Sengkuang calit memang sedap, apatah lagi jika kuah petisnya kita buat sendiri. Memang puas hati dan boleh makan banyak kali berbanding jika dibeli.Nak buat kuah petis sedap ada caranya. Pastikan sentiasa kacau dan jangan sampai bagi berketul sehingga kuah pekat.

Nak tahu lebih lanjut, boleh cuba resipi Sengkuang Calit yang dikongsikan oleh Puan Lynda Yum Yum ini;

Petis Homemade, ada tak yang suka makan macam ni. Dulu zaman kecik-kecil sekeping sengkuang calit ni RM0.50 je. Memang tak puas makan. Ni ha kita buat sendiri petis, boleh makan banyak kali. Nak buat rojak buah pun puas hati tau.

Bahan-Bahan:

1/2 botol kicap masin (dalam 200ml)
6 sudu besar gula apong/250g gula melaka
gula pasir secukupnya jika perlu
1 inci belacan dibakar(dihancurkan)
6 sudu besar sos cili
5 sudu besar cili kisar/cili boh
bijan secukupnya(digoreng tanpa minyak)
5 sudu besar tepung ubi/tepung kanji(dibancuh dgn sedikit air)

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung ubi.
2. Masak guna api yang kecil. (kena rasa manis, masin dan pedas secukupnya).
3. Masak sehingga mendidih, masukkan sedikit demi sedikit tepung ubi dan kacau jangan bagi berketul.
4. Kena kacau tanpa henti. Kena masak sehingga pekat dan last sekali masukkan bijan tadi.
5. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.

SENGKUANG CALIT Sedap, Masak Petis Jangan Sampai Berketul Kacau Sehingga Pekat!

IKLAN

Bolehlah buat sengkuang calit dan dimakan dengan buah-buah yang kita nak. Letakkan kacang yang telah dikisar. Silakan share, saya izinkan.

SENGKUANG CALIT Sedap, Masak Petis Jangan Sampai Berketul Kacau Sehingga Pekat!

IKLAN

Baca Lagi Di Sini:

IKLAN

Buat Sendiri Kuah ROJAK BUAH. Rasa Sekali Mesti Nak Makan Berkali-Kali
ROJAK MEE Hasil Tunjuk Ajar Arwah Mak, Nak Makan Buat Je Sendiri

MW: Menarik resipi petis homemada untuk dibuat sengkuang calit ni. Caranya pun mudah dan puas hati bila buat sendiri, boleh makan banyak kali.

Sumber:Lynda Yum Yum

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI