Cantik dan cerianya Strawberry Swiss Tart yang dikongsikan oleh Puan Siti Hajar Hashim ini. Merah berseri dengan filling strawberi. Menariknya guna acuan semperit je pun dah boleh jadi.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.

Berikut resipi yang wanita ini kongsikan;

“Strawberry Swiss Tart.Tapi tak pandai nak swiss..Guna acuan samperit ja. Ni resepi yang saya guna Biskut strawberry swiss tart”

Bahan-Bahan:

250gm butter (saya guna jenama twin cows)
1/2 cawan gula aising (saya blend gula pasir ja)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan corn flakes (blend hingga hancur)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan coklat rice
Filling strawberry secukupnya

Cara Membuat:

1. Satukan butter, gula aising dengan esen vanila, kacau sebati. Saya guna senduk kayu ja.

2. Masukkan corn flakes hancur, diikuti dengan tepung gandum dan tepung jagung. Gaul sebati.Adun hingga jadi doh.Jika doh masih lembik, boleh tambah tepung gandum lagi sedikit.Akhir sekali, masukkan coklat rice. Gaul sebati.

Strawberry Swiss Tart Guna Acuan Samperit,Tekan Sikit Di Tengah Guna Jari

3. Saya guna acuan samperit ja, tekan sikit di tengah biskut. Tekan guna jari ja, supaya ada ruang untuk letak filling tu nanti.

Strawberry Swiss Tart Guna Acuan Samperit,Tekan Sikit Di Tengah Guna Jari

4. Isi filling strawberry dalam piping bag. Gunting dibawahnya dan isikan filling tadi di ruang tengah biskut.

Strawberry Swiss Tart Guna Acuan Samperit,Tekan Sikit Di Tengah Guna Jari

5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak.Guna api atas bawah pada suhu 180c. Suhu ni kena ikut oven masing-masing.

Strawberry Swiss Tart Guna Acuan Samperit,Tekan Sikit Di Tengah Guna Jari

Siap! Selamat mencuba!

Strawberry Swiss Tart Guna Acuan Samperit,Tekan Sikit Di Tengah Guna Jari

Baca Lagi Di Sini: Resipi Cheese Tart Magnum Buncit, Puas Hati Makan Penuh Keju Selambak!

MW: Sedapnya dan nampak cantik sangat strawberry tart ni. Kumpul resipi siap-siap bila nak buah kuih masa raya atau teringin nak makan boleh cuba buat nanti.

Sumber: Siti Hajar Hashim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI