Waktu paling sibuk bagi seorang suami, adalah sebaik saja isterinya bersalin, melahirkan cahaya mata mereka berdua. Masa itulah, urusan nak jaga isteri, anak-anak malah urus rumah jatuh ke tangan suami. Jadi, tidaklah isteri uruskan segalanya sendirian.
Isteri ini, Iz Salim sudah berniat awal, mahu menyenangkan tugas suami semasa menjaganya. Sebab itulah, dia siapkan awal-awal PES BERPANTANG untuk kegunaan dalam masakan pantangnya.
Ikut portion yang dikongsikan boleh dapat sebalang lebih, jadi mudahlah suami guna untuk memasak. Jimat masa dan tak perlu siapkan bahan masakan yang renyah.
“Sebelum aku bersalin hari tu.. aku memang cadang nak buat pes pantang sendiri.. sebabnyaaa.. nanti mak aku tak jaga aku lama sangat.
“Seminggu je lepas abahnya naik sekolah. Soooo.. aku nak mudahkan urusan abahnya mengurus rumah, anak-anak dan yang penting nya aku la kan.. aku buatkan la pes pantang ni.”
Ads
Pes Berpantang yang dah siap.
Iz Salim dan anak-anak.
Bahan-bahan PES BERPANTANG
“Pes ni aku buat simple je, ni bahan-bahan dia,”
15-20 biji bawang bombay (better bawang merah, tapi aku malas, guna bawang beso je senang. Cepat siap) 5-7 labu bawang putih 7 pokok halia (agak-agak beso half tapak tangan ko la) 7-10 ketul kunyit (beso-beso ibu jari kaki) 1 paket serbuk jintan manis 1 paket serbuk jintan putih 1 paket serbuk ketumbar 300 gram serbuk lada hitam (kasar) Cekur (kalau ada)
Ads
Cara Membuat
√ Blend semua segala jenis bawang-bawang, kunyit, halia, cekur.. pastu masuk dalam bekas. Bahan-bahan serbuk gaulkan sebati dulu dalam bekas lain.
√ Lepas tu campurkan dua-dua sebatian tu.. make sure masa blend bawang-bawang tu jangan banyak sangat air.. nanti cair je pes ni.. biar pekat boleh tahan lama.
√ Dah siap boleh masuk dalam botol.. siapp!
Ads
Kegunaan : Pes ni boleh masak macam-macam. Nak buat bakar boleh, sup boleh, goreng sayur boleh, stim pun boleh.. nak masak letak garam je.. senang kan? aku suka buat sup.. sedap sikit.. nyumm.. nyumm.
.
Sup Ikan Guna Homemade Pes Berpantang
Menu hari ni.. sup kerisi dengan homemade pes berpantang.. yang penting serunding halia dengan crunchy garlic ada sekali. Hari ni abahnya buat cair-cair je.. sebab baby baru turun kuning.
Aku prefer sup-sup je masa pantang ni.. senang.. sayur tu kalo tak rajin masak asing.. ko lebur je sekali dalam sup.. tapi make sure kejap jela.. dah nak tutup api baru lebur.
Baru-baru ini Sheila Rusly yang juga merupakan Penerbit Js Picture ada kongsikan resipi Sambal Sotong di laman instagram beliau.Shiela Rusly diakui merupakan antara selebriti yang handal memasak didapur dan mempunyai rancangan memasak sendiri seperti “Ketuk-Ketuk Ramadhan.Beliau juga rajin berkongsi resipi hasil masakan dilaman sosial tersebut untuk rujukan pengikut akaunnya.
Dalam posting tersebut juga Sheila Rusly juga ada mengusik ‘anak perempuannya’ untuk diajak ke pasar tani. Bagi yang mengikuti akaun instagram Shiela Rusly, beliau memang rapat dengan para pelakon lain seperti Janna Nick, Ayda Jebat, Dayana Roza dan Ozlynn, dan menganggap pelakon-pelakon ini sebagai ‘Anak perempuannya’.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Lapar.Teringat sambal sotong yg sis masak untuk tok sidang. Esuk pagi nak ajak anak perempuan mama sis pegi pasar tani lahhh..bole harap ke?? bangun pun tengahari..last last kita pegi dgn bibik. Anak dara skrg kan malassssss..
Nah sis belanja resipi!
Sambal Sotong:
Bahan-Bahan:
Sotong(tapis sampai hilang air sotong)
Bawang merah
Belacan
tumbuk
Cili kering(kisar) nak pedas campur cilipadi
Kucai
Maggi cukup rasa
Kicap pekat(sikit jer utk warna)
Cara Membuat:
Tumis bawang & belacan. Naik bau masuk cili kisar. Masak sampai cili jadi sambal. Masuk sotong. Sedikit maggi cukup rasa & kicap pekat. (Jgn letak air sbb sotong akan kluarkan air)Before tutup api masuk kucai. Dah siap!
Senang kan? Bahan pun sikit jer. Less is more! Jommm try
Jadi buat mak-mak penggemar makanan laut boleh lah cuba resepi sambal sotong yang Sheila Rusly kongsikan ini untuk hidangan keluarga.Senang je nak buat malah bahan-bahan yang digunakan pun sikit je.
Tergoda sungguh melihat resepi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan oleh Hanafi Abdul Hayy ini. Menurut beliau yang kini berada di Mesir melanjutkan pelajaran, Sosej Cheese Crispy ini dibuat untuk minum petang.Rahsianya ia perlu digoreng menggunakan api yang perlahan, barulah lapisan kulitnya menjadi rangup dan kejunya pun tak cair.Hebat kan air tangan anak bujang diperantauan ini.
Jadi mak-mak yang sesekali nak tukar selera untuk keluarga bolehlah cedok idea resipi Sosej Cheese Crispy yang dikongsikan ini. Cara nak buatnya pun mudah je, anak-anak mesti suka.
Bahan-Bahannya (Adunan):
3 gelas Tepung gandum
1sudu besar Tepung Jagung
3biji Telur
1sudu teh Serbuk lada hitam
Garam secubit
Gaul sebati
Kepingan Keju secukupnya
Lidi sate secukupnya
Sosej
Serbuk roti
Cara Membuat:
1. Satukan tepung gandum, telur yang telah dipukul, tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam, kacau hingga sebati.
2. Kemudian, masukkan pula 3 atau 4 keping keju yang telah dicairkan kedalam adunan tersebut.Kacau sebati. (Langkah ini pilihan, tak nak campur keju dalam adunan pun boleh)
3. Cucuk batang lidi dalam sosej dan gulungkan dengan kepingan keju seperi dalam gambar.
4. Setelah siap masukkan dalam peti sejuk seketika, dalam 15 minit untuk biarkan keju benar-benar melekat dengan sosej tadi.
5. Setelah 15 minit, celupkan sosej tadi kedalam adunan tepung tadi dan celupkan pula ke dalam serbuk roti.
6. Goreng dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga kuning keemasan.
Jika selalu ikan pekasam dibuat menggunakan ikan-ikan dari sungai seperti Lampam, talapia, puyu, sepat dan sebagainya.Jarang sekali jumpa menggunakan ikan dari laut. Namun menurut perkongsian oleh Siti Aminah, ikan pekasam yang beliau buat menggunakan ikan tamban iaitu ikan laut. Menurutnya rasanya juga lebih sedap berbanding ikan sungai.
Jadi buat mak-mak yang penggemar ikan pekasam bolehlah cuba resipi yang dikongsikan ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Semalam pergi pasar jumpa ikan tamban lagi.Tak tahu la tempat sahabat semua panggil ikan apa…terus teringat anak yang belajar kat Terengganu..pekasam memang dia suka..terus buat stok pekasam untuk dia balik bercuti nanti.”
Bahan-Bahan:
Ikan Tamban (Boleh juga guna ikan kembung/ selangat)
Garam
Asam Jawa/ Asam Keping
Beras
Cara Membuat:
1.Ikan disiang dan dibasuh bersih. Buang perut dan kepala ikan.
2.Selepas itu perap dengan garam dan air asam jawa atau guna Asam keping pun boleh.Agak-agak je garam dan asamnya.Perap semalaman atau 2 hari.
3.Bila dah perap semalaman ikan tersebut, boleh lah mula menggoreng beras@sangai di dalam kuali.Jangan letak minyak, goreng biasa je hingga bertukar perang coklat.
4.Selepas itu kisar beras agak-agak hancur dan golekkan ikan di dalam beras tersebut.Saya tak basuh dah ikan yang di perap tu sebab ikan dah di basuh dengan bersih.
5.Tadaaa..dah siap. Bole di simpan dalam peti sejuk.Seminggu atau 2 minggu lagi boleh di makan.Kalau yang tak tahan sabar boleh goreng terus tapi memang tak sedap laa..sebab beras tak melekat dan sebati dengan ikan lagi.
Selamat Mencuba!
Goreng panas-panas dengan bawang dan cili padi, perah dengan limau kasturi, memang boleh makan nasi bertambah-tambah.Tak perlu lauk lain dah.
Bekas suami Kim Seri sah ke penjara, "terima kasih Kim Seri, kau kejam, Allahuakbar... Kes penipuan jenayah melibatkan Kim Seri yang menipu pelancongan ke...