Sira labu, memang cukup popular di negeri Kelantan. Dahulu, kalau ada kenduri kahwin, ia menjadi salah satu pencuci mulut yang disediakan selain daripada agar-agar warna merah. Memang klasik dan nostalgia.
Tidak semestinya kenduri kahwin atau keraian sahaja hanya boleh ada sira labu ini. Kalau buat sendiri untuk minum petang pun sedap juga. Tambah-tambah kalu diletakkan dalam peti ais seketika, bag ia sejuk. Sedap sungguh.
Walau bagaimanapun, sesetengah orang meraskan cara membuatnya susah dan pasti ada yang tidak kena. Ada yang lembik dan tidak kurang juga keras. Mesti ada yang tak kena tentang cara masaknya.
Perkongsian daripada Suhaila Ismail ini bolehlah dijadikan panduan buat mak-mak yang nak cuba masak sira labu versi Kelantan. Atau mungkin sebelum ini tak menjadi, boleh guna cara ini. Selamat mencuba!
“Kalau sebelum ini, ramai yang rendam labu dengan air kapur dahulu. Ada masa menjadi, ada masa tu labu akan jadi lembik.
Ads
“Kali ini cuba cara ‘bedakkan’ labu dengan kapur. Ini nak pastikan labu kelihatan kenyal bila makan dan tidaklah terlalu lembik.
“Nak elakkan labu lembik, kena sapukan labu satu persatu dengan kapur ye!
Cara Membuat:
1. Sebiji labu sederhana besar, kupas kulit dan potong mengikut lekuk labu.
2. Sapukan labu dengan kapur selama setengah jam. Selepas itu, cuci bersih supaya tidak ada kesan kapur pada labut tersebut.
Ads
3. Letakkan daun pandan dalam periuk, susun labu dan letakkan garam setengah sudu, 4 sudu gula dan setengah gula melaka (mengikut selera masing-masing).
Tip: Semasa memasak, jangan sesekali masukkan air.
Ads
4. Tutup periuk, masak selama 5 minit dengan api perlahan. Bila air keluar daripada labu tadi, barulah kuatkan api sedikit. Bila air daripada gula melaka hampir kering, bolehlah tutup api.
5. Siap. Hasilnya nampak seperti dua lapisan, bahagian luar keras dan dalamnya agak lembut dan kenyal.
MW: Boleh cuba nanti sebab min tak pernah masak sira labu takutnya tak jadi. Sekarang boleh cuba cara ini.
Bagi anda yang buntu nak masak apa untuk sarapan pagi mahupun menu petang, saya kongsikan resipi cucur bilis yang rangup di luar lembut di dalam. Bukan guna telur ye, ada ramuan rahsia lain.
Cucur bilis rangup ini adalah resipi nenek saya, Rokiah Bahari. Rahsia kerangupan cucur bilis adalah AIR MENDIDIH. Bukan air panas dari penapis air tapi anda perlu masak air sehingga mendidih.
Terus Goreng Lepas Bancuh
Jika guna air panas biasa, cucur tidak akan rangup malah cucur mungkin liat atau keras. Selepas memasukkan semua bahan-bahan dalam mangkuk, masukkan air mendidih sedikit demi sedikit bagi mengelakkan tepung berketul.
Gaul sehingga sebati. Jangan bancuh tepung terlalu cair, nanti ‘makan minyak’. Selepas itu, terus goreng cucur jangan tunggu sehingga bancuhan sejuk.
Cucur Lembut Sampai Ke Petang
Begitu juga dengan teknik menggoreng, pastikan minyak betul-betul panas. Buat acuan cucur kecil-kecil, boleh gunakan sudu atau tangan.
Cucur yang bersaiz kecil lebih rangup, cantik dan tidak muak untuk dimakan. Goreng cucur dengan api sederhana. Angkat bila cucur kekuningan dan sedikit perang.
Bagi anda yang gemar cucur udang, boleh gunakan resipi yang sama. Cuma gantikan bilis dengan udang dan tambah daun kucai. Cucur ini enak dimakan begitu sahaja atau boleh juga dimakan bersama sos cili.
Paling istimewa, cucur akan lembut sampai ke petang. Tak percaya cubalah, anda pasti gembira dengan hasilnya. Cucur ini sangat mudah disediakan, bahan-bahan pun sedikit sahaja. Selamat mencuba!
Resipi Cucur Bilis
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
20 gram ikan bilis
Cili merah} dihiris nipis
1 biji bawang besar} dihiris nipis
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
Air mendidih secukupnya
Cara membuat
1-Masukkan tepung diikuti bawang besar, cili merah dan ikan bilis, gaul sebati.
2-Kemudian, masukkan garam dan serbuk kunyit
3-Gaul sebati, kemudian masukkan air mendidih sedikit demi sedikit. Gaul sehingga sebati.
4-Panaskan minyak, goreng sehingga masak dengan api sederhana.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Jadi mak-mak, bila anak mulai demam dan tak kebah-kebah suhunya memang memang merisaukan.Kasihan dan tak sampai hati melihat anak yang aktif dan cergas, jadi lesu, lemah dan tak berdaya.Selain mengamalkan perubatan secara moden, tak salah mak-mak turut mencuba remidi secara semulajadi untuk kebahkan demam anak.
Menerusi perkongsian oleh Hayana Darliz beliau berkongsi resipi Sup Ayam Barli, yang dikatakan berkesan meredakan demam anaknya dengan cara ini.
Berikut antara perkongsian daripada beliau;
“Sekali lagi berjaya tumpaskan demam dengan resepi sup ayam barli ni. Tanpa ubatan dadah. Adam demam panas tak kurang daripada 39.3 suhunya sejak pagi semalam. Kali ni dia jadi lemah sangat. Sepanjang hari lembik, tak selera makan.”
“Bagi hirup sup ayam ni, alhamdulillah pagi ni kebah terus.Resepi sup ayam barli ni tak pernah kecewakan saya sejak dulu lagi.”
Nah saya kongsikan resepinya.
Bahan-Bahan:
Ayam bahagian yang banyak tulang. Lebih baik guna ayam kampung atau ayam tanpa dicucuk antibiotik.
Halia yang banyak. Sebesar penumbuk pun tak apa. Hiris.
Dua sudu besar Barli . Basuh dan tos.
Rempah 4 beradik. Kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang.
Serai diketuk.
Batang saderi.
1 ulas sederhana Bawang merah dimayang.
5-7 ulas Bawang putih cincang
1 sudu besar Apple cider vinegar atau cuka epal untuk 1 liter air
Garam himalaya.
Cara Membuat:
1. Rebus semua kecuali bawang putih dalam pressure cooker. Tak ada pressure cooker pun boleh, jangan stress pulak.
2. Kalau guna pressure cooker rebusnya 20-30minit, kalau rebus biasa 45-60minit.
3. Rasa, adjust garam. Tutup api.
4. Tabur bawang putih cincang.
Hiruplah sebanyak mana pun sampai demam kebah. Nak jadikan rutin mingguan pun boleh.
Ayam boleh tukar kepada tulang lembu atau kambing. Guna pressure cooker sejam, periuk biasa reneh sejam setengah.
Nasi lemak cukup sinonim digandingkan dengan sambal ikan bilis bersama telur rebus, ayam goreng, rendang, sambal kerang dan sebagainya.
Kali ini cuba kita alih selera dengan gabungkan bersama rendang telur. Asyik rendang daging dan rendang ayam saja. Perkongsian Ameera ini untuk sediakan resipi rendang telur cukup menarik. Siap ajar satu persatu cara nak buat.
“Teringin nak makan nasi lemak. Biasa nasi lemak dengan lauk ikan bilis sambal aje. Tukar selera dengan rendang telur pula. Berselera juga.”
Budak 9 tahun meninggal akibat sawan, ibu diserang strok ikut jejak anak berselang dua hari. Bagai sehidup semati, janji yang termetrai di luh mahfuz....