Lelaki Ini Siapkan Pek Makanan Berpantang Mudah, Bantu Rakan Alami Keguguran

Kata lelaki ini, Ariff Ismail, walaupun alami keguguran, ibu perlu juga berpantang. Sekurang-kurangnya dua minggu. Sebab itulah, dia bantu rakannya ini siapkan menu pek makanan berpantang yang mudah.

Hari ini berkesempatan menyediakan makanan untuk ibu berpantang. Baru baru ini salah seorang life planner bawah kelolaan saya mengalami keguguran. Oleh itu, saya luangkan sedikit masa untuk sediakan pek makanan berpantang untuk beliau.

Ramai yang tak sedar, berpantang dan makanan pantang bukan untuk ibu yang baru lepas bersalin sahaja, ibu ibu yang mengalami keguguran juga perlu berpantang. Paling kurang perlu ambil masa sehingga 2 minggu.

Pemilihan bahan mentah amat penting untuk ibu dalam pantang, perlu segar dan berkhasiat. Pastikan ikan yang dipilih tidak mengakibatkan kegatalan atau elergik kepada ibu yang berpantang.

Untuk kali ini, saya sediakan bekalan selama seminggu untuk beliau. Bahan mentah yang saya pilih kali ini adalah, ayam kampung, daging batang pinang, ikan selar dan ikan salmon.

Saya pelbagai menu supaya ibu yang berpantang tak rasa jemu untuk makan lauk pantang. Bila kita sediakan lauk pantang, perbanyakan penggunaan halia dan lada hitam. Ini dapat memanaskan dan melancarkan badan ibu yang sedang berpantang.

IKLAN

Penyediaan Pek Makanan Berpantang Untuk Ibu Keguguran

Saya kongsikan sedikit resepi masakan berpantang:

Lelaki Ini Siapkan Pek Makanan Berpantang Mudah, Bantu Rakan Alami Keguguran

1. Ikan Selar Bakar

Bahan bahan perapan:
– Bawang putih
– Bawang merah
– Halia
– Kunyit
– Lada hitam
– Garam

Cara penyediaan:

  • Tumbuk bahan bahan perapan, bersihkan ikan, kelar sedikit ikan untuk pastikan bahan bahan menyerap dalam isi ikan.
  • Setelah siap perapan, boleh grill atas kuali atau bakar dalam ketuhar.

2. Ikan Selar Pindang

Bahan bahan:
– Bawang merah
– Halia
– Bawang Putih
-Garam
– Asam Keping

IKLAN

Cara Penyedian:

  • Hiris bawang merah, bawang putih dan halia, masukan air dalam periuk, bersihkan ikan dan masukan dalam periuk beserta bahan hiris yang telah disediakan.
  • Masukan garam dan asam keping.

3. Daging Lada Hitam

Bahan bahan:
– Daging
– Lada Hitam
– Halia
– Bawang Merah
– Garam

Cara penyediaan:

  • Tumbuk halia dan bawang merah, bersih kan daging dan perap dgn bahan yang telah ditumbuk.
  • Selepas itu perapkan bersama lada hitam dan sedikit garam.
  • Grill atas kuali bersama sedikit minyak zaitun.

4. Ayam Kampung Panggang

Bahan bahan:
– Ayam Kampung
– Halia
– Kicap
– Lada Hitam
– Bawang merah
– Bawang Putih

IKLAN

Cara Penyediaan:

  • Tumbuk halia, bawang merah dan bawang putih.
  • Perap kan bersama ayam, letak sedikit kicap dan lada hitam.
  • Boleh grill atas kuali atau bakar dalam ketuhar.

5. Salmon Grill

Bahan bahan:
– Ikan Salmon
– Garam
– Lada Hitam
– Minyak Zaiton
– Lemon

Cara Penyediaan:

  • Bersihkan ikan salmon dan letak sedikit garam dan lada hitam. Panaskan minyak zaitun dan grill atas kuali. Perahkan sedikit lemon untuk menambah kesedapan salmon.
  • Ini antara resepi yang saya sediakan untuk ibu berpantang. Untuk para suami diluar sana boleh siap kan dalam bentuk pek pek untuk memudahkan kerja kita.
  • Bila nak masak keluarkan dan terus masak. Hidangkan bersama nasi panas. InshaAllah isteri akan tersenyum sambil berpantang.

MW : Mudah kan semua resepi pek makanan berpantang ini. Silakan mencuba.

Sumber/Foto : Ariff Ismail

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI