Daging Goreng Kunyit, Hanya Perlu 4 Bahan, Senang Masak Guna Pressure Cooker

Siapa suka makan daging goreng kunyit, cubalah resipi senang buat ini. Bahan-bahan mudah didapati dan cara buatnya juga senang.

Cara membuat dan memasak resipi daging goreng ini menggunakan pressure cooker. Mudah bagi mereka yang ada periuk ini. Campak-campak sahaja bahan dalam periuk, biarkan ia masak sehingga siap!

Walaupun begitu, bagi yang tidak ada pressure cooker bolehlah gunakan resipi yang sama dan masaknya seperti biasa menggunakan dapur gas atau dapur elektrik yang ada di rumah itu.

Boleh Cuba Resipi Daging Goreng Kunyit Perkongsian Shikin Shahrir Ini

Daging Goreng Kunyit, Hanya Perlu 4 Bahan, Senang Masak Guna Pressure Cooker

Resipi Daging Goreng Kunyit Senang Yakmat Nak Buat

“Daging goreng kunyit guna 4 bahan sahaja. Senang yakmat nak buat.
Resipi ni husband Kek Ikin yang request. Kata dia, teringat ingat masa makan kat rumah mak sedara Kek Ikin dulu.
Kek Ikin pun apa lagi, kelentung kelentang la buat. Buat buat pandai la kejap memandangkan resipi ni senang yakmattt nak buat.
Kelas online dah nak start ni, jom kita masak campak campak campak jap. Selamat mencuba!”

Bahan-Bahan

Daging Goreng Kunyit, Hanya Perlu 4 Bahan, Senang Masak Guna Pressure Cooker

IKLAN

1 kilo daging segar – dihiris nipis

Daging Goreng Kunyit, Hanya Perlu 4 Bahan, Senang Masak Guna Pressure Cooker

3 inci halia – ditumbuk
3 inci kunyit hidup – ditumbuk
6 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang
1 bawang holand – dihiris

IKLAN

Daging Goreng Kunyit, Hanya Perlu 4 Bahan, Senang Masak Guna Pressure Cooker
Sedikit asam jawa – rendam jadikan air asam jawa
Cili merah sebagai hiasan – dihiris
Sedikit minyak masak

Baca Sini Juga:
Ikan Pari Bakar Marvellous, Kalau Tak Nak Pedas Boleh Kurangkan Cilinya!
Telur Hancur Masak Tomato, Resipi Tanpa Guna Bawang, Simple & Sedap!

Cara Buat

Daging Goreng Kunyit, Hanya Perlu 4 Bahan, Senang Masak Guna Pressure Cooker

IKLAN

1. Gaulkan halia dan kunyit bersama sama dengan daging
2. Masukkan ke dalam pressure cooker. Tekan button mode MEAT (P13) dan SEAL
3. Bila dah cukup time, buka penutup pressure cooker dan tekan button mode BAKE/ROASTED untuk keringkan sedikit air daging.
4. Masukkan sedikit air asam jawa. Jangan banyak tau, nanti kuah berenang pulak.
5. Teruskan masak guna mode BAKE/ROASTED dan bila kuah sedikit pekat, tambahkan sedikit minyak masak.
6. Masak lagi dalam dua hingga 3 minit (mode sama). Tak mau lama sangat tau nanti daging liat.
7. Akhir sekali masukkan bawang Holland dan cili merah. Kacau sekata.
8. Dah siap!

MW: Sedap rasanya daging goreng kunyit ini. Selamat mencuba!

Sumber: Shikin Shahrir

Follow Mingguan Wanita
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI