Waktu malam ada masanya memang perut lapar. Tak tahu nak makan apa yang sedap tapi kenyang dan senang nak buat boleh cuba buat Sosej Cheese Paratha ni. Memang cukup mudah guna 4 bahan je.

Ini cara yang dikongsikan oleh Muhammad Zulhaizan sebagai panduan;

“Menu makan malam orang bujang, makan ni je dah kenyang tapi boleh pulak terlupa sapu telur kuning.Sosej tu saya rebus dulu, Boleh tambah bahan-bahan lain jugak selain cheese & sosej.

Bahan Diperlukan:

Sosej
Kepingan Cheese
Paratha
Kuning Telur

Cara Membuat:

1. Potong separuh paratha tersebut.

Sosej Cheese Paratha, Menu Orang Bujang Makan Ni Je Dah Kenyang!
2. Letakkan kepingan cheese secara memanjang dan sosej yang telah direbus.

Sosej Cheese Paratha, Menu Orang Bujang Makan Ni Je Dah Kenyang!
3. Kemudian gulung dan kelar-kelarkan seperti dalam gambar.

IKLAN

Sosej Cheese Paratha, Menu Orang Bujang Makan Ni Je Dah Kenyang!

Sosej Cheese Paratha, Menu Orang Bujang Makan Ni Je Dah Kenyang!
4. Sapukan dengan kuning telur.(* terlupa nak letak)
5.Bakar pada suhu 180° selama 15 minit sehingga masak kekuningan.

IKLAN

Sosej Cheese Paratha, Menu Orang Bujang Makan Ni Je Dah Kenyang!

Siap, Selamat Mencuba!

IKLAN

Sosej Cheese Paratha, Menu Orang Bujang Makan Ni Je Dah Kenyang!

Baca Lagi Di Sini:
Tart Telur Kulit Paratha Resipi Paling Mudah, Telurnya Lembut Tak Cukup 2,3 Biji Bila Makan!
Resepi ‘Campak-campak’ Pizza Paratha, Keju Banjir Tak ‘Hingat’ Tu Buat Sedap

MW: Jadi malam-malam bila lapar tapi nak masak yang simple, sedap dan kenyang boleh cuba resipi ni.

Sumber: Muhammad Zulhaizan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI