Mak-mak penggemar tart telur tak perlu susah-susah dah nak buat kulit tart ni.Cara yang paling mudah boleh guna kulit paratha yang dibeli di kedai. Rasa kulitnya rangup dan paling penting intinya atau filling telurnya lemak manis dan lembut je. Memang puas hati bila makan dan buat sendiri.
Boleh cuba perkongsian resipi daripada Puan Siti Mariamsebagai panduan mak-mak yang nak buat sendiri tart telur ni.
“Tart telur kulit paratha, resepi paling mudah.telurnya aalahai lembut..tak cukup 2,3 biji bila makan”
Bahan-Bahan:
6 biji telur
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula aising
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar esen vanila
1 susu kecil garam
Kulit Paratha (dipotong empat)
Ads
Cara Membuat:
Masukkan bahan-bahan diatas ke dalam satu bekas dan kacau sebati.
2. Ambil 1 keping kulit paratha yang telah dipotong 4, masukkan ke dalam acuan. Kalau ada kulit yang terlebih lipatkan ke dalam loyang.
3. Tuangkan bahan-bahan yang dikacau tadi, diatas kulit paratha.
Musim cuti sekolah ni, selain bawa anak jalan-jalan, mak-mak mesti pening nak fikirkan aktiviti mereka ketika berada di rumah. Iyalah takkan nak bagi anak main gajet dan tengok tv je. Mesti kena cari satu aktiviti yang boleh merangsang perkembangan otak, kemahiran motor dan kreativiti mereka. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah dengan bermain playdoh.
Tapi jika nak jimat, mak mak boleh buat sendiri playdoh ini di rumah dengan anak-anak. Dijamin bebas tanpa bahan pengawet, tahan lama dan paling penting tidak berbahaya serta selamat untuk anak.
Berikut perkongsian cara buat playdoh oleh Puan Lieya Jais sebagai rujukan.
“Buat ibu-ibu yang nak cuba buat tanah liat versi sendiri, bolehla cuba ye. Kalau tak, boleh juga beli yang sedia ada kat kedaiii nunn…Playdoh ni asalnya idea dari seorang cikgu yang bagi ceramah masa orientasi Jehan hari tu. Terima kasih cikgu bagi resepi maveles ni…Maaf tak ingat namanya dan dari sekolah mana.”
1 plastik tepung gandum (beli yang paling murah sekali)
1 cawan garam halus
1 cawan minyak masak
2 cawan air
Pewarna – gunakan pewarna makanan atau warna air.
1. Campurkan semua bahan tadi dan uli sebati.
2. Bahagikan tepung kepada beberapa bahagian dan letak pewarna kesukaan anda.
3. Tadaaaaa…dah siap. Tak nak main simpan dalam bekas kedap udara ye. Jangan biarkan diluar.
1. Tiada bahan pengawet & tidak merbahaya buat kanak-kanak.
2. Garam bertindak sebagai anti kulat jadi ia tahan lama. (kalau tak silap 3 bulan).
3. Warna tidak akan luntur dan tangan juga tidak berminyak.
4. Kos yang sangat murah, berbaloi-baloi.
Semoga bermanfaat!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak penuhi aktiviti anak-anak cuti sekolah ni bolehlah cuba buat playdoh ni bersama mereka. Mesti seronok dan anak-anak pun mesti suka!
Mak mak yang rajin mem’baking’, memang akan kerap gunakan oven. Bila dah sekian lama baru tersedar, rupanya dah tiba masa oven tu kena cuci.
Nak cuci oven sebenarnya taklah susah mana. Cuma kalau tekniknya betul, oven akan jadi berkilat semula. Karat-karat yang bersarang pun hilang dengan mudah.
Ini tip cuci oven seperti yang dikongsikan Ryuji Asada (Fadzly Hassan). Ikut langkah demi langkah yang diterangkan di bawah. Dan yang paling penting, cara ini bebas bahan kimia berbahaya.
Bahan diperlukan:
● Air
● Botol Spray
● Baking Soda
● Kain Buruk
● Cuka
● Mangkuk kecik
1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven
2. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk tadi. Tujuan untuk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor.
3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven mak mak, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.
4. Biarkan 12 jam untuk bagi dia jadi magik. Hehehe.. ini serius tau.
5. Cukup 12 jam, ambil kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.
Dekat seminggu jugalah, mak ayah bekerja ini siapkan laman belakang cantik di kediaman mereka. Asalnya, tanah belakang berkeluasan 20 kaki itu dipenuhi rumput dan lalang terbiar.
Semak samun itu dibersihkan dan hasilnya cantik sungguh laman belakang rumah yang disiapkan oleh Ummu Al Fateh dan suaminya ini. Khas untuk mereka 5 beranak berkelah dan breakfast setiap hujung minggu.
Ibu ini berkongsi dengan pembaca Mingguan Wanita, proses menyiapkan kerja-kerja membuat laman belakang rumah yang cantik ini.
Menurut Ummu Al Fateh, kediamannya itu asalnya rumah terbiar. “Saya beli rumah second yang terbiar. Belakangnya ada 20 kaki. Dalam 7 kaki, saya simenkan untuk laundry. Lagi 13 kaki, saya buat taman.”
“Kos keseluruhan untuk tanam rumput dan bunga-bunga semua itu dalam RM600.”
“Rumput tu saya pernah tanya kedai. Siap tanam RM3000 dia nak untuk keluasan macam ini. Jadi, kami suami isteri beli rumput dan tanam sendiri.”
Memandangkan mereka suami isteri bekerja, kerja-kerja menyiapkan laman belakang ini dilakukan sebelah petang. Bila mana, masing-masing pulang dari tempat kerja.
“Seminggu jugalah berhempas pulas. Dua hari ratakan tanah, 2 hari tanam rumput jenis mutiara. Saya tinggal di Ulu Tiram, Johor. Mencari rumput mutiara pun di nurseri dekat sini saja.”
Kongsinya lagi, untuk dapatkan laman belakang yang cantik mereka perlu lakukan penjagaan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu. Itu untuk cabut rumput liar yang naik celah rumput mutiara.
Manakala, setiap 2 minggu sekali, semua pokok dan rumput akan ditaburkan baja untuk memastikan kesuburan tanaman berkekalan.
Sebenarnya suami isteri ini ada sebab kenapa laman belakang itu diperindahkan. “Saya cuba buat taman belakang rumah ala-ala mat salleh ada backyard garden.”
“Dalam masa yang sama saya cuba beri inspirasi supaya anak ada taman untuk berlari dan bermain.” Dapatlah nanti 3 orang anak-anaknya seusia 5, 2 dan setahun itu bermain dengan riang ria.
Selepas bersihkan rumput, kawasan bersimen dipecahkan untuk proses tanam rumput mutiara.
Rumput dicangkul dan dicabut sampai ke akar, supaya tak tumpuh celah-celah rumput mutiara nanti. Kemudian gembur-gemburkan dan ratakan tanah.
Rumput akan ambil masa dalam 6 bulan untuk bercantum antara satu sama lain. Untuk rumput mutiara yang dibeli ini, harga sekeping RM4.90 untuk saiz 2×1 kaki.
Rumput depan rumah ini baru 2 minggu dipasang (ketika statusnya dimuat naik).
Pasang dulu ‘foot step’ kemudian baru letak rumput. Bagi sama rata dengan rumput supaya anak tak tersadung.
MW : Semoga mak ayah dapat idea untuk hias laman belakang mahupun depan kediaman bagi cantik dan jadi taman yang bahagiakan hati sekeluarga.
Tidak selalu pasangan suami isteri akan berada di tahap selesa dan bahagia. Ini realiti alam rumah tangga dan begitulah yang dilalui oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sendiri.