Biasanya anak-anak memang suka makan kentang goreng ‘wedges’ ni. Dinikmati dengan sos keju cair memang bertambah sedapnya. Bila beli boleh tahan juga harganya, dan kuantitinya pun sikit je. Sebenarnya bila mak-mak buat sendiri wedges homemade yang sedap ni, lebih jimat dan memang puas hati makan.

Nak cuba buat wedges sendiri, boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Sabariah Sisa ini.

Resepi wedges homemade. Mesti anak-anak suka.Selalu kalau pergi KFC mesti nak kena oder sekali dengan wedges ni. Macam wajib ada pulak.Sekarang ni tak payah pergi jauh-jauh dah, buat sendiri kat rumah pun boleh.Buat saja ikut citarasa sendiri. Nak banyak-banyak pun tak da masalah. Ni sab share cara nak buat wedges homemade punya.

Bahan-Bahan:

4 biji kentang (kalau tak nak kupas kulit pun tak apa, tapi pastikan kena basuh bersih dulu lah ya)
Mixed herbs
Lada sulah
Garam
Tepung jagung (boleh juga guna tepung goreng serbaguna Bestari)

Cara Membuat:

1. Potong kentang dalam bentuk wedges.

Buat Sendiri WEDGES Homemade SEDAP, Lebih Jimat Puas Hati Makan!

2. Kemudian, kukus kentang supaya lembut. Jangan lembut sangat, boleh agak-agak sendiri. Nak kukus tu lebih kurang dalam 5-7 minit.

Buat Sendiri WEDGES Homemade SEDAP, Lebih Jimat Puas Hati Makan!

3. Selepas dikukus, keluarkan kentang dan letak dalam mangkuk. Taburkan mixed herbs, lada sulah dan garam. Tak semestinya ikut jenama macam dalam gambar. Boleh saja nak guna jenama apa pun. Pastu gaul sebati.

IKLAN

Buat Sendiri WEDGES Homemade SEDAP, Lebih Jimat Puas Hati Makan!

4. Seterusnya taburkan pula tepung jagung. Gaul sebati.

Buat Sendiri WEDGES Homemade SEDAP, Lebih Jimat Puas Hati Makan!

5. Goreng tenggelam kentang tadi tu dalam minyak hingga kekuningan dan garing. Apabila siap, bolehlah dihidang bersama sos cili atau sos cheesy.

Buat Sendiri WEDGES Homemade SEDAP, Lebih Jimat Puas Hati Makan!

IKLAN

Sos Cheesy Homemade

Bahan-Bahan:

3-4 sudu makan mentega/marjerin
250ml susu segar/susu cair
1 sudu makan tepung gandum yang diayak
1 kiub pati ayam
6 keping keju biasa
Sedikit serbuk lada hitam dan lada putih
Sedikit pewarna kuning (optional)

Cara Membuat:

1. Mula-mula cairkan mentega. Kemudian masukkan susu dan tepung gandum. Kacau hingga tepung sebati.

2. Masukkan pula kepingan keju, kiub pati ayam dan serbuk lada. Kacau sebati hingga masak. Pewarna kuning boleh ditambah untuk menaikkan warnanya.

3. Pastikan sos tak terlalu pekat/terlalu cair. Agak-agak dah sesuai boleh tutup apinya dan terus dihidang bersama kentang wedges tadi. Tambah mayonis pun sedap.

IKLAN

Kalau nak senang guna saja serbuk cheese segara tu. Main bancuh saja dengan air panas. Kacau-kacau siap.

Buat Sendiri WEDGES Homemade SEDAP, Lebih Jimat Puas Hati Makan!

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini:

Cara Sebenar Buat French Fries Agar Tak Lembik & Tak Serap Banyak Minyak
Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!

MW: Lebih jimat bila buat wedges sendiri, ,malah memang puas hati makan. Cara nak buat pun mudah. Kena cuba nanti.

Sumber: Sabariah Sisa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI