Sedapnya Sardin Gulung Rangup Crunchy ni. Sesuai dibuat bekal sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah atau menu minum petang untuk keluarga. Caranya cukup mudah.Paling penting mak-mak boleh buat banyak-banyak, kemudian simpan sejuk beku atau frozenkan. Jadi bila-bila nak makan, tinggal goreng je.

Boleh cuba resipi Sardin Gulung Rangup Crunchy yang dibuat jual oleh Puan Noraslinda Md Radzhi sebagai rujukan;

“Buat nak hantar dekat kedai kawan.Baca mesej baru kejap ni.Kawan bagitau dia cuti. Kawan mesej malam tadi. Saya tak baca sebab tido awal. Inti dah siap, lepas subuh dah masak.Takpe, teruskan buat frozenkan. Esok pagi hantar kat kedai lain.Alhamdulillah.. Allah bukakan rezeki di tempat lain.”

SARDIN GULUNG RANGUP@CRUNCY

Bahan-Bahan:

7 biji cili api (dihiris) Kalau nak pedas lebihkan ye
1/2 batang Cili besar merah (dihiris)
1 biji Bawang besar saiz sederhana dan 3 ulas bawang putih (dihiris dan dicincang)
Sardin tin besar
1 biji Limau kasturi
Gula dan garam
Bawang besar dihiris (Untuk dicampur bila inti dah nak hampir masak)

Cara Membuat (Inti):

1. Tumis semua bahan yang dah dihiris cincang tadi hingga naik bau.
2. Masukkan isi sardin sekali dengan sosnya.
3. Kacau, hancur-hancurkan ikan tu.
4. Masukkan hirisan bawang besar.
5. Masukkan jus limau kasturi, gula dan garam secukupnya.
6. Kacau-kacau kejap.. Inti dah kering.. siap!

Resipi Sardin Gulung Rangup Cruncy Dibuat Jual, Boleh Juga Di ‘Frozenkan’7. Kemudian, Roti digelek, buang tepi kelilingnya. Tak nak buang pun boleh.
8. Letak inti dan gulung.

IKLAN

Resipi Sardin Gulung Rangup Cruncy Dibuat Jual, Boleh Juga Di ‘Frozenkan’9. Hujung roti lekat dengan bancuhan tepung gandum, bahagian tepinya tekan dengan penggelek tart.

Resipi Sardin Gulung Rangup Cruncy Dibuat Jual, Boleh Juga Di ‘Frozenkan’

Resipi Sardin Gulung Rangup Cruncy Dibuat Jual, Boleh Juga Di ‘Frozenkan’

IKLAN

10. Roti celup dalam telur kemudian salut dengan serbuk roti.

Resipi Sardin Gulung Rangup Cruncy Dibuat Jual, Boleh Juga Di ‘Frozenkan’

Siap.. boleh di frozenkan!

IKLAN

Info Ekstra!

*Kalau dah siap masak, minyaknya banyak, di tapis ye. Tadi akak tumis tak guna minyak banyak, jadi akak tak tapis.

Baca Lagi Di Sini: Punyalah Senang Nak Buat Roti Telur Sardin Viral Sedap Ni! Sesuai Makan Musim Hujan, Ini Caranya

MW: Sedapnya Sardin Gulung rangup ni. Terima kasih berkongsi resipi, dan semoga dilimpahkan lagi rezeki.

Sumber: Noraslinda Md Radzhi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI