Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Resepi pizza paratha ini semudah ABC nak membuatnya. Pejam mata main, campak-campak pun boleh jadi. Sebab tak perlu buat sendiri doh tu. Boleh guna roti paratha yang jual di pasaraya.

Kali ini MW kongsikan beberapa resepi pizza paratha dengan pelbagai variasi topping. Boleh pilih nak cuba teknik masakan mana, yang penting kejunya kena banjir.

Barulah pizza tu rasa ‘terangkat’. Kalahlah resepi kedai.

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Beef Pepperroni Crust Cheese Leleh

Resepi air tangan : Nor Fatimah Md Dasuki

Beef pepperoni pizza. Doh roti paratha Tisha’s.
So yummy they want more ( hantu pizza kuasa 2 yang cakap – Rysha Ryhana)
Prep time – 10 mins
Bake – 15 mins at 220 degree
Done

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Pizza Paratha Sos Bolognese, Sosej Rebus

Resepi air tangan : Farizan Hassan

Buat pizza paratha untuk anak-anak sebelum gi skolah. Suka deme makan. Hepii.. yang penting buatnya senang ya amat.

Bahan-bahan
Roti paratha
Sos bolognese
Bawang holland
Cili benggala
Sosej rebus dan potong nipis
Cheese keping dan mozarella

*Sapukan sos bolognese atas paratha. Tabung bawang, cili benggala dan sosej. Letakkan cheese dan tabur cheese mozarella. Bakar, siap.

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Pizza Roti Paratha Topping Ayam Cheese

Resepi air tangan : Nor Azura Aziz

IKLAN

Pizza roti paratha dengan topping ayam hancur, sosej, bawang holland dan tomato. Tabur chili flakes sedikit, parmesan cheese melimpah ruah (yang khas untuk topping pizza).

Yang penting cepat dan mudah untuk disediakan.

Cara buat :

√    Sapu dulu sos spageti atas roti. Letak cheese (parmesan. mozarella untuk efek boleh tarik). Topping ayam/daging hancur (masak separuh dulu).

√    Sosej, bawang holland dan tomato letak atasnya. Tabur chili flakes sikit. Lepas itu letakkan lagi parmesan cheese melimpah ruah.

√    Kemudian, sapukan marjerin/butter pada dulang pembakar dan letak pizza dalam oven terus bakar. Suhu 170 api atas bawah selama 20 minit atau bergantung pada oven masing-masing ya.

Topping boleh diubah mengikut citarasa anda.

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

5 Keping Roti Paratha Selamat Jadi Pizza

Resepi air tangan : Syikin Zahir

IKLAN

Dan alhamdulillah selamat masuk perut ummi & anak 4 orang tu. 
Kenyang alhamdulillah.
Malam ni takya makan dah ek.. 
Korang kenyang dah kan.

Bahan simple je. Kecuali nak pelbagaikan toping dia.
Roti paratha
Sos spaghetti
Sosej
Bawang holland
Mozarella

Sapu sos spaghetti atas roti.
Tabur mozarella.
Tabur bawang.
Susun sosej.
Tabur lagi mozarella.
Bakor api atas bawah. Suhu 160-170 darjah celsius. 15-20 minit.

Guna mozarella cheese.
Ada efek tarik tu yang buat lagi best.
Paling syok+best bila anak kata sedap macam piza kat kedai.

Pizza soldout, tq

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Bakar Pizza Sedap Guna Pemanggang Ajaib

Resepi air tangan : Nurasyikin Alin

Biasanya kalau nak makan pizza terpaksalah uli doh dulu kan. Leceh. Memandangkan hari ni super busy day pulak so Kak ekin sempat buat breaksfast homemade pizza segera je. Kak ekin guna pemanggang ajaib. Mudah dan cepat.

Bahan-bahan:
Roti Paratha (frozen)
Sos spaghetti prego
3 batang sosej ayam dihiris nipis
Isi ayam cincang (telah digoreng)
Nenas dalam tin
Cendawan butang dalam tin
Keju Mozarella
Lada benggala (dihiris)

IKLAN

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

 

Cara-cara:
1. Sapukan minyak pada pemanggang ajaib. Buka api dapur paling kecil.
2. Agak pemanggang ajaib dah panas, letak roti paratha dan sapu permukaan roti dengan sos spaghetti prego.
3. Kemudian taburkan keju Mozarella supaya topping dan base boleh melekat.
4. Susun hirisan sosej ayam sebagai topping.
5. Letakkan pula isi ayam cincang, nenas, cendawan dan lada benggala.
6. Taburkan Keju Mozarella sekali lagi dan biar masak selama 15-20 minit. Pastikan api kecil.
7. Boleh dihidangkan.

Seronok tengok anak-anak licin makan. Kalau korang suka, boleh share. Selamat mencuba.

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Pizza Ekspress Semudah ABC

Resepi air tangan : Jamilah Abd Rahman

Base – roti paratha kawan
Topping – sapu butter pada tudung periuk, letak roti paratha, sapu sos spageti, tabur cendawan butang, crab stick, bawang holland dan sosej.
√   Tabur chese dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 25 minit.

 

Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

Pizza Paratha Topping Cili Padi

Resepi air tangan : Fatimah Abdul Rahman

Resepi sos
Boleh gunakan pes tomato dalam tin. Saya kurang minat. Jadi buat sendiri.
Caranya : Lada kering 15 tangkai dan tomato 2 biji dikisar. Tumis gunakan minyak zaiton. Tambah oregano, parsli, basil dan rosemary. Tambahkan sedikit air limau nipis atau limau kasturi. Tambah garam dan lada hitam.

Cara buat pizza
1. Panaskan oven pada suhu 170 c.
2. Saya gunakan paratha jenama tisha sebagai base. Sapukan sos yang telah dibuat tadi. 3. Taburkan cheese. Boleh gunakan cheddar atau mozarella.
4. Susun sosej. Boleh juga gunakan ayam atau daging yang telah dimasak. Lebih elok sebenarnya. Taburkan bawang holland yang dihiris nipis. Boleh taburkan juga nenas dan cili benggala. Saya takde .
5. Saya taburkan dengan lada hijau dan cili api untuk rasa pedas. Kalau tak suka pedas tak perlu. Taburkan lagi cheese bahagian atas.
6. Bakar pada suhu 170 c selama 20 minit.

Selamat mencuba!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI