Pucuk Ubi biasanya dicelur dan dicicah dengan sambal belacan ataupun dimasak lemak cili padi. Namun masakan bagi orang di Negeri Sembilan, pucuk ubi juga boleh dibuat rendang yang sangat sedap, malah jika dijual harganya boleh tahan mahalnya.Ini kerana nak buat rendang ini agak renyah dan perlukan kesabaran yang tinggi. Ia perlu dikacau lebih 2 jam, sehingga betul-betul kering. Barulah rendang pucuk ubi ini dimasak sempurna.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Maria ini sebagai panduan;
Saya orang Perak utara, bila suami nak makan masakkan negeri dia (Negeri Sembilan). Berdesup telifon mak mertua tanya resepi. Nak balik PKP, 2 jam lebih mengayuh di dapoq. Patut la orang juai mahai. Sedap sungguh la nak habaq kat hampa “Rendang Pucuk Ubi”.
Akak tunaikan permintaan sahabat semua. Rendang Pucuk ubi kayu. Ni ambik resepi kat mak mertua orang Rembau. Akak halalkan , Nanti pakat buat tau. Insyaallah sedap.
Rendang Pucuk Ubi Omak Mertua Den
Bahan-Bahan:
Pucuk ubi potong halus ( akak punya sebesen besaq)
10 helai Daun kunyit dipotong halus
6 batang diketuk serai
Ikan bilis halus ( ikut suka nak banyak atau sikit, banyak lagi sedap)
Garam
Secukup Rasa.
Santan (4 biji kelapa)
Bahan Kisar:
Segengam Cili api
6 biji Bawang Besar
6 ketul besar Kunyit hidup
Ads
Cara Membuat:
1.Tumis bahan blender dalam kuali.
2.Masuk Serai diketuk
3.Dah wangi, masuk santan
4.Santan mengelegak masuk ikan bilis, pucuk ubi,daun kunyit yang dihiris halus tadi.
5.Masuk perasa, garam.
Ads
Kacau sampai betul betul Kering. 2jam lebih jugak la nak bagi kering .
MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada pucuk ubi di rumah boleh laa cuba resipi rendang pucuk ubi yang dikongsikan ini. Memang berbaloi sedap dan puas hati makan.
Jika nak masak menu berasaskan daging boleh cuba resipi simple tapi sedap Daging Masak Hitam Berempah ini. Rupanya antara tip nak buat lauk ni bertambah sedap, kena perap dulu daging dengan kicap manis barulah dimasukkan dalam bahan tumis.
Boleh cuba resipi Daging Masak Hitam Berempah yang dikongsikan oleh Puan Nurul Aini ini;
Untuk menu berbuka hari ni saya pilih untuk masak lauk daging masak hitam berempah. Saya share juga resepi / cara saya. Semoga bawa manfaat untuk kawan-kawan yang tengah mencari menu berbuka.
Bahan-Bahan:
500 gram daging
Daun pandan
Serai
Daun Kari
Rempah sekawan
(Bahan kisar)
Bawang besar sebiji
Bawang merah 3 – 4 ulas
Bawang putih 2-3 ulas
Serai
Lengkuas
Halia
(Sangai)
1 sudu besar Ketumbar
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putih
Kicap Manis Secukupnya
2 Sudu Besar Kicap pekat
Gula Melaka
Santan Pekat
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak tumis bahan-bahan ni dulu.
2.Kemudian tumis bahan kisar. Kalau yang suka pedas boleh tambah cili kisar sekali. Sis tak nak sebab makan dengan anak.
3.Kacau sebati. Tumis sampai pecah minyak tau.
4.Sementara tu sangai ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Jaga-jaga api ye waktu sangai jangan sampai rentung. Nampak warna dah macam gelap sikit boleh tutup api.
5.Selepas itu kisar kering bahan sangai tadi. Kalau malas guna je yang serbuk punya tapi sis prefer guna biji lagi best. Nampak la rajin sikit.
6.Selepas itu, blend pulak sebiji tomato.
7.Dah pecah minyak, masukkan pulak bahan sangai tadi dan jugak tomato yang dikisar tadi.
8.Kemudian ni hero kita. Daging ni perap siap-siap dengan kicap manis. Sampai agak tenggelam separuh daging tu. Perap paling kurang 30 min. Masukkan daging ni dalam bahan tumis tadi.
9.Pastu masuk 2 sudu besar kicap pekat.
10.Masak sampai daging empuk. Guna api kecik ye.
11.Kemudian tu masukkan gula melaka ni. Agak-agak je dah sebab tadi dah guna kicap manis perap daging.
12.Bila daging dah betul-betul empuk akhir sekali letak sedikit santan pekat baru lah rasa lemak-lemak skit kuah kita nanti. Kacau sebati , tutup api. Siap.
Daging masak hitam berempah. Kena dengan nasi panas-panas sambil gigit cili hijau besar sedap sangat!
MW: Sedapnya Daging Masak Hitam Berempah ni, boleh buat untuk lauk berbuka nanti. Rupanya kena perap dulu dengan kicap manis barulah masukkan dalam bahan tumis.
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Bila tekak nak makan sushi, mulalah mencari-cari restoran Jepun. Nak buat sendiri macam susah pula dan satu hal nak keluar cari bahan yang mungkin ada kat satu-satu tempat tentu sahaja. Pulak tu, bila PKP nie kebanyakkan restoran tutup. Lagilah kempunan.
Tak payah pening-pening, rupa-rupanya senang saja nak buat sushi kat rumah. Bahan yang kita guna pun mudah nak dapat. Apa lagi, lepas nie bolehlah makan sushi, hasil air tangan sendiri dan tak pelu nak fikir cari restoran Jepun pun.
“Sebenarnya, saya buat sushi ini untuk sarapan. Bahan utama pun hanya beras dan seaweed yang ada jual kat kedai serbaneka. Kenyang pun kenyang.
Bahan Untuk Masak Nasi
1 cawan beras
2 cawan air
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Masak macam biasa. Bila masak, biarkan ia sejuk sekejap.
Nak letak bijan hitam yang disangai pun boleh.
Bahan Lain:
Seaweed
Tuna
Hirisan cili padi
Hirisan bawang
Mayonis
Garam
Lain-lain bahan, ikut citarasa sendiri
Lobak merah – potong panjang
Timun – potong panjang
Cara nak menyediakan seperti dalam gambar di bawah ini.
Bahan seaweed dan berasLobak merah dan timun yang dipotong memanjangBeras yang siap dimasakTuna yang dicampur dengan mayonis, bawang dan cili.Ambil sekeping seaweed, boleh lapik atas plastik.Letak nasi di atas kepingan seaweed dan tuna serta sayuran yang dipotong tadi.Gulung kuat-kuat supaya senang nak potong nanti. Potong ikut saiz besar yang kita nak. Taraaa, boleh terus ngap masuk mulut.
MW: Apa lagi, boleh cuba nie, jimat dan mudah kan!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Selalunya bila teringin nak makan aiskrim kita beli je di kedai. Sebenarnya mak-mak boleh buat sendiri aiskrim Milo homemade di rumah. Memang jimat dan lebih sedap, tak payah beli lagi.
Boleh cuba buat Aiskrim Milo homemade, ikut resepi yang dikongsikan oleh D’jara Twin ini.
Semalam try buat ice cream milo homemade. Serius sumpah sedap macam Cadbury. Bahan nak buat pun senang je nak cari.Yang ada anak tu boleh la try. Tak payah keluar rumah lagi nak beli ice cream. Jimat pun jimat
Bahan-Bahan:
1 tin Susu cair
1 cawan Milo
2 sudu besar Serbuk koko
2 sudu besar Susu pekat
1-2 sudu besar Ovalet
Cara Membuat:
1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mesin pengadun (mixer) dan adun sehingga pekat dan sebati.
2. Apabila telah pekat, masukkan pula ke dalam bekas.
3.Hias dengan coklat chip. Kemudian masuk dalam peti ais semalaman.
MW: Boleh cuba buat Aiskrim Milo ni nanti. Bahan-bahannya pun tak banyak dan senang nak buat. Anak-anak mesti suka, sedap dan memang lebih jimat bila buat sendiri.
Ketua jururawat Hospital Ampang meninggal bersama anak dalam kandungan. Tidak pernah cepat sesaat atau terlewat seminit. Takdir yang sudah tertulis buat semua.