
Isi Kandungan
ToggleSetiap kali berbelanja barang dapur di pasaraya, biasanya roti memang wajib dibeli. Sumber karbohidrat yang paling mudah dicapai, buat perut cepat kenyang bila tengah lapar. Macam-macam boleh dibuat dengan roti ni. Disapu dengan mentega, kaya, tuna dibuat puding dan sebagainya.Kalau ada roti dan pisang dekat rumah, mak-mak boleh cuba resipi roti Pisang rangup ni. Memang senang nak buat dan semestinya sedap.
Berikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Hamizah Zakaria sebagai panduan;
Roti Pisang rangup sedap yang amat. Asyik lalu je kat fb 2-3 menjak ni. Pernah buat? Silalah cuba dan rasa dengan mulut sendiri. Mendung-mendung ni selera makan naik laju.Bahan senang dapat.
Bahan-Bahan:
Roti gardenia keping
Pisang masak
Majerin
Kuning telor
Gula perang ( takde pon letak je gula putih tapi jangan tabur banyak)
Cheddar cheese (ni takde pon takpa. Tabur je gula.)
Cara Membuat:
1. Sapu majerin atas roti.
2. Susun pisang ikot kreatif sendiri.
3. Sapu lagi mejerin dan sapu kuning telor.
4. Tabur cheddar cheese atau gula perang.
5. Bakar dengan suhu 180’c 5-7minit.
Siap! Makan dengan bismillah.

Baca Lagi Di Sini:
Resipi Bancuhan Goreng Pisang Sedap, Serdak Halus Rangup Krup Krap!
Resepi Kek Pisang Coklat MOIST, Godek Pakai Senduk Pun Takde Hal
MW:Menarik resipi roti pisang rangup yang dikongsikan ni, nak buat pun sangatlah mudah. Boleh cuba nanti.
Sumber: Hamizah Zakaria
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sedapnya Cencaru Bantut, Belah Belakang Sumbat Sambal Manis-manis Pedas

Isi Kandungan
ToggleResepi cencaru bantut ini istilah orang belah Kedah panggil untuk cencaru sumbat sambal. Sesetengahnya menggunakan ikan haruan. Sedap bila dapat makan dengan nasi panas.
Hidangan yang boleh buat tak sedar menambah dua pinggan. Kata Norrihan Ars yang berkongsi resepi ikan bantut atau cencaru sumbat ini, hidangan yang disediakan ini cukup untuk tiga orang makan.
“Kak Ann panggil ikan bantut. Btui dak kita kedah panggil ikan bantut. Kot salah harap maaf. Tapi yang pastinya kami dok panggil lagu tu.”
Ikan bantut ni sedap, sebab manis-manis pedas. Kak ann buat, belah dua-dua belah belakang ikan supaya boleh sumbat kedua-dua belah. Barulah kepuasan berganda. Giteww.
Bantut ni ada yang buat letak kelapa parut, tapi kak ann suka macam ni. Ini cara kak ann.
Mudah ja buatnya.
Jom masak!
Bahan-bahan Cencaru Bantu
3 ekor ikan cencaru – saiz kecil
8 tangkai cili kering (rendam air panas dan toskan)
5 ulas bawang merah
Kunyit hidup – kalau tak ada boleh abaikan atau ganti dengan 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Serai
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil asam jawa
Gula
Garam
Perasa Maggi secukup rasa
Cara memasak Cencaru Bantut
Gaul ikan dengan garam dan kunyit. Ketepikan.
Tumbuk semua bahan hingga sebati. Kalau suka sampai lumat, tumbuklah sampai lumat. Nak pakai blender kering pun boleh. Masukkan maggi secukup rasa.
Masukkan gula dan garam. Tumbuk lagi.
Masukkan asam jawa.
Isikan belahan dan tiap rongga yang ada dengan sambal.
Kak Ann belah belakang dua-dua belah. Tak ada isu lagi sebelah yang satu lagitak ada sambal.
Siap canggini.
Goreng api sederhana, jangan kuat. Satgi ikan terkejut dan keluar air dan minyak jadi kotor dengan sambal yang manis tu.

Siap Kome.
Baca juga : Ini rahsia ‘super’ sedap, ikan cencaru belah belakang orang Utara
Sumber/Foto : Norrihan Ars
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
- Rahsia mereka?
- Apa yang mereka lakukan?
- Ilmu-ilmu yang diamalkan?
- Siapa yang susah senang bersama mereka?
- Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/
atau scan QR Code pada poster
Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
SAMBAL Tempe, Bilis, Kacang Ratah Depan TV Tak Perasan Habis Sebekas!

Isi Kandungan
ToggleSAMBAL Tempe, Bilis, Kacang Ratah Depan TV Tak Perasan Habis Sebekas!Memang sedap bila buat sambal begini. Rasa pedas-pedas manis, simple dan ringkas je nak buat namun memang sedap. Boleh juga buat stok untuk makan waktu sahur.
Ikut resipi mudah yang dikongsikan oleh Sharinaz Redwan ini sebagai rujukan.
Sambal Tempe + Bilis + Kacang. Ni kalau meratah depan TV tak perasan habis 1 bekas. Saja buat stok simpan untuk sahur.
Bahan-Bahan:
6 peket tempe – hiris nipis, goreng bagi betul-betul rangup.
2 cawan ikan bilis – cuci, goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, try masuk air fryer kejap, insyaAllah rangup balik.
500g kacang, – cuci, tos, goreng jugak.
Untuk Sambal:
2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi ummppphh.
3 biji bawang merah – blend
5 ulas bawang putih – blend
1 ketul gula kabung
4 keping asam keping
Garam secukupnya
Minyak goreng tempe tadi
Cara Membuat:
1.Tumis bahan kisar dengan gula kabung, asam keping, sampai pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ye.
2. Dah siap, tutup api, biar kejap, letak garam ikut tekak masing-masing, boleh masuk tempe, kacang bilis tadi.
Siappp…makan nasi panas-panas memang sedappp uiiii.

Semoga bermanfaat.
Mesti Baca: SAMBAL BILIS Kering Salted Egg, Lauk Favorite Anak Bawa Balik Asrama!
Baca Lagi Di Sini:Cara Masak IKAN SAMBAL THAILAND Sedap, Cukup Rasa Masam Masin Manis Pedas!
Artikel Menarik:Sambal Tempoyak Daun Kayu Versi Simple, Sedap Masak Pekat & Pedas!
Mingguan Wanita: Sedapnya sambal tempe, bilis dan kacang ni. Memang sesuai makan waktu sahur sebagai pembangkit selera. Kena cuba!
Sumber:Sharinaz Redwan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Masak Sedap-Sedap, Hias Bento Cantik-Cantik..Anak Mesti Tertarik!

Isi Kandungan
ToggleMasak sedap pun kadangkala tak cukup membuat anak-anak tertarik untuk makan masakan yang kita masak. Mak-mak kena kreatif untuk menarik minat anak makan sama ada di rumah atau untuk bekal ke sekolah.
Waaahh!! Comelnya set hidangan bento ini kan? Pasti anak-anak akan tertawan saat melihatnya. Mak-mak boleh bereksperimen mengikut kreativiti masing-masing dalam menghias bento untuk anak-anak sebagai bekal ke sekolah.
MASAK BENTO BAS SEKOLAH
BAHAN-BAHAN:
3 keping kentang Hashbrown
3 batang sosej (Breakfast Sausage)
2 biji telur puyuh } direbus
1 biji buah tomato segar
½ labu bawang besar
200gm kacang panggang
1 biji Brussel Sprout }rebus
100gm Brokoli } rebus
Sedikit minyak untuk mengoreng
Sedikit stok ayam
Sedikit mentega
UNTUK HIASAN:
3 batang lidi hiasan } untuk cucuk sosej
Sedikit Rumpai Laut Jepun
1 cawan kertas kecil } untuk letak kacang panggang
CARA MASAK:
- Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan kentang Hashbrown sehingga menjadi kuning keemasan. Ketepikan.
- Kemudian ambil sekeping kentang Hashbrown dan bulatkan potongan menjadi dua acuan roda. Ketepikan.
- Belah telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu untuk dijadikan roda. Ketepikan.
- Rebus sosej ke dalam stok ayam seketika. Bila masak, ketepikan.
- Kemudian gaul brokoli dan Brussel Sprout bersama sedikit mentega dan perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Buah tomato dibelah dua. Separuh dihiris nipis untuk hiasan. Ketepikan.
- Manakala yang sebahagian lagi, dipotong empat segi sama dan diperasakan dengan sedikit garam dan lada sulah. Panggang seketika tomato tersebut di atas kuali leper. Ketepikan.
- Setelah itu, tumiskan bawang besar bersama kacang panggang di dalam kuali seketika. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
- Setelah itu, gandingkan kesemua bahan ke dalam bekas makanan mengikut gambar.
Resipi Penkek Souffle Jepun Gebu Gebas Guna Enam Bahan Saja, Anak-Anak Gerenti Suka!
Resipi Kam Heong Lala Ini Buat Shell Out Pun Sedap!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
MASAK BENTO KENTANG LENYEK BERSAMA COLESLAW
BAHAN-BAHAN KENTANG LENYEK:
6 biji ubi kentang } kupas kulit dan rebus sehingga empuk
½ sudu teh susu uht
½ sudu teh serbuk lada sulah
30gm mentega lembut
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
BAHAN-BAHAN SOS BAWANG KUNING:
1 labu bawang Holland (Cincang)
1 sudu makan serbuk pati ayam
½ sudu makan sos tiram
1 sudu teh serbuk lada hitam
30gm tepung gandum
1 liter air
Sedikit minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN COLESLAW:
250gm kubis bulat
150gm lobak merah
100gm bawang besar
2 sudu makan mayones
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh gula
½ sudu makan cuka sayur
UNTUK HIASAN:
4 potong kentang wedges } digoreng dahulu
Sedikit daun salad
Sedikit kacang badan } belah dua secara menyerong
Sedikit timun jepun (untuk mata)
CARA MASAK:
- Untuk memasak kentang lenyek: Rebus kentang sehingga empuk di dalam periuk berisi air secukupnya.
- Setelah masak, tos dan lenyek sehingga halus (boleh gunakan pengisar makanan).
- Masukkan susu dan mentega lembut, kisar lagi hingga sebati.
- Perasa dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Untuk menyediakan sos bawang kuning: Tuang sedikit minyak ke dalam kuali, tumiskan bawang Holland sehingga wangi.
- Masukkan tepung gandum dan kacau lagi. Tambahkan air dan serbuk pati ayam.
- Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam dan masak sehingga mendidih.
- Tutup api kemudian kisar kesemua bahan sehingga halus menggunakan pengisar makanan.
- Kemudian satukan kentang lenyek dan sos bawang kuning dalam satu bekas. Gaul sebati. Ketepikan dan biar ia sejuk.
- Untuk menghidang: Skop Kentang lenyek menggunakan skop ice cream menjadi bentuk bulat.
- Letakkan di dalam bekas yang telah disusun dengan daun salad. Jadikan seperti badan dan kepala Landak.
- Cucukkan kepingan kacang badam dan jadikan duri Landak.
- Potong Ttimun Jepun untuk jadikan bentuk mata.
- Letakkan coleslaw di sebelah kentang yang berbentuk Landak.
- Hiaskan juga dengan kentang wedges yang telah digoreng.
- Sedia dihidangkan.
MASAK BENTO LASAGNA SEAFOOD
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
4 keping kulit lasagna
1 sudu kecil minyak zaitun
Keju mozarela secukupnya (untuk ditabur di atas susunan lasagna nanti)
Air secukupnya

Garam secukup rasa
BAHAN B:
1/2 labu bawang besar } didadu keci
5 ulas bawang putih } dicencang halus
10 batang jejari isi ketam } potong kecil
10 ekor udang } dipotong kecil
45gm mentega
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit dill, dan basil kering
Garam secukup rasa
BAHAN C (BÉCHAMEL):
400ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum } roux
2 sudu besar mentega } roux
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
BAHAN HIASAN:
2 batang jejari ketam
3 ekor udang
2 ekor Chuka Idako
2 biji Brussel Sprout
2 biji Bebola ikan } bentukkan menjadi ikan
Sedikit Rumpai Laut Jepun
CARA MASAK:
- Untuk kulit Lasagna: Masukkan air ke dalam periuk dan renjiskan minyak Zaitun ke dalam rebusan. Kemudian masukkan kulit Lasagna dan rebus sehingga lembut.
- Angkat dan tos. Ketepikan.
- Untuk inti: Cairkan mentega di dalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan jejari isi ketam yang telah dipotong. Kacau lagi hingga sebati.
- Kemudian masukkan serbuk lada hitam dan garam. Kacau sebati.
- Akhir sekali masukkan daun dill dan basil kering, kacau sekejap dan angkat. Ketepikan.
- Untuk membuat bechamel (sos putih): Renehkan susu segar di dalam periuk dan kacau menggunakan ‘hand whisk’.
- Dalam bekas lain, satukan mentega dan tepung gandum dan kacau sebati untuk jadikan roux (bahan pemekat).
- Masukkan roux ke dalam adunan susu tadi dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan lada hitam secukupnya.
- Untuk menyediakan Lasagna: Susun dua keping kulit Lasagna di dalam bekas aluminium bersaiz 20cm. Masukkan sebahagian bahan B dan ratakan.
- Kemudian curahkan separuh bechamel di atasnya. Ratakan.
- Susun lagi dua keping kulit Lasagna di aatas bechamel. Masukkan baki bahan B dan ratakan.
- Seterusnya curahkan semua baki bechamel dan ratakan.
- Taburkan keju mozarela hingga menutupi bechamel.
- Bakar di dalam ketuhar pembakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 30 minit.
- Cara menghidang: Celur jejari ketam, udang, Brussel Sprout dan Chuka Idako. Ketepikan.
- Susun udang yang telah dicelur di bahagian belakang.
- Gunakan Brussel sprout yang dibelah dua dan silangkan dengan Rumpai Laut Jepun.
- Tambahkan Chuka Idako (sotong Jepun) di bahagian depan. Akhir sekali gunakan bebola ikan yang berbentuk ikan untuk disusun di bahagian depan. Sedia dihidangkan.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI