Pajeri orang sekarang tak macam masakan pajeri orang dulu-dulu. Apa yang dikongsikan Syed Mohd Nazlidalam grup Masak Apa Hari Ni (MAHN) ni memang ada betulnya.
Susah dah nak jumpa, kalau ada pun rasa santannya kuat. Hilang rasa asli pajeri itu. Sebab itulah, mak-mak muda terutamanya kena belajar ilmu masakan ini.
Ini cara betul masakan pajeri baik terung atau nenas, 10 rahsia yang dinyatakan ini kena ada. Point yang beliau kongsikan inilah yang akan membetulkan salah faham terhadap pajeri nenas.
10 Cara Betul Masak Pajeri
1. Pajeri bukan sejenis masakan berkuah cair.
2. Ianya berkuah pekat.
3. Rempah yang digunakan ialah rempah kari daging.
IKLAN
4. Bahan wajib ialah kerisik yang digaul bersama rempah sebelum ditumis.
5. Bahan tumisan selain bawang putih / merah ialah hirisan halia dan ’empat sekawan’. Jangan dok rajin tambah serai segala bagai.
6. Proses mati rempah dan pecah minyak adalah sama macam tumisan kari ikan.
IKLAN
7. Cukup sedikit pati santan.
8. Masakan ini jenis masakan manis dan perlukan gula yang sedikit banyak.
9. Nenas hendaklah dicelur air panas terlebih dulu.
IKLAN
10. Rasanya mesti ada rasa rempah, rasa gula, rasa garam dan sikit sangat rasa lemak. Diulangi SIKIT SANGAT RASA LEMAK!
Masakan Pajeri Kena Rupa Macam Ini
Mak-mak, masaklah pajeri tu sampai jadi macam dalam gambar ini. Ini pajeri dari Mak saya yang saya akan gaul nasi di dalam periuk bekas-bekas tinggalan yang ada.
Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak yang ramai seorang diri, lebih-lebih lagi tanpa kehadiran suami di sisi.Seorang wanita mengakui berdepan kesukaran untuk menguruskan 21 orang anaknya selepas suaminya yang merupakan seorang jutawan ditahan atas tuduhan penggubahan wang haram.
Harap Kepulangan Suami
Kristina Ozturk, 25, dari Batumi di Georgia berkata, dia bergelut untuk menumpukan pada perkara yang menggembirakan kerana masih mengharapkan kepulangan suaminya dari penjara.
Lapor Daily Mail, Kristina berkata, kesemua 21 anaknya dilahirkan menerusi kaedah rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF) dan kaedah ibu tumpang.
Dia membelanjakan lebih 168,000 euro (RM755,280) untuk khidmat ibu tumpang antara Mac 2020 dan Julai 2021, selain lebih 90,000 euro (RM404,614) setahun bagi membayar 16 pengasuh untuk menjaga mereka.
Pemilik Syarikat Bas
Kristina yang mempunyai seorang anak sebelum bertemu dengan ahli perniagaan Turki, Galip Ozturk, 57, yang memiliki syarikat bas Metro Turizm.
Pasangan itu berkahwin dan merancang untuk mempunyai 105 bayi menerusi kaedah IVF namun semuanya terhenti selepas Galip ditahan atas tuduhan penggubahan wang haram dan pemalsuan dokumen pada Mei lalu.
Galip melarikan diri dari Turki pada 2018 selepas mahkamah rayuan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap lelaki itu berhubung kes pembunuhan pada 1996.
Ibu kepada 22 orang anak itu mendedahkan menerusi paparan video sedih di Instagram bahawa dia masih mengharapkan Galip pulang dengan selamat.
Malah, Kristina juga mengakui berasa amat sukar untuk menguruskan akaun Instagram mereka sejak Galip ditangkap.
“Sudah tentu ramai perasaan dengan insiden yang berlaku dalam keluarga kami. Saya berasa amat sukar untuk menguruskan halaman ini.
“Sukar untuk bercakap mengenai beberapa perkara rumah tangga atau kegembiraan apabila semua fikiran hanya menunggu suami pulang ke rumah kami,” katanya.
Solok Lada adalah makanan biasa yang disediakan bagi orang-orang sebelah kawasan Pantai Timur.Ia bagaikan pelengkap untuk menu seperti Nasi Kerabu serta sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi putih. Solok Lada merupakan isi ikan yang disumbat didalam lada hijau besar serta dikukus dengan sedikit santan.Rupanya untuk membuat Solok Lada cukup mudah! Mak-mak boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Hazlina Nadie ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Siapa suka ni angkat tangan.Makan dengan nasi putih sedap, makan dengan nasi kerabu lagi sedap.Kalau cara mak saya dia suka guna ikan rebus.Kalau ikut cara ibu mertua dia guna ikan mentah.”
Ni saya sertakan resepi Solok Lada:
Bahan-Bahan:
Lada hijau
Ikan selayang @ kembung @ lolong
10 biji lada hitam
2-3 ulas bawang merah
Sedikit halia
Kelapa parut ( agak-agak lebih kurang sama banyak dengan isi ikan)
Santan untuk merebus solok lada.
Cara Membuat:
1. Ambil isi ikan.(Boleh guna ikan rebus @ ikan mentah)
2. Belah memanjang lada dan buang biji.
3. Tumbuk semua bahan bagi lumat dan perasakan dengan garam dan gula.
4. Sumbat bahan inti ke dalam lada.
5. Rebus @ kukus solok lada dengan sedikit santan. Siap..
Mungkin sebelum ini, trending di media sosial yang meminta pertolongan abang bomba. Sedangkan video itu hanyalah sekadar untuk hiburan sahaja, memandangkan viral tentang anggota keselamatan ini semasa pembarisan hari kemerdekaan bulan lalu.
Di sebalik viral anggota keselamatan ini, satu video tentang yang dikongsikan oleh seorang wanita yang terlibat dalam kemalangan jalan raya. Malah, kemalangan itu menjadi titik perhubungan wanita itu dengan abang bomba.
Inilah baru dikatakan ‘The Real Abang Bomba’. Ikuti perkongsian wanita yang dikenali sebagai Zati dalam video tiktoknya.
Pada waktu tersebut, dia memandu sendirian dan di dalam perjalanan pulang ke rumah sambil ditemani rakan lelakinya itu menerusi panggilan video.
Menurutnya, pada ketika itu mereka hanyalah sekadar kawan sahaja dan lelaki itu melakukan panggilan video itu untuk memastikan dia selamat tiba di rumah.
Oleh kerana hujan lebat dan keadaan jalan yang gelap menyebabkan wanita itu terlibat dalam kemalangan selepas gagal mengelak sebuah kenderaan yang keluar dari simpang. Sebaik sahaja mendengar jeritan wanita itu, lelaki tersebut bergegas ke lokasi kejadian memandangkan dia tahu di mana wanita itu berada.
Lelaki yang bekerja sebagai anggota bomba itu sempat menelefon balai bomba tempatnya bekerja dan meminta bantuan ambulans. Semasa tiba di lokasi kejadian, lelaki itu kemudian masuk ke dalam kereta dan membantu membawa wanita itu keluar.
Dikatakan, sebelum ini mereka hanya berkawan saja. Tapi selepas kejadian itu, mereka ambil keputusan untuk bertunang dan sekarang dalam fasa menghalalkan hubungan.
Mingguan Wanita : Semoga dipermudahkan dan bertemu dengan pasangan yang baik-baik buat yang masih menunggu jodoh.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Suami kalau nak menggembirakan hati isteri, tak perlu pun beri hadiah yang mahal-mahal. Ketahuilah wahai para suami, dengan sedikit kudrat yang anda sumbangkan mampu membuatkan si isteri tidur dengan hati berbunga-bunga.