Rupanya ada caranya untuk jadikan telur yang kita masak jadi sebiji-sebiji, terletak elok dalam kuah tak berterabur. Bukan apa bila kita masak sup telur, masak lemak atau apa sahaja menggunakan telur, jika salah tekniknya telur jadi pecah berterabur dalam kuah.

Ikut cara mudah yang dikongsikan oleh Yatie Kitchen ni, memang elok sungguh hasilnya.

Cuti 3 hari sampai Khamis, ada kerja sikit sebelum keluar masak untuk rumah dulu , Masak Lomak Cili Api Telor Itik untuk Dina. helok kan Telor Itik tu dalam periuk, meh nak kongsi tips macamana nak bagi telor sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah tu, sonang je.

Bahan-Bahan:

Cili Padi
Kunyit Hidup
2 Batang Serai
Asam Keping
1 Kotak Santan
Garam
Mushroom Seasoning
Telur Itik

Baca Lagi Di Sini: TELUR REBUS Cantik Berkilat Kulit Tak Melekat, Guna Api Perlahan!

Cara Membuat:

1. Masak macam biasa, masuk cili padi dan kunyit hidup yang dikisar halus, masum dalam periuk, ketuk serai dan asam keping.

2. Agak-agak cili dah masak, masuk air ( lebihan air bilasan blender).

3. Mendidih je, masuk santan @adabi_consumer 1 kotak, perasakan dengan garam dan mushroom seasoning.

4. Part ni penting, bila api dah menggelegak, tutup api atau perlahankan api. Saya tutup api, sebab bila api ada, bila masukkan telur dia akan berterabur, tak cantik.

IKLAN

5. Saya pecahkan telur dalam bekas dahulu, baru masuk telur tu dalam kuah tadi, satu persatu. Baru buka api semula (api paling perlahan ) sampai telur tu masak.

CARA Masak Telur Cantik Sebiji-Sebiji Terletak Elok Dalam Kuah Tak Berterabur!
Gambar hiasan

6. Last masukkan daun kunyit carik-carik bagi wangi. Ikut suka tak nak letak pun tak apa.

CARA Masak Telur Cantik Sebiji-Sebiji Terletak Elok Dalam Kuah Tak Berterabur!

Hah cantik la masak lemak telor itik kamu nanti!

IKLAN

CARA Masak Telur Cantik Sebiji-Sebiji Terletak Elok Dalam Kuah Tak Berterabur!

Semoga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Mesti Baca: TIP Masak Sup Telur Suhun Jadi Elok, Tak Hancur Berterabur!

IKLAN

Artikel Menarik: Petua Dari Indonesia, TELUR REBUS Jadi Berkilat, Mudah Dikupas, Masukkan 2 Bahan Ini

Mingguan Wanita: Jadi kalau nak masukkan telur dalam kuah boleh ikut tip mudah yang dikongsikan ini. Barulah telur jadi sebiji-sebiji terletak elok dalam kuah, tak berterabur.

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI