Teringat momen zaman kanak-kanak, setiap kali raya mesti tolong mak atau nenek buat kuih goyang atau kuih rose. Tapi sekarang tak perlu tunggu raya, bila-bila masa boleh buat dan makan kuih goyang.

Selalunya kita makan kuih goyang yang manis sahaja kan, kali ini cuba resepi berempah dan pedas. Sudah pasti sesuai dengan selera mak-mak yang matang ni.
Selain itu menurut Khadijah selain adunan, perkara terpenting dalam membuat kuih loyang adalah sama ada kuih melekat atau tidak pada acuan adalah bergantung pada acuan bukan pada adunan sebenarnya.

Tip tambahan yang turut dikongsi adalah gunakan lidi cucuk sate untuk alihkan kuih. Keduanya sebelum gunakan acuan, rendam acuan dalam air asam keping semalaman. Ketiga acuan perlu sentiasa panas dan biarkan acuan dalam minyak panas sepanjang proses membuat kuih loyang.

Ikuti perkongsian resipi Khadijah Saad atau Kak Jah ini:

IKLAN

Hari ini saya nak share resipi kuih goyang berempah yang saya buat jual setiap kali musim perayaan. Yang berminat nak buat duit raya nanti, silakan…
Kuih goyang atau kuih rose berempah@pedas resipi Kak Jah.

Resipi:

IKLAN

Bahan A:
Larutkan air kapur dalam satu bekas biar semalaman (guna 1/2 sudu kapur dengan semangkuk air). Biarkan sehingga jernih

Bahan B:
3 cawan tepung beras
1sudu penuh tepung gandum
1sudu penuh tepung jagung
1 sudu secukup rasa maggi
1 sudu jintan manis+1sudu ketumbar dikisar kasar.
2 sudu paras cili boh@serbuk cili.
Garam, serbuk perasa dan secubit gula
1 biji telor gred B
Sedikit hirisan daun kari.

IKLAN

Cara membuat:
1. Satukan semua bahan B sekali dalam satu bekas. Gaul rata.
2. Tambahkan air kapur tadi, gaul guna wisker pun boleh sehingga sebati.
3. Akhir sekali masukkan bahan kisar dan hirisan daun kari. Gaul sekata.

4. Panaskan minyak, kemudian letak acuan kuih loyang dalam kuali hingga panas. Kemudian barulah celup acuan dalam adunan tepung.
5. Goreng seketika, goyang-goyang sikit untuk tanggalkan kuih dari acuan. Goreng sehingga kekuningan atau perang.
6. Ulang sehingga habis adunan. Jangan lupa sejatkan minyak dengan lapiskan tisu sebelum mengangkat kuih loyang.
Rahsia Kuih GOYANG Tak Melekat Acuan, Rendam Semalaman & Biarkan Acuan Panas

Rahsia Kuih GOYANG Tak Melekat Acuan, Rendam Semalaman & Biarkan Acuan Panas Rahsia Kuih GOYANG Tak Melekat Acuan, Rendam Semalaman & Biarkan Acuan Panas

Sumber: Khadijah Saad

MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea buat mak-mak yang sedang mencari idea untuk buat kudap-kudapan. Mudah sahaja resepi ini untuk dicuba, ajak anak bersama untuk kongsi detik bersama dan kembalikan momen ketika kecil.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI