Dekat seminggu jugalah, mak ayah bekerja ini siapkan laman belakang cantik di kediaman mereka. Asalnya, tanah belakang berkeluasan 20 kaki itu dipenuhi rumput dan lalang terbiar.
Semak samun itu dibersihkan dan hasilnya cantik sungguh laman belakang rumah yang disiapkan oleh Ummu Al Fateh dan suaminya ini. Khas untuk mereka 5 beranak berkelah dan breakfast setiap hujung minggu.
Ibu ini berkongsi dengan pembaca Mingguan Wanita, proses menyiapkan kerja-kerja membuat laman belakang rumah yang cantik ini.
Cara Ibu Ini Siapkan Laman Belakang Cantik Dengan Kos Murah
1. Buat Sendiri Lebih Jimat
Menurut Ummu Al Fateh, kediamannya itu asalnya rumah terbiar. “Saya beli rumah second yang terbiar. Belakangnya ada 20 kaki. Dalam 7 kaki, saya simenkan untuk laundry. Lagi 13 kaki, saya buat taman.”
“Kos keseluruhan untuk tanam rumput dan bunga-bunga semua itu dalam RM600.”
“Rumput tu saya pernah tanya kedai. Siap tanam RM3000 dia nak untuk keluasan macam ini. Jadi, kami suami isteri beli rumput dan tanam sendiri.”
Ruang anak mandi, arnab itu pemberian teman.
2. Cari Masa Luang Dalam Kesibukan Bekerja
Memandangkan mereka suami isteri bekerja, kerja-kerja menyiapkan laman belakang ini dilakukan sebelah petang. Bila mana, masing-masing pulang dari tempat kerja.
Ads
“Seminggu jugalah berhempas pulas. Dua hari ratakan tanah, 2 hari tanam rumput jenis mutiara. Saya tinggal di Ulu Tiram, Johor. Mencari rumput mutiara pun di nurseri dekat sini saja.”
Baja rumput dan bunga jadikan rutin setiap 2 minggu.
3. Penjagaan Rumput Lakukan Berterusan
Kongsinya lagi, untuk dapatkan laman belakang yang cantik mereka perlu lakukan penjagaan sekurang-kurangnya 2 jam seminggu. Itu untuk cabut rumput liar yang naik celah rumput mutiara.
Manakala, setiap 2 minggu sekali, semua pokok dan rumput akan ditaburkan baja untuk memastikan kesuburan tanaman berkekalan.
4. Suntik Inspirasi Untuk Anak-anak
Sebenarnya suami isteri ini ada sebab kenapa laman belakang itu diperindahkan. “Saya cuba buat taman belakang rumah ala-ala mat salleh ada backyard garden.”
Ads
“Dalam masa yang sama saya cuba beri inspirasi supaya anak ada taman untuk berlari dan bermain.” Dapatlah nanti 3 orang anak-anaknya seusia 5, 2 dan setahun itu bermain dengan riang ria.
Dari Rumput Terbiar Akhirnya Jadi Laman Belakang Cantik
Selepas bersihkan rumput, kawasan bersimen dipecahkan untuk proses tanam rumput mutiara.
Rumput dicangkul dan dicabut sampai ke akar, supaya tak tumpuh celah-celah rumput mutiara nanti. Kemudian gembur-gemburkan dan ratakan tanah.
Ads
Rumput akan ambil masa dalam 6 bulan untuk bercantum antara satu sama lain. Untuk rumput mutiara yang dibeli ini, harga sekeping RM4.90 untuk saiz 2×1 kaki.
Ini Pula Cara Pasang Rumput Depan Rumah Siap ‘Foot Step’
Rumput depan rumah ini baru 2 minggu dipasang (ketika statusnya dimuat naik).
Pasang dulu ‘foot step’ kemudian baru letak rumput. Bagi sama rata dengan rumput supaya anak tak tersadung.
MW : Semoga mak ayah dapat idea untuk hias laman belakang mahupun depan kediaman bagi cantik dan jadi taman yang bahagiakan hati sekeluarga.
Rupanya dengan menggantung arang dan letak di tepi sangkar berkesan dalam membantu menyerap bau busuk najis kucing. Bukan apa jika membela kucing di dalam rumah, biasanya memang akan menyebabkan rumah berbau busuk dengan najis kucing. Walaupun dah gunakan macam-macam pewangi dan cara untuk hilangkan bau tersebut.
Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Mohd Fadliini sebagai panduan.
Salah satu cabaran apabila memelihara kucing di dalam rumah adalah bau najisnya yang kuat. Jika tidak kena cara pengurusannya, boleh semerbak satu rumah. Maka disebabkan itulah, ada antara pencinta kucing yang memilih untuk memelihara haiwan tersebut di luar kediaman mereka. Pun begitu, berbeza ceritanya jika anda tinggal di kediaman bertingkat atau tiada halaman seperti apartment ataupun flat.
Dengan kos sekitar RM4 hingga RM6 sahaja, anda sudah boleh mencipta penyerap bau sendiri untuk menghapuskan ‘aroma’ najis kucing peliharaan anda.
Saya nak berkongsi satu tips yang baru saya buat dua hari lepas. Tips ni bagi mereka yang bela kucing di dalam rumah. Masalah yang sering dihadapi adalah bau najis yang keluar daripada litterbox.
Caranya adalah dengan menggunakan arang. Tak perlu beli arang yang mahal-mahal pun, saya cuma guna arang yang dipakai untuk bakar-bakar lauk ja. Boleh beli kat kedai hardware, satu paket besar sekitar RM4 ke RM6 ja (ikut lokasi masing-masing).
Saya potong separuh botol air besar (lagi besar bekas lagi bagus), tebuk lubang bagi banyak-banyak macam dalam gambar tu, pastu masukkan arang bagi penuh & tutup atasnya dengan kain kasa pembalut luka (boleh ja guna tisu atau kain biasa).
Selepas siap buat semua tu, boleh la gantung atau letak tepi sangkar betul-betul dekat dengan litterbox. Bagi kucing yang tak duduk dalam sangkar, boleh letak tepi litterbox kucing anda.
Saya dah cuba selama dua hari. Memang berkesan.
Cara ni jugak boleh guna untuk letak dalam kereta atau dalam bilik. Kalau dalam bilik punya saya isi arang tu dalam balang besar. Cara penghasilannya sama juga, cuma saiz bekas ja lebih besar. Kalau rajin, hias-hias la sikit bekas tu ikut kreativiti masing-masing.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada bela kucing di rumah, boleh gantung arang ni di sangkar atau berhampiran litterbox kucing tu bagi menghilangkan bau.
Kerang antara makanan laut yang menjadi kegemaran ramai. Namun nak bersihkan kotoran dan lumpur yang ada pada kulit kerang memang mencabar. Sehinggakan ada yang sanggup berus kerang satu persatu untuk pastikan ia betul-betul bersih sebelum dimasak. Ini kerana kerang yang kurang bersih akan mempengaruhi rasa kuah masakan.
Sebenarnya memang ada macam-macam cara dan tip untuk bersihkan kerang. Seperti gaul dengan hampas kelapa, ramas guna pelepah pisang, guna berus sabut dan sebagainya. Rupanya ada cara yang lebih senang yang boleh dicuba iaitu guna air sejuk dan garam kasar je.
Baru tau cara cepat nak bersihkan kerang. Tadi berus pakai berus gigi. Baru berapa bijik dah lenguh jari. Jenuh nak berus sekilo kerang Lepastu terus google cara senang bersihkan kerang.
Buat berapa kali sampai air dia jernih. Tadi saya basuh 3 kali. Memang betul-betul bersih.. Lagi bersih dari berus pakai tangan. Senang kerja. Korang ada cara lain tak untuk bersihkan kerang?
Kebelakangan ini, jogging menjadi salah satu aktiviti riadah rutin sesiapa saja untuk keluarkan peluh. Selalu nampak waktu petang ramai yang lakukan aktiviti ini, baik bersama keluarga atau kawan-kawan.
Ada yang suka jogging pada waktu pagi dan tak kurang juga lebih selesa untuk lakukan pada waktu petang. Ada juga ambil kedua-dua waktu ini untuk berjogging. Masing-masing ada cara tersendiri untuk keluarkan peluh.
Sebenarnya, jogging bukan hanya untuk mereka yang ingin kuruskan badan tapi untuk kesihatan diri. Jangan anggap dengan berjogging hanya untuk kuruskan badan saja.
Berbbalik kepada waktu jogging, tak kisah pun nak lakukan pada waktu pagi atau petang. Tapi bagi Syaza Nutritionist, ada alasan untuk lakukan aktiviti ini pada waktu pagi.
KENAPA SAYA JOGGING/RIADAH WAKTU PAGI, BUKAN PETANG?
Biasanya saya akan jogging pada waktu petang tapi sejak minggu lepas saja tukar rutin kepada waktu pagi selepas subuh.
Kenapa saya tukar pada waktu pagi? Ada beberapa faktor.
1) TAK RAMAI ORANG. Saya perhatikan pada waktu petang keadaan di taman lebih ramai dan sesak berbanding waktu pagi. Jadi lebih selamat dan menjaga SOP jika beriadah pada waktu pagi
2) LEBIH FRESH! Rasa sejuk sejuk gitu, walaupun baru pukul 7.30 pagi dah panas tapi angin sejuk dingin tu masih ada rasa fresh bila jogging. Lepas itu terus masuk office memang rasa lebih bersemangat nak mulakan hari.
3) VITAMIN D! Sejak PKP ni ramai di antara kita kurang mendapat vitamin D secukupnya dari matahari. Tahu tak kekurangan vitamin D pun boleh menyebabkan stress dan depresi?
Ia juga mempengaruhi tumbesaran anak kita, vitamin D dapat menguatkan tulang kita dan membantu penyerapan calcium lebih baik.
Sebab itu saya bawak sekali anak saya beriadah sama sebelum hantar daycare. Walaupun terpaksa tolak stroller. Tapi alhamdulillah, dia enjoy je angin pagi dan tak meragam.
Mingguan Wanita : Sebelum mulakan kerja-kerja di dapur, boleh saja berjogging di halaman rumah untuk kesihatan. Tak perl pergi jauh-jauh pun asalakan dapat keluarkan peluh dan badan pun bertenaga.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Tukar duit raya di mesin ATM tanpa stres beratur, ini 29 lokasi khusus untuk pengguna CIMB. Masuk je penghujung Ramadan, antara difikirkan ialah misi...