Macam-macam rupanya kegunaan Spray Serbaguna Homemade ni, berkesan untuk halau semut malah mudahkan kerja-kerja di dapur. Berbanding menggunakan alat pencuci biasa, spray serbaguna ni hanya menggunakan campuran air, cuka dan sabun pencuci pinggan je.Namun kesannya memang luar biasa dan dijamin selamat.

Mak-mak boleh cuba buat sendiri spray ini di rumah dan lihat keberkesanannya. Ikut cara yang dikongsikan oleh Puan Yatie Eimra ini sebagai rujukan.

“Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi.”

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !

Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni.

Bahan-Bahan:

1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)

Cara Membuat:

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

*Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang takde essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis ke dalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !

*Untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama disini.

Baru-baru ni ada kawan tanya apa lagi kegunaan spray ni. Jadi kali ni saya nak share kegunaan spray ni untuk memudahkan kerja-kerja kat dapur. Selain bersihkan dapur, saya gak gunakan spray ni untuk;

1. Hilangkan Bau Hanyir

Biasanya lepas bersihkan ayam dan siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa.

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !

IKLAN

2. Mudah Tanggalkan Kesan Minyak

Bila basuh bekas-bekas makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !

3. Masa Baking

Nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer dan bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh dan keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa dan menjimatkan sabun.

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !

4. Spray Dan Rendam Kain Lap Tangan, Kain Lap Dapur & Span Basuh Pinggan

Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan-kesan minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit-lekit, melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau dan jadi tempat pembiakan bakteria.

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !

5. Bersihkan & Tanggalkan Karat Pada Mata Blender

Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan.Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh pulak.

IKLAN

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !

6. Bersihkan Karat/Mendapan Dalam Cerek Elektrik

Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.

Buat Sendiri Spray Serbaguna Homemade, Berkesan Mudahkan Kerja-Kerja Dapur !
Gambar atas, dasar cerek yang saya sental dengan sabun pencuci & guna berus besi. Walaupun dah sental banyak kali tetap tak hilang sepenuhnya. Gambar bawah, semua karat/mendapan hilang walaupun sental guna span basuh pinggan biasa jer (yang warna hijau tu)

Info Ekstra!

* Bancuhan ni sebenarnya takde sukatan yang tetap pun, TAPI kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

* Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

* Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi tak berapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

*Pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak

*Spray ni jugak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’.

IKLAN

*Kalau setakat spray untuk kurangkan bau-bau toilet yang tak diingini, tak nak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je.

*Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.

Kegunaan Lain:

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang keje.

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah xpayah beli mahal² la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pn boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak & gunakan air panas untuk lebih efektif.

MW: Semoga bermanfaat! Banyak sungguh kegunaan Homemade Spray Serbaguna ni, mak-mak boleh cuba sendiri untuk kegunaan di rumah. Yang penting selamat, bebas bahan kimia dan jimat kos.

Sumber: Yatie Eimra

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI