Mak-mak yang suka buat kuih muih dan masakan guna pes daun pandan, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah tak perlu beli. Caranya pun cukup mudah malah boleh tahan selama sebulan jika disimpan dalam peti sejuk.Tapi syaratnya kena tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tersebut. Bukan apa bila buat sendiri pes pandan ini, lebih jimat kos malah diyakini halal dan tahap kebersihannya.
Boleh cuba cara buat pes daun pandan ini perkongsian Puan Ellyin Tan ini;
“Biasanya saya akan beli Paste Pandan ni kat kedai jual bahan-bahan kek je. Botol kecil pon dah RM6. Last-last saya buat je pati pandan sendiri memandangkan daun pandan ada banyak stok. Senang je buat dia tapi kena sabar tunggu 3 malam baru dapat pati hasil mendapan air daun pandan tu. Malam tadi buat Agar-Agar Pandan Santan.. wangi je bau paste pandan buatan sendiri. Jom tengok cara dan resepi Agar-agar Pandan Santan tu.”
“Paste pandan ni simpan dalam peti sejuk boleh tahan sebulan. Macam-macam kuih muih dan masakan boleh buat.”
Bahan-Bahan:
30 Helai Daun Pandan
3 cawan air
Cara Membuat:
1.Basuh bersih-bersih daun pandan, potong kecil dan toskan.
Ads
2.Saya blend dalam 3 cawan air, perahkan air daun pandan tu dan simpan dalam peti sejuk selama 2,3 malam.
3.Ini selepas 3 hari.Air pandan tu jadi 2 layer. Yang bawah tu lah pati atau paste pandan. Yang keruh tu boleh dijadikan esen pandan.
4.Keluarkan air bahagian atas tu.. ambil yang hijau pekat tu sahaja.
Ads
Info Ekstra!
Yang atas tu, sesuai untuk buat esen pandan. Kita ambik yang pekat kat bahagian bawah tu (paste pandan). Tuang hati-hati supaya tak berkeladak semula.Keluarkan air bahagian atas tu, ambil yang hijau pekat tu sahaja.
Esen Pandan nak buat kuih buah melaka atau kuih ketayap pun sesuai.Esen sebagai pewangi je, paste tu perisa. Tapi nak cantik kena jugak la tambah pewarna hijau jugak.
Resepi Agar-Agar Pandan Santan
(Sesuai untuk loyang 8 x 8 inci)
10 gram Agar-agar Serbuk
1 mangkuk kecil Gula Pasir
1600 ml Air (asingkan 200 ml untuk bancuhan santan)
1 biji Telur
2,3 sudu besar Paste Pandan
1 sudu besar Pewarna Hijau
1 kotak Santan Pekat
Secubit Garam
Ads
Cara Membuat:
1. Satukan santan, telur, 200 ml air & secubit garam dan kacau-kacau guna whisk. Ketepikan.
2. Masukkan air selebihnya ke dalam periuk. Masukkan sekali agar-agar serbuk. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan gula, paste pandan dan pewarna hijau.
4. Kacau-kacau hingga gula larut.
5. Masukkan bancuhan santan tadi dan kacau perlahan2 sampai mendidih.
6. Bila dah mendidih biarkan terus merenih selama 3,4 minit. Tapi kena selalu kacau supaya tak membuak keluar agar-agar tu.
7. Tutup api. Tuangkan dan tapis agar-agar ke dalam loyang atau bekas yang dah dibasahkan air terlebih dahulu.
8. Biarkan sejuk diluar selama 3 jam lebih baru masukkan ke dalam peti sejuk.
MW: Buat mak-mak yang ada banyak daun pandan dekat rumah tu, bolehlah cuba buat sendiri pes daun pandan ni. Mudah dan jimat kos, malah dijamin halal dan bersih bila kita buat sendiri. Nak buat macam-macam kuih, kek pun senang!
Mudah sangat rupanya mak-mak boleh buat tauhu kering atau fucuk sendiri di rumah. Hanya menggunakan air soya segar tanpa gula.Bukan apa, bila buat sendiri, lebih terjamin tahap kebersihannya, halal malah hilang segala keraguan dari segi cara pemprosesannya. Masak tumis air letak telur dan kentang pun dah cukup sedap!
Berikut perkongsian cara membuat tauhu kering ini oleh Zaujah Abu Syuhadah sebagai rujukan;
Bahan-Bahan:
1 Bungkus Air Soya Segar (tanpa gula)
1 Batang Chopstik
Cara Membuat:
1.Panaskan air soya segar didalam periuk. Gunakan api yang paling perlahan.
2.Biarkan air soya panas dan tidak perlu dikacau sehingga membentuk lapisan berkedut-kedut pada bahagian atas.
3.Apabila lapisan tersebut berwarna kekuningan, ambil pisau dan lalukan dikeliling tepi periuk bagi memudahkan lapisan diangkat nanti.
4.Selepas itu, ambil chopstik dan angkat lapisan tersebut dan tarik perlahan-lahan.
5.Jemur pada cahaya mata hari sehingga benar-benar kering.
Dahulu, kalau nak makan tau fu fa mesti tunggu pasar malam. Sebab masa inilah baru ada yang menjualnya. Kalau bulan Ramadan lagilah kan. Mesti ada dan pakejnya beli sekali dengan air kacang soya. Bestnya.
Pernah juga terfikir, macam mana nak buat sendiri. Leceh betul. Tak kena cara, memang tak jadilah. Cara mudah beli sahaja. Nieza Nor Hamnira berkongsi resipi yang paling simple untuk mak-mak buat sendiri di rumah.
Guna Air Kotak Soya
Siapa dah buat tau fu fa segera guna air kotak soya tapi tak gegar, tak lembut, jadi pejal sama macam puding atau agar-agar saja?
Kali ini, saya ingin kongsi tau fufa yang sama macam kat pasar malam. Lembut dan menyelerakan. Gunaa tiga bahan sahaja. Kalau tak jadi tak tahulah.
Bahan-bahan:
2 kotak susu soya – yang 1 liter tu (beli 2 kotak yang besar tu)
Agar-agar tali 8 gram SAHAJA
1 cawan air + daun pandan simpul (kalau ada)
Cara Membuat:
1.Masukkan air dan agar-agar tali sehingga semuanya cair dan tak nampak tali agar-agar itu lagi
2.Selepas itu, tuang 2 kotak air soya ke dalamnya.
3.Biarkan ia mendidih.
4.Tapis dan masukkan ke dalam bekas.
5.Tunggu selama 3 jam dan ke atas. Masukkan ke dalam peti ais atau letak sahaja dalam suhu bilik.
6.Sementara itu, buat air gula merah atau gula putih. Ambil 5 sudu besar gula (putih atau gula merah) dan 1 cawan air masing-masing. Panaskan atas dapur.
7.Apabila mendidih, ketepikan.
8.Boleh cedok tau fufa depan anak-anak. Boleh rasa keseronokan anak bila tengok sama seperti beli kat pasar malam.
Selamat mencuba!.
MW: Nanti bolehlah buat kat rumah. Rasa macam agar-agar, mesti anak suka.
Sebenarnya tak susah pun nak buat resepi coleslaw super sedap yang rasanya enak dan berlemak. Yang penting, bahan yang digunakan tepat. Ini cara paling mudah, tapi rasanya memang enak lemak berkrim.
Bahan-Bahan Buat Coleslaw
1 mangkuk Kubis – hiris halus
1 mangkuk lobak merah hiris halus
2 sudu besar mayones (Guna jenama ladies choice)
Sedikit gula
11/2 sudu besar susu tepung penuh krim
Sedikit limau nipis/oren
Step 1
Kubis dan lobak merah yang dah dihiris nipis tu jadikan 1 mangkuk.
Step 2
Masukkan 2 sudu mayones. Kalau tak ada jenama atas tu boleh saja gunakan apa-apa jenama yang anda suka. Gaul rata.
Step 3
Tambah sedikit gula. Ikut cita rasa anda. Masa ini cubalah rasa nak manis ke kurang manis ke, terpulang..
Step 4
Masukkan susu tepung ikut sukatan yang diberi.
Step 5
Perahkan sedikit limau nipis/oren/lemon (mana yang ada di peti ais andalah kiranya). Ini nak bagi tindak balas dan memasakkan bahan-bahan lain.
Step 6
Gaul rata dan biarkan adunan selama 12 jam dalam peti ais. Kalau dah tak sabar boleh saja terus dimakan.
Nota : Kubis hijau boleh juga diganti dengan kubis ungu atau campurkan sekali.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...