Jika mak-mak pernah makan Biskut Gery, biskut keping yang disalut dengan keju berkrim, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Biskut Gery yang pernah viral ini, mudah sangat nak buat, malah jimat kos berbanding beli di kedai. Rasanya yang lemak, manis, masin secukup rasa, boleh dibuat kudap-kudapan untuk anak-anak.

Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Nerina Elli ini

“Try dahhh..Ala-ala Biskut Gery..mudah sangat, jimat kos. Bukan guna semua bahan-bahan ni, buat sikit-sikit.Bagi yang pertama kali buat ikut kuantiti di bawah.”

Bahan-Bahan:

Biskut ada gula
2 sudu Butter
3 sudu Susu Pekat
2 keping Cheese

4 Bahan Buat Ala-Ala Biskut Gery Viral, Mudah Sangat Jimat Kos!

Cara Membuat:

1. Panaskan butter, susu pekat dan cheese sampai cair. Guna api perlahan je.

IKLAN

4 Bahan Buat Ala-Ala Biskut Gery Viral, Mudah Sangat Jimat Kos!2. Bila bahan dah cair. Kena cepat-cepat salut kat biskut ye.(Bahagian keping yang takde gula). Jika kering susah nak melekat nanti sebab tempoh bahan tu cair kejap je.

4 Bahan Buat Ala-Ala Biskut Gery Viral, Mudah Sangat Jimat Kos!3. Celup terus biskut tu ke dalam bancuhan cheese berkenaan.Lagi cepat & cantik salut dia, tak perlu pakai sudu.

4 Bahan Buat Ala-Ala Biskut Gery Viral, Mudah Sangat Jimat Kos!4. Sejukkan seketika biar salutan kering.

IKLAN

Dah berjaya buat, ulang lagi cara yang sama.

Info Ekstra!

Kalau nampak macam cheese tu pekat, letak sikit butter untuk cairkan ia. Sebab tu bila dah sejuk nampak berkilat-kilat lawa je tengok.

IKLAN

Siap!
Selamat Mencuba

Baca Lagi Disini: Bukan Kuih Lapis Tapi Puding Biskut Cream Cracker Sedap, Ini Resipinya!

MW: Sesekali mak-mak boleh cuba buat biskut salut cheese ala-ala Biskut Gery ni. Anak-anak pun mesti suka.

Sumber: Nerina Elli

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI