Tidak selalu pasangan suami isteri akan berada di tahap selesa dan bahagia. Ini realiti alam rumah tangga dan begitulah yang dilalui oleh bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali sendiri.
Safee Sali Kongsi Kisah Fasa Sukar
Berkongsi kisah lalu dengan pengikut laman media sosial miliknya, dia juga pernah melalui fasa paling sukar dalam hidupnya selepas bersara daripada bola sepak apabila terpaksa membina semula kehidupan hampir dari kosong susulan berdepan kemelut kewangan dan kehilangan sebahagian besar aset yang dimilikinya.
Safee berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story, hari ini, dengan mengakui ramai hanya melihat kehidupannya yang kini lebih tenang tanpa mengetahui liku getir yang pernah dilaluinya sebelum kembali bangkit.
Isteri Banyak Bantu Ketika Di Titik Terendah
Ads
Menurut bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor dan Pelita Jaya itu, isterinya, Intan menjadi individu yang banyak membantunya ketika dia berada di titik paling rendah dalam kehidupan.
“Dia hadir ketika saya berada dalam keadaan yang paling lemah. Dia tidak melihat nama, populariti atau apa yang saya pernah miliki. Dia melihat seorang lelaki yang sedang cuba bangkit semula daripada episod hidup yang sangat sukar,” katanya.
Ads
Safee turut mendedahkan selepas menggantung but, keadaan kewangannya menjadi sangat kritikal sehingga memaksanya memulakan kehidupan semula hampir tanpa apa-apa.
Ads
“Saya terpaksa bermula semula hampir dari kosong. Saya selalu mengibaratkan keadaan saya ketika itu sebagai seorang lelaki yang hanya tinggal spender saja.
“Apa yang saya bina bertahun-tahun terasa seperti hilang dalam sekelip mata apabila semua aset hasil kerja bola sepak saya habis dikebas,” katanya.
Walaupun berdepan situasi getir, Safee berkata dia memilih untuk tidak mengulas secara terbuka mengenai apa yang berlaku, sebaliknya memberi tumpuan untuk mencari rezeki dan membina semula kehidupannya.
Perkongsian pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani mengenai kejayaan sebuah keluarga yang berjaya melahirkan tiga anak perempuan bergelar hafizah al-Quran mengundang rasa syukur dan sebak dalam kalangan warganet.
Menerusi perkongsian di Facebook, beliau mengimbau detik penuh bermakna ketika menghadiri Majlis Konvokesyen Huffaz Maahad Tahfiz An Nabawi, Jerantut tahun lalu.
Menurutnya, di sebalik ratusan tetamu yang memenuhi dewan, ada satu momen yang tidak mampu dilupakan apabila melihat seorang ibu menitiskan air mata kegembiraan saat ketiga-tiga anak perempuannya dipanggil ke pentas menerima pengiktirafan sebagai hafizah al-Quran.
“Di celah ratusan tetamu yang hadir pada Majlis Konvokesyen Huffaz tahun lalu, ada satu keluarga yang mencuri perhatian saya. Bukan kerana populariti tetapi kerana di sana ada air mata yang mengalir tanpa mampu disembunyikan,” tulis beliau.
Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, saat nama demi nama dipanggil, tiga orang anak daripada keluarga Tuan Zamani melangkah ke pentas dengan penuh bangga mengenakan jubah graduasi masing-masing.
Hari itu bukan sekadar majlis konvokesyen malah menjadi kemuncak kepada perjalanan panjang sebuah keluarga yang meletakkan al-Quran sebagai asas pendidikan anak-anak.
Ketiga-tiga anak perempuan mereka berjaya menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran di Maahad Tahfiz An Nabawi, Jerantut.
Lebih membanggakan, salah seorang daripada mereka turut dinobatkan sebagai Tokoh Huffaz, sekali gus melengkapkan kegembiraan keluarga tersebut.
Bagi Ustaz Ahmad Dusuki, apa yang menyentuh hati bukan sekadar kejayaan tiga anak bergelar hafizah Al-Quran, sebaliknya pengorbanan luar biasa seorang ibu dan ayah yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak-anak membesar sebagai pencinta al-Quran.
Beliau mengajak masyarakat membayangkan berapa banyak doa yang dipanjatkan seorang ibu pada sepertiga malam, berapa banyak kesusahan yang dipendam dan berapa banyak pengorbanan yang tidak pernah diceritakan kepada sesiapa.
“Bayangkan… berapa banyak doa yang pernah dipanjatkan pada sepertiga malam. Berapa banyak pengorbanan yang tidak pernah diceritakan kepada orang lain. Berapa banyak kesusahan yang mereka simpan sendiri, semata-mata mahu melihat anak-anak membesar sebagai insan yang memelihara kalam Allah,” katanya.
Tambah beliau, seorang ibu mungkin pernah menangis ketika menghantar anak ke asrama kerana terpaksa berjauhan demi masa depan mereka manakala seorang ayah pula gigih mencari rezeki agar anak-anak dapat meneruskan pengajian tanpa dibebani masalah kewangan.
Namun pada hari konvokesyen itu, segala penat lelah mereka akhirnya diterjemahkan melalui senyuman dan air mata kesyukuran yang sukar diungkap dengan kata-kata.
Menurut Ustaz Ahmad Dusuki, tiada nikmat yang lebih besar buat ibu bapa selain melihat anak-anak menjadi insan yang menjaga kalam Allah SWT.
“Semua penat lelah mereka dibalas dengan satu nikmat yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Melihat anak memeluk al-Quran, melihat anak memakai jubah huffaz, melihat anak menjadi pewaris kalam Allah. Itulah hadiah terbesar buat seorang ibu dan ayah.”
Beliau berkata, kejayaan seperti itu bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga malah menjadi saham akhirat yang tidak ternilai apabila anak-anak terus berpegang teguh kepada al-Quran sepanjang kehidupan mereka.
Mengakhiri perkongsian, beliau mendoakan agar ketiga-tiga hafizah tersebut terus istiqamah menjaga hafazan, mengamalkan isi kandungan al-Quran serta menyebarkan ilmu kepada generasi akan datang.
“Alhamdulillah… akhirnya anakku menjadi huffaz al-Quran. Doa saya kepada mereka, semoga terus istiqamah menjaga al-Quran dan sampaikan pula kepada generasi seterusnya. Agar kita semua beroleh ganjaran tertinggi di akhirat nanti, insya-Allah.”
Beliau turut mengingatkan umat Islam tentang sabda Rasulullah SAW:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya.”
(Riwayat al-Bukhari, No. 5027)
Perkongsian Ustaz Ahmad Dusuki itu menjadi peringatan bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik atau kerjaya, sebaliknya apabila ibu bapa berjaya membimbing anak-anak menjadi insan yang mencintai, menghafaz dan mengamalkan al-Quran. Kisah keluarga Tuan Zamani membuktikan bahawa setiap doa yang dipanjatkan, setiap pengorbanan yang dilakukan dan setiap air mata yang gugur kerana Allah SWT tidak pernah sia-sia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pasti ramai yang ingin tahu perkembangan anak Amyza Aznan dan ini perubahan kesihatan Adrian Adam Khairil Idzhar, 18, yang menghidap kanser tulang, dijangka lebih ketara selepas melalui proses rawatan ketiga.
Amyza, 50, berkata Adrian masih berada pada fasa awal rawatan dan kesan yang ditunjukkan setakat ini masih minimum.
“Masih terlalu awal untuk berkongsi perkembangan kerana semuanya masih baharu. Walaupun sudah menjalani dua kali rawatan, kesannya masih sangat minimum.
“Doktor maklumkan perubahan yang lebih ketara mungkin dapat dilihat selepas rawatan ketiga. Ian (panggilan Adrian) baru selesai menjalani rawatan kedua, jadi sekarang kami hanya memantau keadaannya,” katanya.
Amyza berkata, jadual rawatan seterusnya bergantung kepada keadaan fizikal Adrian berikutan anaknya akan mengalami demam sebagai tindak balas normal badan setiap kali selesai menjalani rawatan.
“Jika keadaan badannya mengizinkan, barulah doktor akan teruskan sesi rawatan selanjutnya.
“Setiap kali selesai rawatan memang dia demam. Doktor sudah maklumkan perkara itu lebih awal. Ini adalah reaksi normal badan Ian terhadap ubat,” katanya.
Menurut Amyza, doktor pada mulanya teragak-agak untuk meneruskan rawatan kedua kerana bimbang tubuh Adrian masih belum mampu menerimanya. Namun, anaknya itu berkeras mahu meneruskan prosedur itu.
“Walaupun Ian tahu dia akan demam selepas rawatan, dia mahu teruskannya. Ian sangat kuat melawan penyakit ini,” ujarnya.
Amyza berkata, Adrian kini menjalani proses pemulihan di rumah dan perlu mengikuti rutin harian termasuk pengambilan ubat dan minuman detoks bagi menjaga fungsi hati selepas rawatan.
“Kami perlu memantaunya setiap hari di rumah. Banyak rutin yang perlu dilakukan termasuk mengambil ubat untuk membantu proses pemulihannya.
“Setiap hari saya akan membancuh tiga bekas besar minuman detoks untuk menjaga hati Ian selepas rawatan,” katanya.
Mengulas keadaan anaknya, Amyza berkata Adrian tidak pernah mengadu sakit, sebaliknya sentiasa menunjukkan ketabahan walaupun menanggung kesakitan.
“Dia memang sangat kuat. Dia kuat dan degil. Tetapi, degilnya bukan kerana enggan berubat, sebaliknya degil untuk melawan penyakit ini. Dia tidak pernah mengaku kalah.
“Dia juga tidak pernah mengadu sakit. Selalunya saya hanya tahu dia sedang menahan kesakitan secara tidak sengaja. Kadang-kadang apabila saya membuka pintu biliknya, saya nampak Ian menangis atau menahan sakit.
“Seperti semalam, anak bongsu saya memberitahu Ian menangis selepas keluar dari bilik air. Namun apabila saya masuk ke biliknya dan bertanya keadaan dirinya, dia berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku,” katanya.
Dalam pada itu, Amyza mengakui ada kalanya dirinya berasa rapuh, namun sokongan anak-anak, rakan media dan orang ramai menjadi sumber kekuatan untuk terus tabah menghadapi ujian.
“Sejujurnya saya memang rapuh. Ada masanya saya rasa lemah dan semakin hari semakin rapuh. Namun sokongan daripada anak-anak, rakan media yang sentiasa bertanya khabar serta doa orang ramai membuatkan saya kembali kuat.
“Apabila ada yang mengambil berat dan mendoakan kami, saya mendapat semangat untuk terus bangkit dan menemani Ian melalui semua proses rawatan ini… Terima kasih,” katanya.
Tak masuk akal, tetapi harga makanan RM1 memang wujud di kedai makan ini! Kalau peniaga lain terpaksa menaikkan harga makanan akibat kos bahan mentah yang semakin meningkat, namun tinggal wanita yang di Kampung Raja, Kelantan ini tetap setia menjual kebanyakan menu pada harga hanya RM1 sejak hampir 10 tahun lalu.
Aminah Awang, 58, berkata, usaha itu dilakukan bagi memastikan golongan kurang berkemampuan, pelajar dan keluarga yang mempunyai ramai anak masih mampu menikmati makanan panas dengan harga berpatutan.
Idea ini dicetuskan anak keduanya bagi menyediakan hidangan murah terutamanya buat pelajar sekolah.
Antara menu yang dijual pada harga RM1 ialah mi sup, bihun sup, kuetiau sup, nasi air, sosej bakar, ABC dan Air Batu Jagung.
Walaupun murah, setiap hidangan tetap lengkap dengan sayur dan isi ayam.
Menurut Aminah, keuntungan bukan keutamaan. Baginya, melihat pelanggan dapat menikmati makanan yang mengenyangkan dengan harga mampu milik sudah cukup membahagiakan.
Kisah kedai makan ini turut tular di media sosial selepas video mengenai menu RM1 meraih lebih sejuta tontonan, sekali gus menjadikan kedainya antara destinasi pilihan pelanggan dari dalam dan luar Kelantan.
Baru-baru ini anak kepada pelakon, Allahyarham Lydia Ibtisam iaitu Nur Sarah Alisya menitipkan ucapan menyentuh hati buat arwah ibunya menerusi satu hantaran di TikTok.