Pucuk ubi antara sayur kampung yang memang sedap dicicah dengan sambal belacan. Banyak khasiatnya apabila dijadikan ulaman. Masalah yang sering dialami ketika merebus pucuk ubi ialah warnanya akan kelihatan lebam dan berbirat.
Sebenarnya ada cara dan bahan ‘rahsia’ yang perlu diletakkan di dalam rebusan pucuk ubi. Hasilnya barulah pucuk ubi yang direbus kelihatan elok cantik kehijauan dan lembut. Boleh ikut cara rebuspucuk ubi supaya lembut dan warna cantik kehijauan seperti yang dikongsikan oleh Abd Rahman Tayun ini.
Pucuk Ubi Kalau Rebus Nak Bagi Cantik & Nampak Hijau
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi
Garam kasar
Air secukupnya
1/2 sudu teh baking soda (bahan rahsia)
Tambah Bahan ‘Rahsia’ Ini
Cara rebus pucuk ubi:
Ads
Ramas pucuk ubi dengan garam kasar dan sedikit air.
2. Bilas kemudian toskan.
3. Panaskan air letak 1/2 sudu teh baking soda
4. Masukkan pucuk ubi tadi.
Ads
5. Bila dah lembut terus tapis dan masuk dalam bekas air + air batu.
Ads
6. Kemudian toskan. Insya Allah pucuk ubi warna kehijauan dan lembut.
Menu sarapan pagi untuk anak-anak biasanya yang mudah dan ringkas. Paling penting cepat disediakan. Nak memancing selera anak-anak untuk makan terutama sarapan pagi, mama ‘terpaksalah’ kreatif ketika menyediakan makanan.
Berikut dikongsikan resipi mudah sarapan untuk anak-anak, bagi menggalakkan mereka untuk sarapan pagi. Menu-menu ini juga sesuai untuk dijadikan bekalan ke sekolah. Sangat senang resipi yang dikongsikan Afzal Sukasuki ini. Semua menu ini dimasak menggunakan air fryer.
PAI CARBONARA
BAHAN-BAHAN:
Roti paratha (boleh guna Royale Paratha Fatihah)
Bawang holland | dipotong dadu
400gm daging cincang | dicuci bersih
1 tin sos carbonara
1 biji kuning telur (untuk disapu atas roti)
Sayur campur (optional)
CARA-CARA:
1. Goreng daging cincang terlebih dahulu sehingga kering. Angkat dan dibiarkan sejuk seketika. Tumis bawang holland. Masukkan daging cincang yang siap digoreng tadi.
2. Kemudian masukkan sayur campur (optional). Masukkan sos carbonara. Masak sehingga mendidih sebelum diangkat dan dibiarkan sejuk seketika.
3. Potong roti paratha kepada 2 bahagian. Letak bahan-bahan carbonara tadi sebagai inti ke dalam doh roti paratha.
4. Boleh kelim tepi roti paratha tadi menggunakan garfu. Sapu kuning telur pada atas doh carbonara.
5. Masukkan ke dalam air fyer selama 15 minit pada suhu 180°C. Dah siap, boleh dihidang kepada anak-anak.
Kurma telur sememangnya menjadi satu juadah yang enak. Kuahnya yang pekat berempah dan berperisa, enak dinikmati bersama nasi hangat. Memang sangat berbaloi untuk dicuba kerana menu ini pasti disukai seisi keluarga.
Ada juga cili padi untuk yang sukakan rasa pedas. Gigit sahaja. Pasti bertambah selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Nurul Ateekah ini. Memang terbaik dan anda pasti gemarkan rasanya.
BAHAN-BAHAN:
8 biji telur – direbus
8 sudu makan serbuk kurma
1 sudu teh serbuk sup
½ cawan air
1/2 biji bawang besar – dihiris
2 cm halia – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
8 biji cili padi merah
9 biji cili padi hijau
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 keping kulit kayu manis
1 helai daun pandan – disimpul
1 kiub pati ayam
2 sudu makan santan kotak
1 -1½ cawan air
1 biji ubi kentang – dipotong & digoreng
1 keping (besar) tauhu – dipotong & digoreng
BAHAN KISAR:
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering (kisar sehingga lumat)
CARA MEMASAK:
1. Serbuk kurma, serbuk sup dan ½ cawan air disatukan dan jadikan pes. Ketepikan.
2. Tumiskan buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang putih, halia dan daun pandan sehingga naik bau.
3. Masukkan bawang merah. Tumis lagi sehingga sedikit keperangan.
4. Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
5. Apabila sudah pecah minyak, masukkan pes bancuhan rempah kurma. Tumis lagi sehingga rempah masak dan masukkan cili padi.
6. Seterusnya masukkan air dan santan. Kacau sebati.
7. Akhir sekali, masukkan kentang, tauhu, telur dan kiub pati ayam. Gaul sebati dan biarkan ianya masak seketika. Rasa dan tambah garam jika perlu.
8. Kurma telur bersama kentang dan tauhu sedia untuk dihidang.
Kuih lompang labu boleh dicuba sebagai menu kuih muih untuk dihidangkan buat santapan seisi keluarga. Buah labu banyak khasiatnya. Warna kuning pada kuih lompang mampu memancing selera.
Biasanya labu kita jadikan cekodok, apam, kuih lapis atau dimasak bersama sayur. Rupanya boleh juga diadun dalam adunan lompang ini. Sangat mudah. Jom cuba resipi perkongsian Mak Frida @ fridajoincoffee ini. Pasti puas hati.
1. Kisar halus labu yang dikukus tadi hingga menjadi puri.
2. Satukan puri labu, tepung beras, tepung jagung dan gula pasir. Adun sebati sambil dimasukkan air. Pastikan sebati dan tidak berketul.
3. Ambil acuan lompang dan oleskan sedikit minyak. Panaskan juga periuk kukusan sehingga mendidih dan naik wap.
4. Tuang adunan lompang ke dalam acuan hingga penuh. Kukus selama 15 minit atau sehingga masak.
5. Keluarkan kuih lompang dari acuan dan letakkan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam dengan secukupnya. Hidangkan.
Buah-buahan dan sayur-sayuran terdapat dalam pelbagai warna. Setiap warna mempunyai keunikan tersendiri dalam melindungi penyakit. Bahan ini dikenali sebagai fitokimia. Fitokimia inilah yang memberikan warna yang menyerlah pada buah-buahan dan sayur-sayuran
APAKAH FUNGSI FITOKIMIA?
Selain daripada membekalkan warna yang menarik pada buah dan sayur, fitokimia juga berfungsi sebagai antioksida semula jadi yang berupaya untuk mencegah penyakit tertentu seperti kanser dan penyakit jantung serta meningkatkan sistem pertahanan badan.
Fitokimia yang terdapat di dalam sayur-sayuran dan buah-buahan adalah seperti:
*Lycopene
*Anthocyanins
*Beta-karotin
APA ADA DALAM WARNA?
Kuning/Jingga
Buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna kuning-jingga kaya dengan karotenoid yang dikenali sebagai beta-karotin. Beta-karotin akan ditukar menjadi vitamin A.
Beta-karotin yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna kuning-jingga seperti keledek, lobak merah dan labu membantu dalam peningkatan sistem pertahanan tubuh dan kesihatan mata.
Pelakon Wanita, Syida Melvin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.