Kerja-kerja memasak di dapur akan jadi lebih mudah jika kita tahu caranya yang betul.Bagi mak-mak yang suka guna santan perahan berbanding santan kotak, ada petua untuk menjadikan santan tersebut lebih pekat dan mudah diperah. Bukan apa, jika kelapa parut terus diperah, santannya lebih sikit dan cair.
Boleh rujuk perkongsian petua untuk jadikan santan lebih pekat oleh Puan Nursyahida Al-Hashimy ini sebagai panduan;
“Tips supaya santan perahan lebih pekat.Mungkin ada yang dah tahu tips ni n biasa buat. Mungkin ada yang belum tahu.Kepada yang biasa guna santan kotak dilarang keras untuk ikut tips ni.”
Caranya:
1. Untuk akak-akak atau mak-mak yang suka masak guna santan asli dari isi kelapa parut (orang utagha panggil kukoq nyoq) sebelum perah isi kelapa yang dah parut tu boleh blend dulu dengan air suam. Air jangan terlalu banyak nanti santan tak berapa pekat.
2.Lepas tu tuang dalam penapis macam biasa dan hampas kelapa tu masukkan balik ke dalam blender.Kemudian, ulang langkah yang sama sampai dapat jumlah santan yang nak. InshaAllah, santan akan jadi lebih pekat.
Cara ni mak saya ajar masa mula-mula saya belajar masak zaman remaja dulu. Alhamdulillah, sampai sekarang anak dah sorang masih ikut cara ni.
Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Jika guna santan kotak kalau tak habis dan nak simpan lama..letak tempat beku. Bila nak masak keluarkan biar santan sedikit cair, tambah air panas suam dan kisar. Santan tak akan berketul dan pekat semula. Sama jugak untuk kelapa parut yang dibekukan.
MW: Terima kasih berkongsi tip dan petua ini. Sangat bermanfaat terutamanya bagi mak-mak yang tak tahu dan wanita masih belajar memasak, boleh cuba petua yang dikongsikan ini.
Idea DIY dan dekorasi rumah boleh didapati daripada pelbagai sumber antaranya seperti Pinterest. Sliding jenis Barn Door atau inspirasi pintu ‘bangsal’ atau kandang kini kian menjadi trend kerana ia nampak kemas, cantik dan jimat ruang. Selalunya pintu jenis begini, bagi rumah berkonsep ‘farm house’, malah sangat sesuai buat untuk sliding ‘walk in wardrobe’, stor, bilik air dan sebagainya.
Boleh cedok idea yang dikongsikan oleh Ahmad Zhafran Abdurrahim ini yang membuat sendiri Sliding Barn Door Untuk Walk-in Wardrobe di rumahnya.
Nak kongsi perjalanan buat sliding barn door untuk walk-in-wardrobe.Lepas siap renovate rumah haritu ada sekeping plywood lebih. Fikir-fikir bolehlah buat barn door untuk wardrobe yang belum ada pintu. Terus lah cari inspirasi kat pinterest lepas tu shoot ke kedai cari kayu.
Senarai bahan:-
1. Papan tengah dan tulang belakang: construction grade plywood baki renovation
2. Tulang temulang: kayu pine dara dari Chin Chun
3. Railing dan handle: Shopee
4. Cat: Seamaster matt white & matt black
Lain-lain:-
– Filler pakai ASG je. Banyak lebih dari renovation.
– Potong kayu dan plywood semua circular saw. Belum ada bajet untuk beli miter saw.
– mujur ‘sanding’ pakai mesin. Itupun penat jugak lah 4 jam tengah rembang bulan puasa pulak tu.
Kos kayu lebih kurang RM80 (ada baki kayu)
Railing + handle RM160
Plywood, cat, filler lebihan renovation
Kepuasan: PRICELESS
1.Walk-in-wardrobe ni asalnya stor. Kami tutup pintu asal dari hall, pecahkan sebelah master bedroom. Jadilah wardrobe. Shelving tu tulangnya guna kayu meranti baki renovation (reclaimed). Letakkan plywood 6mm atas bawah, silikon keliling, tampal, cat. Lupa pula ambil gambar step-by-step.
Keluasan 20sqft je lebih kurang 4’x5′ macam tu.
Untuk bahagian rak guna Kayu 1″x2″ lekat ke dinding guna wall plug 10. Tulang-tulang saya sambung guna gam+dowel. dah lekat semua tu tambah pula silikon.
Contoh Lakaran:
2.Pintu selepas dipasang. Railing tu dah disukat guna spirit level tapi gap bawah tak sama sebab tile lantai tak level betul.
3. Boleh lah sembunyikan segala harta karun dalam ni bila ada tetamu.
4. Selepas dicat. Bahagian depan putih, sisi dan belakang hitam. Two-tone gitu.
5. Proses paling memenatkan.. filling and sanding. Makan sehari juga ni.
6. Nampak pattern plywood tu pelik? Sebab guna construction grade waterproof plywood. Bukan untuk perabot sebenarnya. Tapi ada lebihan renovate rumah haritu, jadi buat apa membazir.
Ketebalan pintu bergantung pada hardware (perkakas). Roller yang saya beli tu untuk pintu berketebalan 40-45mm. Plywood yang saya ada tebalnya 12mm. Kayu pine saya guna 18mm tebal. Jadi saya tambah frame belakang guna plywood yang sama. So 18 (kayu frame depan) + 12 (plywood tengah) + 12 (plywood frame belakang) = total tebal 42mm.
Mingguan Wanita : Cantiknya dan nampak sangat kemas Sliding Barn Door untuk Walk-in Wardrobe ini. Boleh cedok idea yang dikongsikan ini, malah jika pandai bertukang boleh buat sendiri je.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Sebelum raya, bukan setakat kelengkapan hari raya kena sediakan, baju raya, biskut raya, duit raya dan sebagainya. Wajah pun nak kena tatarias supaya cantik berseri-seri.
Kalau ada masalah jerawat, parut jerawat, tentu segan juga bila berdepan dengan tetamu yang datang beraya. Sudah cuba pelbagai jenis rawatan tapi tetap juga sama.
Jangan risau masih ada masa dan sempat nak hilangkan parut jerawat sebelum raya nanti? Perkongsian daripada teamon boleh membantu anda untuk hilangkan parut paling cepat.
Sebelum Raya, Petua Hilangkan Parut Jerawat Paling Cepat
Hanya menggunakan bahan dari dapur saja. Serbuk kopi yang memang mempunyai sifat semulajadi untuk menghilangkan parut. Sebab itulah, kebanyakan produk kecantik banyak menggunakan bahan serbuk kopi kerana ia sangat berkesan.
Bahan-bahan:
2 sudu serbuk kopi
1 cawan air panas
Aloe vera
Madu
Cotton pad
Caranya:
1. Campurkan air panas dengan 2 sudu serbuk kopi. Kacau sebati dan tapis.
.
.
2. Dalam bekas yang lain, masukkan campurkan 3 sudu aleo vera dan 1 sudu madu. Kacau sebati.
.
3. Selepas itu, masukkan air kopi yang sudah ditapis tadi ke dalam adunan tadi.
.
4. Sementara itu, potong dua cooton pad. Rendam dalam adunn tadi.
.
.
5. Sapukan dengan manja di bahagian bekas jerawat di muka. Kemudian, biarkan selama 15 minit sebelum cuci dengan air bersih.
6. Gunakan setiap malam untuk daparkan kesan yang lebih cepat.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Jangan buat sekerat jalan, nak cantik kena ikut caranya. Uat setiap malam untuk kesan yang lebih cepat.
Kulit pisang dan kulit telur banyak kegunaannya yang ramai terlepas pandang. Kedua-dua bahan yang dianggap ‘tidak berguna’ ini boleh digunakan untuk menghasilkan baja yang berfungsi untuk menyuburkan pokok tanaman.
Jika biasanya kulit pisang dan kulit telur dibuang begitu sahaja, apa kata kali ini, kumpulkan. Boleh ‘diproses’ untuk dijadikan baja buatan sendiri.
Berikut dikongsikan diy baja bagi menyuburkan pokok tanaman. Bahan yang diperlukan hanyalah kulit pisang dan kulit telur.
DIY Baja Kulit Pisang & Kulit Telur
Kisar kulit pisang. Kulit telur pula ditumbuk hancur. Bolehlah dijadikan baja.
*Di dalam botol penyembur itu ialah kulit pisang yang telah dikisar.
Hasilnya pokok tanaman subur menghijau. (Boleh rujuk gambar)
Inilah Rahsia Pokok Tanaman Membiak & Subur
Pokok kunyit dan pokok kari yang hampir mati pun boleh tumbuh semula.
Baja adalah sumber nutrien penting untuk tumbuhan. Ia menyuburkan tumbuhan dengan menyediakan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuhan untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Beberapa fungsi baja untuk menyuburkan tumbuhan:
1. Membekalkan nutrien penting: Baja mengandungi pelbagai nutrien penting seperti nitrogen (N), fosforus (P), dan kalium (K), yang dikenali sebagai NPK. Nutrien ini diperlukan oleh tumbuhan untuk pelbagai proses biologi seperti fotosintesis, pembentukan protein, perkembangan akar dan pembentukan buah.
2. Menggalakkan pertumbuhan tumbuhan: Baja yang digunakan dengan betul boleh merangsang pertumbuhan tumbuhan, termasuk pertumbuhan daun, batang dan akar. Ini membantu tumbuhan menjadi lebih kuat dan lebih tahan terhadap pelbagai tekanan persekitaran.
3. Meningkatkan pengeluaran buah dan bunga: Baja yang baik boleh meningkatkan bilangan dan kualiti buah dan bunga yang dihasilkan oleh tumbuhan. Ini penting terutamanya dalam penanaman tanaman hortikultur dan pertanian.
4. Mengatasi kekurangan nutrisi: Baja juga boleh digunakan untuk mengatasi kekurangan nutrisi dalam tumbuhan. Tumbuhan yang mengalami kekurangan nutrisi mungkin menunjukkan gejala seperti daun kuning, pertumbuhan perlahan dan pengeluaran buah yang rendah. Menyediakan baja yang betul boleh mengatasi masalah ini.
5. Mengekalkan keseimbangan pH tanah: baja boleh digunakan untuk mengawal keseimbangan pH tanah. Tanah yang terlalu berasid atau terlalu beralkali boleh menghalang tumbuhan daripada menyerap nutrien. Baja boleh digunakan untuk melaraskan pH tanah agar sesuai dengan keperluan tumbuhan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penggunaan baja mesti dilakukan dengan betul dan mengikut keperluan tanaman. Terlalu banyak atau terlalu sedikit baja boleh memberi kesan negatif kepada tumbuhan. Selain itu, perhatikan juga jenis tanaman yang anda tanam kerana pelbagai tumbuhan memerlukan jumlah dan jenis nutrien yang berbeza.
Dina Nadzir paksa diri turunkan berat badan. Sejujurnya mereka yang berbadan besar kebanyakannya akan merasa rendah diri. Begitu juga dengan selebriti, Dina Nadzir. Terbaru,...