Kalau tengok di kaca televisyen, nampak macam sedap sangat sup yang dibuatnya, boleh kecur air liur tengok mereka makan. Kita nak buat bimbang tak menjadi dan sesedap apa yang ditunjukkan.

Tambahan pula, sup yang disediakan ini cukup popular di kalangan masyarakat Cina dan kalau nak merasa pun mungkin di hotel-hotel atau restoran makanan cina muslim gamaknya.

Malah, apa sahaja jenis sup memang bagus terutamanya mereka yang mengalami masalah sakit gigi terutamanya sukar untuk mengunyah makanan keras. Begitu juga, jika demam, sup membantu dalam menghangatkan badan dan membuka selera.

Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan turut berkongsi resipi sup masakan tradisi cina iaitu Hot & Sour Soup. Nampak memang menarik dan menyelerakan. Tambah-tamabah dengan rasa masa dan pedas itu, boleh buat sesiapa sahaj kecur air liur.

Cara nak membuat pun tidaklah susah. Sesuai sangat untuk mereka yang tak mampu mengunyah makanan keras.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Resipi Choco Jar SEDAP Tak Muak, Pernah Laris Dibuat Jualan!

Resipi Bahulu Guna 3 Bahan, Mudah Tapi Kena Tahu Caranya Baru Jadi!

Info Lebih Menarik DI SINI

Resipi Hot & Sour Soup Buat Kecur Air Liur

“Saya baru buat rawatan gigi, jadi hanya boleh makanan lembut. Bosan asyik makan bubur. Jadi, hari ini saya masak sup tradisi orang cina, iaitu ‘hot and sour soup’.

Bahan-bahan:

100g isi ketam

4 ulas bawang putih

2 biji telur

¼ batang lobak merah

6 biji cendawan shitake

3 sudu besar sos tiram

2 susu besar tepung jagung

IKLAN

1 sudu besar kicap pekat

1 sudu kecil minyak bijan

1 batang daun bawang

1 keping tauhu

½ sudu besar serbuk lada sulah

1-2 sudu cuka

 

Cara Memasak:

  1. Sediakan bahan-bahan. Potong memanjang dan halus-halus. Kalau dah sedia semua macam ni. Mudah nanti tinggal masukkan sahaja.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Tumis bawang putih sehingga harum.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

IKLAN
  1. Kemudian masukkan cendawan dan goreng kilas sehingga layu.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Saya guna cendawan shitake segar. Kalau guna cendawan shitake kering pun boleh, tetapi kena rendam sehingga kembang dahulu.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Masukkan lobak merah yang telah dipotong halus. Goreng kilas juga.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Tambah 3 cawan air. Reneh sampai gelegak.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Sambil tunggu gelegak, campur tepung jagung dengan sos tiram dan sedikit air. Gaul sampai tak ada ketulan.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Bila sup dah gelegak. Masukkan campuran tadi tu. Kacau kacau kacau, sampai dia pekat.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Pecahkan telur dan pukul sedikit. Tuang dalam sup yang sedang gelegak.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Tarik panjang macam ni, dan sambil tu kacau sup. Ia akan jadi serat-serat.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Macam ni! Kalau jadi macam ni baru puas makan.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Warna sup ni patutnya gelap lagi sedikit, jadi untuk cantikkan ia, letak kicap pekat sikit. Masa ni juga boleh letak garam atau kiub ayam jika perlu.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

IKLAN
  1. Sekarang masukkan tauhu yang dah dipotong panjang-panjang macam ni.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Diikuti dengan isi ketam yang dah dicarik atau dipotong. Boleh guna isi dari kaki ketam Snow / Alaska King. Kalau tak jumpa, guna jejari ketam (crab stick) pun boleh. Letak daun bawang sekali.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Letak serbuk lada sulah. Nak lebih pedas, lebihkan lada sulah. Letak cili padi, cili kering atau chili oil. Tak ada hal. Kita yang nak makan, ikutlah selera kita.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Dah na Hot & Sour Soup, kenalah masam. Jadi kena letak cuka. Resepi original gunakan cuka hitam cina. Saya tak tahu mana nak cari. Jadi pakai je lah apa ada.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Akhiг sekali, letak beberapa titik minyak bijan. Jika tak suka bau minyak ni, tak payah letak.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. OK boleh hidang dalam mangkuk. Tabur hirisan daun bawang dan daun ketumbar jika ada.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Ini close up. Kita masak sendiri jadi isinya banyak dan berbaloi. Rasa sup ni hangat dan masam. Umaminya datang dari cendawan shitake, sos tiram dan isi ketam.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

  1. Kita cuba sikit supnya likat, rasa cendawan dan sos tiram memang serasi. Rasa macam tu buat air liur kecur. Panas dan pedas tu buat rasa selesa kalau makan pada hari sejuk.

Resipi ‘Hot & Sour Soup’, Rasa Masam, Hangat, Pedas Buat Kecur Air Liur

MW: Baiklah, leoas ni boleh cuba sendiri kat rumah. Bahan pun senang nak dapatkan. Selamat mencuba!

 

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI