Petang-petang ni, kalau mak-mak nak buat minum petang boleh cuba resipi tauhu berlauk yang sedap ini.Tauhunya yang lembut, makan panas-panas, dicicah pula dengan cili kicap, memang tak cukup satu!

Jika selalu adunan tauhu diletak dalam loyang besar sebelum dikukus, sebenarnya boleh gunakan acuan kuih lompang je. Lebih senang tak perlu nak potong-potong bila dah siap kukus, malah bentuknya pun lebih cantik.

Boleh cuba resipi tauhu berlauk yang dikongsikan oleh Puan Shaiela Ehin ini sebagai rujukan.

“Petang ni free sis try buat tauhu berlauk. Alhamdulillah menjadi. Sedap pun sedap.Dekat gambo sis sertakan resepinya sekali ye. Siape nak buat boleh ler try..nak letak daging atau udang pun boleh.Selamat Mencuba”

Bahan-Bahan:

2pek tauhu telur
2 keping tauhu putih (tauhu nak buat tahu sumbat tu ye) saya guna tauhu saiz besar, kalau kecik guna 3 keping.
2 biji telur
½sudu makan garam
½ sudu makan lada hitam & lada putih
lobak merah
daun sup
daun bawang
1 keping dada ayam

Cara Membuat:

1.Blender semua bahan-bahan di atas kecuali lobak merah, daun bawang & daun sup.Masa blender tu tak yah letak air ye, sebab bahan-bahan semua tu lembut.
2.Blender sampai hancur. Dah hancur masuk daun sup, daun bawang & lobak merah yang kita hiris.

IKLAN

Kukus Tauhu Berlauk Dalam Acuan Kuih Lompang SENANG, Tak Payah Potong-Potong!3. Gaul rata dan lepas tu kukus. Letak dalam bekas yang sesuai.Isi dalam bekas dan kukus 15 minit. Saya letak dalam acuan kuih lompang je, senang.

Kukus Tauhu Berlauk Dalam Acuan Kuih Lompang SENANG, Tak Payah Potong-Potong!4.Dah masak keluarkan dari acuan je. Tak payah nak potong-potong dekat acuan. Tak perlu sapu minyak ye, isi terus adunan tadi. Ni rupa dah siap kukus, dah dikeluarkan dari acuan tadi. Saiz sama je.

Kukus Tauhu Berlauk Dalam Acuan Kuih Lompang SENANG, Tak Payah Potong-Potong!5.Ni rupa dah goreng. Nak goreng tu celop dulu dengan telur dan lepas tu goreng sampai perang. Tak nak celop telur pun tak pe tapi tak cantik ler rupe tahu berlauk kite.

IKLAN

Kukus Tauhu Berlauk Dalam Acuan Kuih Lompang SENANG, Tak Payah Potong-Potong!

Siap..saya makan dengan cili kicap.

Kukus Tauhu Berlauk Dalam Acuan Kuih Lompang SENANG, Tak Payah Potong-Potong!

IKLAN

Info Ekstra!

  • Sayur dengan ayam tu nak hiris halus-halus pun boleh. Yang penting tauhu telur,tauhu & telur ayam tu blend sampai hancur dan sebati. Lepas tu boleh letak bahan yang kita hiris tu..gaul & kukus.
  • Makan dengan cili kicap. Nak buat cili kicap tu senang je..blend cili api, bawang putih & kicap manis. Blend sampai hancur cili dan bawang tu..siap! boleh ler makan dengan tauhu berlauk kite tadi.

Kukus Tauhu Berlauk Dalam Acuan Kuih Lompang SENANG, Tak Payah Potong-Potong!

MW: Sedapnya! kena cuba resipi tahu berlauk dan cara yang dikongsikan ini. Makan panas-panas memang tak toleh kiri kanan.

Baca Lagi Disini: Tauhu Homemade Guna Cuka, Ada Sebab Kenapa Rendam 1 Kilo Kacang Soya Lebih Berbaloi

Sumber: Shaiela Ehin

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI