buah naga

Rupanya punyalah banyak kelebihan yang diperolehi jika suka dan amalkan makan buah naga ni. Buah Naga merupakan buah eksotik yang tumbuh dikawasan tropika. Kulit luarnya seperti berbentuk duri dan mempunyai warna seperti merah, putih, merah gelap dan kuning. Isi bahagian dalam pula, agak berair serta memiliki biji-biji halus. Namun jangan risau, meskipun jenis buah eksotik buah naga ini selamat dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi di samping mengandungi vitamin C, yang kaya dengan asid lemak serta fosforus.

Ada lima manfaat yang diperoleh daripada buah eksotik ini.

1. Cegah Diabetes

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah naga membantu menstabilkan tahap gula dalam darah seseorang. Ia juga membantu merencatkan gula yang berlebihan ketika mengambil makanan yang tinggi indeks glisemik.

Di dalam kajian sama turut menemui buah naga ini mempunyai kesan yang berharga dalam tekanan oksidatif daripada kekejangan aorta (arteri terbesar dalam badan), masalah yang sering dikaitkan dengan kencing manis.

2. Antipenuaan & Awet Muda

Buah naga adalah sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C. Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit serta berperanan sebagai antipenuaan. Barulah wajah kekal anjal dan nampak awet muda. Malah kehadiran antioksidan ini juga membantu menentang radikal bebas di seluruh badan, sekaligus membantu untuk menghalang pengaktifan sel kanser.

5 Sebab Kenapa Kena Makan Buah Naga, Punyalah Banyak Kelebihannya, Khasiat No 2 Mesti Ramai Wanita Suka!

IKLAN

3. Kesihatan Kardiovaskular

Buah naga membantu meningkatkan kesihatan jantung kerana ia mampu mengurangkan tahap kolesterol tidak baik. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Pharmacognosy Research pada 2010 menemui pengambilan buah naga mungkin boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Malah, buah eksotik ini juga adalah sumber yang baik bagi lemak garam mono yang membantu mengekalkan kesihatan fungsi jantung.

4. Menghalang Kanser Prostat

Bukan sahaja baik untuk wanita, buah naga ini juga sangat baik diamalkan oleh kaum lelaki. Ini kerana selain kaya dengan vitamin C, buah naga juga mengandungi karotena yang dikaitkan dengan antikarsinogenik termasuk mengurangkan jumlah penghasilan tumor. Selain itu, kandungan likopena yang berfungsi memberi warna merah kepada buah naga juga sering dikaitkan dengan manfaat dalam mengurangkan risiko mendapat kanser prostat.

IKLAN

Kajian yang disiarkan dalam Jurnal Asia Pasifik mengenai pencegahan kanser pada 2011 mendapati pengambilan likopena kurang daripada 2.5 miligram sehari meningkatkan risiko mendapat kanser prostat.

Sebaliknya, pengambilan buah, sayur atau makanan yang kaya dengan likopena termasuk melakukan aktiviti fizikal pula membantu mengurangkan risiko kanser berkenaan.

IKLAN

5. Baik Untuk Penghadaman

Buat yang selalu mengalami masalah penghadaman, buah naga mempunyai kandungan serat yang tinggi, bermaksud ia membantu memperbaiki pergerakan usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.

5 Sebab Kenapa Kena Makan Buah Naga, Punyalah Banyak Kelebihannya, Khasiat No 2 Mesti Ramai Wanita Suka!

Jadi untuk mendapat kesihatan yang lebih baik, rajin-rajinlah makan buah naga ini, sama ada dinikmati begitu sahaja atau dibuat pun jus pun boleh. Bersama-samalah kita menjaga kesihatan untuk kehidupan yang lebih berkualiti.

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI