Mudah Saja Buat Rendang Daging, Guna Bahagian Harimau Menangis

Ada bermacam-macam cara dan resepi rendang daging. Bagi yang pertama kali nak merendang, jangan susah hati ya. Resepi yang dikongsikan Ameera ini mudah saja nak membuatnya.

Ambil masa satu jam untuk siap masak dan gunakan bahagian daging harimau menangis lebih terasa enaknya. Bolehlah kalau nak cuba terus.. bahan-bahan dan cara masaknya pun taklah susah mana.

Kata Ameera, “Resepi mudah saja, yang lama nak tunggu daging empuk. Alhamdulillah dah siap, satu jam lebih siap dah daging rendang. Cara dan bahan-bahan di setiap gambar. Boleh saja guna bahagian daging lembu yang mana-mana pun. Daging tempatan.”

Selamat mencuba..’ kongsinya lagi.

Rendang daging minang, resepi ori dari Padang Indonesia, tak guna kerisik.

Cara Masak Rendang Daging

Pandai tengok tak?
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 7 ulas
Halia besar ibu jari
Lengkuas besar ibu jari
Kunyit hidup sedikit
Serai 3 batang.

Semua diblend ye.

Cili kering 7 tangkai, nak pedas letak lebih. Blend semua sekali. Letak air lebih takpe.

Panaskan minyak, masukkan bahan tadi. Masak sehingga pecah minyak.

IKLAN

Lepas pecah minyak, masukkan asam keping 3 keping. Asam keping buat sendiri.

Masukkan daging. Alamak ternampak gelang la pula. Ermmmm saja la tu!

Masak sehingga empuk. Dah nampak kering sedikit tambah air 1 cawan lagi. Biar mengelegak ye. Api jangan kuat sangat, sederhana sahaja.

Sehingga begini keadaan daging tu ye, masukkan kerisik.

Daun limau purut 2 helai. Tengah batang tu buang. Kacau rasa nanti. Jadi pahit.

IKLAN

Masukkan santan. Santan fresh dari ladang! Kah

Gula 2 sudu makan. Campak terus tanpa was was.

Garam 1 sudu makan. Campak.

IKLAN

Daun kunyit 1 helai, potong begini ye. Campak juga.

Gaul rata semua sekali tau. Kacau sehingga kering sedikit.

Masak dah. Korang rasa tau, kot tawar ke apa boleh la tambah garam ke gula ke.

Siap sepenuhnya. Kering heylok, lembut daging bagaikan kain sutera. Tiber

Ibu makan dengan nasi panas ulam timun. Jadilah 1 lauk sahaja.

Malas nak cakap sedap. Tengok la sendiri. Selamat mencuba.

Daging tu ibu guna daging tempatan. Daging fresh, bahagian hatimau menangis. Eh silap. Harimau menangis. Susah dapat tau sebab ada 1 bahagian je dalam seekor lembu.

Sumber/Foto : Ameera

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita