Selera tekak kita ni ada masanya nak lauk yang jenis berkuah dan adakalanya cukup dengan lauk yang simple, kering dan pedas macam ni. Mak-mak yang suka pedas dan sambal kering boleh cuba resipi Sambal Bilis Petai Kering Pedas Berapi yang dikongsikan oleh Puan Nurul Azwa Abu Bakar ini.
Cukup senang nak buat, ringkas, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Paling penting masak lauk ni sahaja makan dengan nasi panas pun dah cukup, memang mampu membuka selera!. Menurut wanita ini, sambal bilis kering ini merupakan antara makanan kegemaran suaminya yang berketurunan Minang serta sukakan lauk yang pedas-pedas.
“Saya belajar masak sambal ni dengan suami. Keluarga suami suka masak macam ni dan suami berketurunan Minang memang suka makanan pedas.Jadi dua kali seminggu mesti buat lauk ni”
“Sebenarnya, jika tak letak ikan bilis dan petai, boleh ditukar dengan ikan bilis dan kentang, udang dan petai,ikan bilis terung, jering, kerdas dan sebagainya mengikut citarasa”
Bahan-Bahan:
Ikan bilis 100gram
Petai 6 papan
Cili padi hijau rm2
Cili merah besar 4
Bawang merah 1 biji
Asam gelugur 1 keping
Sedikit garam dan gula
Minyak masak
Ads
Cara Memasak:
1. Petai dikikis kulit – potong serong. Ketepikan.
2. Kisar cili padi, cili besar dan bawang merah. Ketepikan.
3. Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan tos.
4. Goreng petai hingga layu. Angkat dan tos.
Ads
5. Menggunakan minyak yang sama, tumis cili kisar, masukkan 1 keping asam gelugur.
6. Masak sambal hingga masak sepenuhnya..dari semasà ke semasa, tambah minyak jika kering kerana memerlukan minyak yang cukup untuk sambal betul-betul masak.
6. Perasakan dengan garam secukupnya.
7. Masukkan ikan bilis dan petai yang telah digoreng tadi, gaul sekata.
Bawang kisar atau bawang mesin biasanya tidak tahan lama. Lebih buruk lagi apabila bawang yang dikisar bertukar menjadi warna ungu. Mak-mak buat bawang mesin untuk memudahkan kerja memasak di dapur, tetapi lain pula jadinya.
Bawang kisar merupakan bahan dapur yang memudahkan kerja-kerja memasak. Nak buat kuah, tumis, atau masak apa-apa pun, bawang kisar ini adalah penyelamat. Senang nak dapatkan aroma dan rasa yang sedap. Sebab itulah stok bawang kisar mesti selalu ada di dapur.
Jom kita ikuti tip seperti yang dikongsi oleh Zahiruddin Al Amin Zainuddin ini. Menurutnya, bawang mesin yang dibuat mengikut tip ini boleh bertahan sehingga 1-2 bulan dan boleh juga diletakkan dalam freezer untuk lebih lama tahan.
Oh ya, ibu-ibu jangan risau. Bawang mesin ini warna dia tetap bersinar-sinar.
Ini Tip Yang Boleh Dipraktikkan
Bahan-bahan:
1. Bawang holland
2. Minyak masak
*selepas kisar, masukkan dalam bekas dan tambah lagi minyak masak secukupnya.
Jangan pakai air biasa, nanti bawang akan bertukar warna dan tidak boleh tahan lama.
Bila dah jadi mak-mak ni segalanya nak kena cepat, mudah dan paling penting jimat masa baik nak uruskan anak-anak dan rumahtangga, mahupun nak buat kuih raya! Jika pernah buat kuih siput, bahagian yang paling ‘renyah’ nak buat ialah bab menggentel tepung kecil-kecil untuk dijadikan ‘siput’ sebelum digoreng.
Menerusi perkongsian Nana Ereena ini cara senang dia buat ‘kuih siput’ ekspress dengan menggunakan pasta je. Siap buat jual! Tak perlu gentel tepung, pastanya pula tak perlu direbus.
Berikut antara perkongsiannya:
“Kuih raya pertama ku yang paling senang di abad ini.Dah siap kena sorokkan kalau tak sekejap licin”
Pasta Crispy Black Pepper / ‘Kuih Siput’ Ekspress
Bahan-Bahan:
Makaroni/spiral/small shell (saya pakai ketiga-tiganya)
Tepung bestari @ pilihan anda
Daun kari
Serbuk Lada Hitam
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat:
1.Masukkan makaroni/spiral/small shell dalam tapis. Lalukan bawah air paip. Cuci bersih.
2.Masukkan dalam mangkuk dan tuangkan tepung bestari. Kuantiti agak-agak lah ye.Asal melekat dekat makaroni/spiral/small shell tu.Kalau tak lekat tambah air sikit.
3.Gaul sebati.
4.Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dengan daun kari.
5.Angkat dan toskan. Gaulkan dengan black pepper.Siap.
Siap! Selamat mencuba!
Senang sanang kan, mak-mak bolehlah cuba untuk kudap-kudapan masa raya nanti.Gerenti laku keras!
Hari Raya Aidiladha ni, pastinya ramai mak-mak yang mendapat daging korban dan kuantitinya juga agak banyak.Jika salah cara penyimpanannya, boleh mengakibatkan daging mudah busuk, tidak segar dan kualiti daging baru tersebut juga terjejas.
Sebenarnya ada tips tertentu yang boleh dicuba untuk mengekalkan kesegaran daging baru tersebut, dalam pada masa yang sama mampu bertahan sehingga lebih setahun! Kaedah ini dikongsikan oleh chef sendiri sebagai panduan kita.
KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL
1.JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN
Sebelum disimpan, daging korban (jangan dicuci). Jika dicuci guna air paip, kuman-kuman boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apabila daging berkenaan hendak dimasak pada keesokan harinya.
2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yang betul ialah dengan memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yang kecil sahaja, biarkan yang lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.
3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam kompartmen sejuk beku/freezer.
4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DENGAN MENGGUNAKAN AIR PANAS
Jika hendak memasak daging beku,jangan mencairkan ais dalam daging atau daging yang beku menggunakan air panas. Cara yang betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali lembut, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan dan daging sedia untuk dimasak.
5.TIPS TAMBAHAN
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat mengaktifkan sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal!!!
Baarakallah
Semoga memberi manfaat.
Chef Mawi
Art Of Butchery Inovasi Evolusi
BUTCHERY TRADING & CONSULTANCY
Butchery Gear and Proper Equipments
Jadi buat mak-mak yang banyak daging korban tu, bolehlah ikut perkongsian tips yang dikongsikan ni.Semoga daging-daging tersebut kekal segar dan mampu bertahan lama.Malah selain daging korban, apa juga daging segar yang dibeli dipasar juga boleh disimpan dengan kaedah ini.
Penyakit ain, Ayda Jebat akui setiap kali muat naik video anak akan meragam. Penyakit ain adalah satu kategori penyakit bersifat ghaib. Ianya adalah satu...