Kuih Kaswi antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Rasanya yang lemak manis dan lembut, memang sedap dinikmati bila-bila masa. Jika selalu kita buat kuih Kaswi Gula Merah, boleh cuba resipi Kaswi Pandan pula.

Cantik sungguh permukaan kuih Kaswi Pandan yang dikongsikan oleh Puan Zura Zul ini. Elok licin tak berlubang-lubang malah sangat lembut, ‘gedik’ bergoyang. Malah cukup mudah nak buat, guna sukatan cawan je.

Kuih Legend, KASWI PANDAN LEMAK MANIS

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan (6-7 helai daun pandan + 1 cawan air, blender dan tapiskan)
2 3/4 cawan air
1 1/4 cawan gula – nak manis lagi boleh tambah
Sedikit air kapur makan
Sedikit pewarna hijau
1/2 biji kelapa putih gaul dengan sedikit garam

Cara Membuat :

1. Bancuh semua bahan atau blender halus, kemudian tapiskan.
2. Guna loyang saiz 8 dan sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit.
3. Tuang adunan dalam loyang, kukus 30 minit.
4. Kalau ada wap air jatuh, terus je lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap. Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih.
5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa.

IKLAN

Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’

Resipi KASWI PANDAN Lemak Manis Sukatan Cawan, Elok Licin Lembut ‘Bergedik’

 

IKLAN

Sedia dihidang dan selamat mencuba.

Baca Lagi Di Sini:
Cantiknya Kuih ‘Buah Melaka’ Warna Kuning, Rasa Lemak Manis Guna Buah Labu Je! Begini Caranya

IKLAN

Resipi Kuih Seri Muka Pandan TANPA Telur Sukatan Cawan Paling Mudah!

MW:Sedapnya Kuih Kaswi Pandan ni. Cantik permukaannya licin, rasa lemak manis dan elok lembut ‘bergedik’. Nak buat pun mudah, ikut je resipi dan cara yang dikongsikan ini.

Sumber: Zura Zul

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI