kongsi ilmu pasal pemilihan ikan gelama , supaya bila buat lauk isi dia sedap tidak tawar.
Keluarga ikan gelama sangat besar, wujud di seluruh dunia.Di negara kita ada belasan spesis yang selalu di tangkap setiap tahun. Secara khususnya di negara kita ikan gelama di tangkap untuk dua tujuan iaitu di jual basah di pasar dan untuk tujuan di jadikan ikan masin atau ikan kering.
Apa spesis gelama yang selalu di jual di pasar dan sedap di buat lauk dan apa jenis gelama yang terus di hantar ke tempat pembuatan ikan masin?
Kenapa dua kategori ini wujud?
Ini kerana ada spesis gelama yang jika di jadikan lauk isinya tidak sedap iaitu tawar atau orang kampung kata lecah isinya.Ikan kategori ini akan di jadikan ikan masin dan tidak ada pasaran jika di jual di pasar basah.
Kategori kedua adalah gelama yang isinya manis dan sedap, gelama ini memang sesuai untuk di jadikan lauk dan laris di jual di pasar.Ikan gelama kategori ini harganya lebih mahal.Kelebihannya bukan sahaja untuk di jadikan lauk malah di jadikan ikan masin lagi bertambah sedap.
Mari kita mengenali spesis kategori pertama dan kedua melalui gambar gambar yang di sertakan.
Ini akan mejawab persoalan jika ada antara kita yang baru baru belajar nak makan ikan gelama, nanti kalau dah masak sedap sedap tapi isi ikan nya tawar je tak manis mungkin anda tersilap ikan gelama, mungkin ikan gelama yang anda makan itu spesis untuk di buat ikan masin.
Jenis-Jenis Ikan Gelama yang sedap di buat lauk.
Gelama Kuning Dada
Gelama Jarang Gigi
Gelama Sungai
Gelama Bongkok
Gelama Cerua
Ibu Gelama
Mingguan Wanita: Begini rupanya nak pilih ikan gelama yang betul untuk dibuat lauk atau dijadikan ikan kering. Jadi sebelum beli di pasar, pilih dahulu betul-betul, jangan tersilap pilih.
Pilihan Warga Kota Masa Kini! Awal tahun pastinya segar dengan azam baharu! Mana tidaknya, pasti ramai yang berkobar-kobar memulakan tahun baharu dengan pelbagai misi dan visi untuk meningkatkan keupayan diri dan kerjaya.
Namun disebalik semangat yang berkobar-kobar, sesekali perlulah take a break dan berehat seketika untuk mengembalikan momentum yang sedikit lari. Tidak perlu healing sehingga ke luar kota, penginapan di ibis PJCC Petaling Jaya mungkin boleh dijadikan pilihan.
Dirasmikan pada 24 November 2023 lalu, lokasinya yang berhampiran pusat beli-belah Sunway Pyramid dan taman tema air Sunway Lagoon antara tarikan utama mengapa ia menjadi pilihan warga kota untuk bersantai atau lebih popular digelar staycation di kawasan bandar!
Berehat Di Tengah Ibu Kota
Mingguan Wanita diundang secara eksklusif ke majlis perasmian Hotel ibis PJCC Petaling Jaya dan diberi peluang melihat sendiri kemudahan yang ditawarkan oleh hotel yang menawarkan 161 buah bilik penginapan kontemporari yang selesa dan mengetengahkan dekorasi estetik moden ini.
Majlis perasmian telah dihadiri oleh Senior Vice President of Accor, Michel Vivier, Pengarah Urusan ibis PJCC, Suresh Nair dan Ketua Pegawai Ekselutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohammad.
Bercerita mengenai kemudahan yang disediakan, penulis tertarik dengan fasiliti yang disediakan di setiap bilik di mana ia dilengkapi fasiliti Sweet Beds™ by ibis, sebuah katil yang direka khas oleh ibis untuk memberi keselesaan dan tidur yang berkualiti untuk para tetamu.
Antara elemen istimewa Sweet Beds™ by ibis ini termasuklah ia mempunyai kaki katil yang fleksibel mengikut gerakan badan semasa tidur, tilam dengan teknologi Intellifoam yang mampu berubah mengikut tekanan badan serta dilengkapi sarung lembut berbentuk sarang lebah 3-D untuk memastikan kebersihan dan pengudaraan yang baik. Pastinya tidur yang berkualiti dan terbuai dek mimpi!
Kemudahan Orang Kelainan Upaya Turut Tersedia
Jika anda datang bersama keluarga, jangan risau, kemudahan kolam renang turut disediakan untuk kanak-kanak bermandi manda. Bilik khas untuk kanak-kanak bermain juga turut disediakan untuk kemudahan tetamu kecil yang menginap di sini.
Lebih unik, sekiranya anda datang bersama keluarga yang mempunyai kelainan upaya, hotel ini sememangnya mesra orang kelainan upaya apabila ia menyediakan tandas bilik OKU dan warga emas. Satu lagi kelebihan yang jarang terdapat di hotel di ibukota!
Selain itu, ibis PJCC Petaling Jaya turut menawarkan empat bilik mesyuarat yang pastinya bersesuaian dengan acara korporat atau majlis peribadi yang boleh memuatkan sehingga 70 orang tetamu.
Pilihan Warga Kota
Untuk rekod, ibis adalah sebahagian daripada Accor, kumpulan hospitaliti terkemuka dunia dengan pemilikan lebih 5,000 hartanah di lebih 110 negara dan jenama yang mengambil bahagian dalam All-Accor Live Limitless- program kesetiaan gaya hidup yang menyediakan akses kepada pelbagai ganjaran, perkhidmatan dan pengalaman.
Bila nak masak nasi, bukan hanya masukkan beras dan bersihkan. Tapi kena ada adab masak nasi. Sebab kita nak masak untuk dimakan oleh keluarga tersayang dan mendapat keberkatan dari masakan kita.
Bukan setakat adab, tapi nak masak nasi juga ada stepnya perlu mak-mak buat untuk dihidangkan dan disertai dengan lauk pauk yang enak untuk santapan keluarga.
Namun, tak semua yang ‘terror’ masak nasi. Ada masanya terlalu keras, lembik kerana terlebih air dan sebagainya. Waima, tak kisah apa cara sekalipun, nasi dan lauk yang dimasak inilah menjadi kasih sayang dan pengikat kasih keluarga.
Nak masak nasi bukan hanya untuk bagi ia masak elok dan dihidangkan untuk keluarga. Tapi, untuk mendapat keberkatan kena ada adab memasak. Jangan ingat, basuh beras dan terus masukkan dalam periuk. Selesai.
Sedangkan dalam memasak sekalipun, ada adabnya supaya orang yang makan itu akan diterangkan hati dan sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain. Inilah yang ditekankan bila mak-mak masak nasi untuk keluarga, tip dan adab memasak yang boleh diamalkan.
1. Semasa basuh beras, bacalah selawat ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW.
ALLAHUMMA SHOLLI ‘ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
WA ‘ALA AALI SAYYIDINA MUHAMMAD
(Baca 10X)
1 X selawat Allah akan balas 100X Rahmatnya keatas kita.Aamiin (Semakin banyak selawat, semakin banyaklah Rahmat yang Allah balas buat kita).
2. Bila sudah masukkan air untuk sukatan bacalah:
i) Surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) – Ini pesanan beberapa ustaz, tujuannya adalah sebagai doa untuk mengelak penyakit kronik kepada orang yang makan nasi tersebut, dengan izin dari Allah SWT.
ii) Surat Al Kauthar (Inna a’ Toina kal kauthar) – Sebagai penerang hati, belajar cepat dapat, dengan izin dari Allah SWT.
iii) Surah Al-Qadr – ( Inna anzalna hufi lailatil qadr) – Ini pesanan yang saya baru dapat dari seorang ustazah di sekolah tahfiz anak saya. Surah ini akan memudahkan ahli keluarga membetulkan diri dan memperbaiki amal, dengan izin dari Allah SWT.
iv) Zikirkan Ya Kareem , Ya Raheem – Beberapa kali dan hembus dalam nasi. Ini untuk menguatkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
Buatlah, Insya Allah dengan beristiqamah kepada satu amalan, akan memberi kekuatan untuk beramal dengan amalan yang lain. Wallahua’lam
Selamat Beramal.
Mingguan Wanita : Niatkan dalam hati makanan yang kita masak, bukan saja nasi tapi lauk pauk yang lain pun sesiapa yang makan akan diteriangkan hati dan kasih sayang keluarga bertambah erat.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.