Kuih Peneram antara kuih tradisional kesukaan ramai. Bahan-bahan yang digunakan pula cukup mudah, hanya guna 4 bahan. Namun nak buat kuih ini perlu cara yang betul. Jika tak kuih ni akan jadi keras dan tak sedap rasanya. Rupanya antara tip nak buat kuih Peneram ni, kena perap bancuhan selama 6 jam. Malah kuih perlu digoreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas.

Berikut perkongsian daripada Kak Yong Ima Shida sebagai panduan;

Ada peminat kuih peneram @ denderam. Kalau ada kak yong up resepi dan video cara bancuhan kuih peneram versi kak yong. Semoga bermanfaat untuk semua.

Resepi Peneram By Kak Yong

Bahan-Bahan:

1 peket @ 500gm tepung beras cap 1@3 gajah
2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Masukkan gula merah, gula pasir dan air ke dalam periuk dan masak sehingga larut, mendidih dan meruap.

2. Kemudian, tapis air gula panas-panas ke dalam mangkuk berisi tepung beras dan kacau dengan senduk hingga sebati.

Perap Bancuhan 6 Jam, Goreng Dalam Minyak Betul-Betul Panas Barulah Kuih Peneram Tak Keras!

 

Perap Bancuhan 6 Jam, Goreng Dalam Minyak Betul-Betul Panas Barulah Kuih Peneram Tak Keras!

3. Bancuhan perlu nampak bertali ye.

IKLAN

Perap Bancuhan 6 Jam, Goreng Dalam Minyak Betul-Betul Panas Barulah Kuih Peneram Tak Keras!

4. Setelah sebati adunan tadi, perapkan selama 6 jam @ semalaman.

** Saya perapkan 6 jam dan perap luar peti sejuk je.

Perap Bancuhan 6 Jam, Goreng Dalam Minyak Betul-Betul Panas Barulah Kuih Peneram Tak Keras!

5. Setelah perap selama 6 @ semalaman boleh lah terap ye. Sediakan plastik dan sapu minyak. Gelekkan sederhana nipis dan terap dengan acuan donut paling kecil.

IKLAN

** Saya bulat-bulatkan kecil. Tekan di tapak tangan dan buat lubang dengan jari je.

Perap Bancuhan 6 Jam, Goreng Dalam Minyak Betul-Betul Panas Barulah Kuih Peneram Tak Keras!

6. Dah siap goreng dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas, guna api sederhana.

Info Ekstra!

  • Pastikan minyak betul-betul panas tau, kuih akan timbul selepas di masukkan dalam kuali. Kalau tak, kuih lambat timbul dan akan jadi keras nanti. Bila dah timbul, terbalikkan kuih selepas itu boleh lah angkat.

Perap Bancuhan 6 Jam, Goreng Dalam Minyak Betul-Betul Panas Barulah Kuih Peneram Tak Keras!

SELAMAT MENCUBA

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:

Kuih ‘Beko Nyor’ Yang Original Atau Perisa Pandan, Guna Kelapa Parut Muda Lebih Sedap!

Kuih Kalakatar SEDAP, Ikut Cara Tradisional Bakar Guna Sabut Nyok!

Mingguan Wanita: Begini rupanya nak buat kuih peneram yang lembut dan tak keras. Kena pastikan sewaktu goreng, minyak betul-betul panas.

Sumber: Kak Yong Ima Shida

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI