Resepi Kuih DENDERAM Dibuat Meniaga, Tak Perlu Perap Terus Goreng Elok Lembut! Kuih Peneram atau Denderam antara kuih tradisional kesukaan ramai. Bahan-bahan yang digunakan pula cukup mudah, hanya guna 3 bahan. Namun nak buat kuih ini perlu cara yang betul. Jika tak kuih ni akan jadi keras dan tak sedap rasanya.
Ikut resipi mudah kuih peneram yang dikongsikan oleh DEq MOkchik ini sebagai rujukan;
Siapa dekat sini yang suka kuih denderam angkat tangan. Meh sini saya nak share resepi kuih denderam yang saya buat meniaga yang pastinya lembut tak perlu nak perap-perap adun-adun terus goreng hanya 3 bahan sahaja.
1.Masak gula merah bersama dengan air dan kacau sehingga larut.
2.Letakkan tepung beras di dalam mangkuk.
3.Masukkan air gula yang dimasak tadi (panas-panas)ke dalam mangkuk yang berisi tepung jangan lupa tapis ye air gula semasa tuang.
4.Kacau-kacau bagi semuanya merata.
5.Selepas itu kita biarkan dalam 5 minit bagi sejuk(kalau cara saya,saya terus goreng je).
6.Sebelum nak uli sapu minyak dahulu di atas tempat uli dan cetak menggunakan cetak donut yang minitu.
7.Minyak biar betul-betul panas supaya kuih menjadi kembang semasa goreng.
8.Goreng dalam api yang sederhana.
9.Siap untuk dimakan, makan panas-panas sedap.
Ads
Mula-mula memang kita akan nampak kuih tu macam keras tapi tunggu dalam beberapa jam kuih tu akan jadi lembut dan gebu.
Ads
Selamat Mencuba!
Saya halalkan resepi yang saya bagi dan mana tahu ini boleh jadi sumber pendapatan.
Mingguan Wanita: Menarik dan mudahnya resipi kuih denderam ni hanya guna 3 bahan. Yang penting tak perlu perap pun, boleh terus goreng tetap elok gebu dan lembut rasanya.
Sebenarnya walaupun tiada kabinet dapur, mak-mak tetap boleh buat pantri sendiri dengan cara kreatif agar ia nampak kemas dan tersusun elok.Takdelah stok barangan kering yang disimpan berterabur, bila cari pun susah nak jumpa.
Bukan apa, kadangkala mak-mak ni memang ada niat nak kemas dapur dengan cantik, tapi alasan tiada pantri dan tidak tahu cara yang paling sesuai untuk menguruskannya menyebabkan dapur jadi tak terurus . Mungkin mak-mak boleh tiru cara pengurusan pantri dapur yang dikongsikan oleh Dr Hani Mynis ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
#kemasrumahwithhani : pengurusan pantri
“Anak dan suami pun dah tidur. Ada masa santai-santai ni boleh nak update close up pengurusan pantri. Hari tu dah share kita boleh mengadakan pantri di rumah (walaupun rumah sewa ataupun yang tak de build in or ready kitchen cabinet kat rumah) dengan repurpose almari kasut sebagai pantri. Ada kawan-kawan nak tengok lebih dekat label-label yang dibuat sebagai panduan. Juga nak share beberapa tips untuk pantri/almari simpanan stok yang lebih kemas dan organized.”
Tips:
1. Guna Bekas Seragam
Menggunakan bekas yang seragam (dari segi saiz, bentuk dan warna, jika ada tema gabungan dua warna pun boleh tepati tema).
2. Ikut Kategori
Kumpulkan barang dalam kategori masing-masing (contohnya mkanan dalam tin, pasta-pasta, jenis-jenis mi dan sebagainya). Boleh masukkan dalam bakul atau bekas bertutup yang lain (bakul coklat saya datangnya dari kedai Eco.)
3. Label
Label dan label. Paling penting. Walaupun kita sorang je dalam rumah tu yang bukak tutup pantri tu (kita je yang memasak), boleh label semua supaya kita tahu dimana letaknya stok yang dibeli. Dan sebagai panduan untuk tahu stok apa yang habis.
Details untuk setiap label bekas dan bakul di dalam pantri saya ada di dalam caption gambar jika hendak dijadikan panduan.
HAPPY ORGANIZING.
Bakul 1 : TELUR.
Letak di tempah yang mudah dicapai. Tak perlu tunduk-tunduk (atau terlalu tinggi) sebab telur bahan mentah yang selalu digunakan. Elok sebenarnya letak telur di tempat yang terlindung dari cahaya matahari.
Bakul 2: STOCK.
Ini khas untuk barang stok yang cepat habis. Contoh macam santan segera, sardin dalam tin, paste tomyam.
Bakul 1
SOS PASTA; Untuk stok untuk masak pasta contohnya sos prego, tomato dalam tin, cendawan dalam tin.
Bakul 2
PASTA; Untuk mee pasta contohnya spaghetti, lasagna, macaroni
Bakul 3
INSTANT NOODLES; untuk kecemasan (atau kemalasan haha)
Bakul 4
MIHUN/SUUN/MEE SUAH
Bakul 5
STOCK; untuk stok barang yang susah nak habis macam stok garam, kunyit, rempah.
Bakul 6
BAKING; disebabkan saya bukanlah bakers cukuplah bekas cenonet tu untuk simpan barang baking macam coklat masakan, serbuk penaik, pewarna dan lain-lain.
Bakul 7
SNACK; Untuk kudapan-kudapan anak. Elok letak di rak atau bakul paling bawah supaya anak boleh ambil sendiri.
Bakul 8
AQIL; Stock susu anak
Selamat Mencuba! Semoga perkongsian ini bermanfaat buat rujukan mak-mak semua. Jom mengemas!
Lebih kurang dua minggu nak masuk bulan puasa, pastinya mak-mak gigih mencari paste serba guna untuk mudahkan masak waktu sahur dan berbuka. Nak-nak lagi, ramai mak zaman sekarang yang keluar bekerja.
Nah, buat dulu paste serba guna yang dikongsikan Puan Pnut Syafinaz untuk simpan dalam peti ya. Apa yang membahagiakan hati, paste ini bukan saja boleh guna buat nasi goreng dengan cepat malahan sesuai juga untuk goreng sayur yang rasanya SEDAP!
Buat Paste Dan Simpan Dalam Peti
Saja nak share benda basic di dapur untuk adik-adik baru jadi isteri dan ibu. 17 tahun lepas mak long jadi emak kelam kabut bila memasak, tambahan bulan puasa, maka kita belajar dari pengalaman. So dah alang-alang nak prepare ni meh nak share moga membantu adik-adik. Suami-suami boleh tag atau share untuk isteri, moga menjadi motivasi rajin memasak kepada isteri.
Paste nasi goreng serba guna mak long..
“Biasanya saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan frozenkan, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak digoreng.”
Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna anytime untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan win kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. 3 minit siap.
Baik.. senang sangat perencah nasi goreng ni.
Bahan-bahannya:
7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1@2 labu bawang besar
10 bjji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
Sedikit belacan.
Ini bahan-bahan diperlukan, nampak tak belacan Tanjung Dawai tu? Sedap ooiihhh.
Bawang-bawang tu memang dah kupas siap-siap stok seminggu punya. So jimat masa dah tak payah kupas-kupas lagi.
Cili tu belah dua, buang bijinya, potong-potong gitu.
Cara-cara Nak Buat Paste
1. Blend semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air. Mak-mak nak tumbuk pun boleh kalau mak-mak rajin.
2. Tumiskan bahan blend, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi yang ini buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak.
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
Yang bawah tu baki yang lama yang tinggal, ada dalam sesudu je tinggal. Masih beku tu, untuk sahur, keluarkan letak kat peti bahagian bawah siap-siap kang tumis balik, pecah telur je. Yang bekas sebelah dia siap menjadi pewaris generasi perencah sebelum ini yang dah pupus.
Tip Susun Bahan Dalam Blender
Haa… bukan sebarang paste ni, nak kisar pun kena ada caranya. Bawah sekali mak-mak boleh letak belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.
Cara Guna Nak Masak Nanti
Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah haiwan-haiwan yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa.
Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi tu dah siap-siap masak sebelum tidur.
Kalau ikutkan pengalaman masak wanita ini, dia selalu guna buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada saki ikan sekeping dua, dia basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia.
Apa yang bagus, paste ini dah tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti sebab dah secukup rasa.
Guna Paste Untuk Goreng Sayur
Dan kegunaan lain perencah ni, wanita ini selalu guna untuk goreng sayur macam kelisa (botol/botor) entah banyak nama sangat. Atau anda juga boleh guna buat goreng kacang panjang, kacang buncis malah terung (kalau terung, goreng kejap terung tu).
Jadi ini caranya masak sayur kacang kurang dari 3 minit. Okay, kalau mak-mak nak masak pagi-pagi, waktu malam dah kena siap potong sayurnya ya. Nak masak petang balik kerja pun cuma 3 minit siap!
Lawan sayur ni, saya buat kari ayam, kari tu pun guna paste saya siap tumis rempah kari sampai garing, siap garam, nak guna cuma panaskan balik paste, masuk santan, masuk air, kentang dan ayam.
Serius, kalau guna cara ni 30 minit kat dapur pun siap masak dua menu tapi dengan syarat, weekend spend masa prepare bahan paste untuk frozen.
Lepas ini, tak adalah istilah tak sempat masak walau waktu sahur dah nak habis! Selamat mencuba.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kerabu maggi Thai, hidangan yang cukup popular dan viral sebelum ini. Rasanya masam manis dan pedas membuatkan sesiapa pasti akan kecur air liur, lagi-lagi kalau dibuat untuk keluarga.
Tak perlu bahan yang banyak dan cara penyediaannya pun sangat mudah. Tak hairanlah, kerabu manggi thai ini pun cukup digemari oleh kanak-kanak juga. Maklumlah ada maggi kan.
Kalau nak makan kerabu maggi thai mesti akan pesan di kedai siam. Dah tentu-tentu rasanya tak ‘lari’. Tapi nak buat kat rumah pun boleh juga sebab bahannya mudah didapati.
Kali ini boleh cuba resipi kerabu maggi thai versi Khairul Aming yang cukup popular ini. Katanya, mengidam nak makan dan buatlah sendiri. Nak buat pun senang sangat.
Kerabu Maggi Thai Versi Khairul Aming
Bahan:
2 paket maggi siam Serda
Sotong, udang bebola ikan dan ‘seafood’ lain.
Limau nipis
Daun ketumbar
Bawang besar
Cili
Sos ikan
Gula kabung/gula
Pes cili thai
Cara Membuatnya:
1. Rebuskan udang, sotong (seafood) dan lauk pilihan lain. Rebuskan sekejap saja dan jangan terlalu lama.
.
2. Kemudian, rebus 2 paket Maggi Siam Serda. (Wajib guna brand Serda ebab jenama lain tak jadi)
.
.
3. Dalam mangkuk lain, tuangkan 1 paket perencah Maggi Siam ke dalam pinggan dan perahkan 1 setengah biji limau nipis.
.
4. Tambahkan dengan 1 sudu sos Ikan
5. Masukkan juga setengah sudu Thai Chili Paste
.
6. Tambah setengah sudu Gula Kabung Thai, boleh juga guna gula biasa. Kacau sebati.
.
7. Kemudian, masukkan sedikit air rebusan seafood tadi dan kacau sebati.
8. Akhir sekali, masukkan maggi yang dah direbus tadi dan tambahkan dengan bawang besar, cili padi dan seafood.
.
9. Siap dan sedia dimakan.
.
Mingguan Wanita : Wahhh, kecur air liur tengok Khairul Aming makan. Rasanya masam manis dan pedas memang betul-betul sedap dan ‘kick’.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...