Sesekali tukar selera dengan makanan orang Korea menarik juga.Bagi mak-mak peminat makanan Korea atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri ala ‘Bulgogi Fries’ ini. Iaitu taburan hirisan daging dan kentang goreng dengan sos mayonis istimewa.Menariknya, boleh guna daging burger je. Almaklumlah, bila beli sepinggan boleh tahan juga harganya. Buat sendiri lebih puas hati, boleh makan banyak-banyak.

Berikut perkongsian resipi ala ‘Bulgogi Fries’ oleh Puan MasAyu Legacy sebagai panduan;

“Semalam pergi kfry ioi Mall.. tak puas makan fries dia. Malam ni kita buat sendiri.. sebeban boleh makan.. korang mesti try okay. Sedap nak matiii.. resepi kat gambar tau..senang ya amatttttt”

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!

Bahan-Bahan:

Mayonis
Lemon
Madu
Daun bawang hiris
Bawang besar hiris
Daging cincang tapi cari tadi tak jumpa so ummi gantikan dengan daging burger
Kentang frozen

Cara Membuat:

1.Goreng daging sekejap, kemudian buang minyak.

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!2.Hancur-hancurkan daging burger tu..siap.

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!3.Goreng kentang.

IKLAN

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!4.Bahan sos pula, mayonis + madu + lemon. Boleh ikut cita rasa nak paras mana.. ummi suka rasa dia yang tajam, cukup-cukup enak kat tekak. Gaul bagi rata.

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!5.Kentang dah siap goreng.

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!6.Letak adunan mayonis tadi. Jangan habiskan adunan tu sat lagi nak guna gaul daging pula.

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!7.Tabur bawang dadu.

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!8.Tabur daun bawang.

IKLAN

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!

9.Daging gaul dengan lebihan mayonis tadi.

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!

10.Gaul sekali bawang dan daun bawang.

IKLAN

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!

11.Tabur atas kentang. Taraaaa..siaaaappppp!

Buat Sendiri ‘Bulgogi Fries’ Senang Yang Amat, Paling Penting Bahan Sosnya!

Baca Lagi Di Sini:Cara Buat’Pogi Kimchi Homemade’ Tahan Sehingga 2 Bulan, Makin Lama Diperam Makin Sedap Rasanya!

MW: Menariknya. Bolehlah cuba buat sendiri untuk anak-anak nanti. Memang berbaloi dan puas hati bila buat sendiri.

Sumber: MasAyu Legacy

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI