Kalau masak sambal, mak-mak suka guna cili kering dan ada juga yang suka guna cili boh yang siap dibeli di kedai. Masalahnya, kalau gunakan cili kering, ada bijinya yang tidak hancur sepenuhnya.
‘Bercinta’ nya bila nak buang cili kering. Kadang-kadang, untuk sediakan ia sahaja dah ambil masa berapa lama. Inilah yang berjam-jam duduk di dapur, tambah masa untuk memasak lagi.
Kali ini, mak-mak tak perlu risau kalau nak asingkan cilik kering. Ada cara yang mudah dan jimat masa. Perkongsian daripada Umi Watie ini sesuai untuk mak-mak yang suka guna cili kering untuk masak sambal dan masa sama asingkan bijinya sekali.
Hari ini kakchik nak share cara paling senang nak buang biji cili. Selalu kena potong atau gunting halus-halus lepas itu asingkan apa semua kan?
Cara ni paling mudah, pakai alatan pun murah saja. Bagus untuk melatih anak dara belajar masak. Ini pun salah satu subjek penting musim pkp.
Cili kering itu kakchik tak cuci pun. Tak potong kecil, hanya masukkan dalam bekas chopper tu saja. Chopper pun pakai manual saja. Sambil bersenam gitu.
Ads
Sekali buat dalam 20 biji cili kering. Cukuplah untuk sekali masak bagi rencah mee goreng.
Nak lebih sila buat sampai cukup ya.
1. Cili dah siap asingkan biji cilinya.
2. Lebuh semua masuk dalam manual chopper.
Ads
3. Lepas tarik zipzap zipzap. Biji cili nampak dah terasing.
4. Bubuh dalam tapis. Senang saja kan?
5. Biji cili yang tertinggal. Ini kalau geng kebun mesti geram je nak semai kan. Guma bijinya.
Ads
6. Dah siap. Jom masak.
Selamat mencuba.
#DapurMakRerama
MW: Mak-mak yang ada chopper kat dapur, boleh cuba buat. Guna yang murah pun dah cukup membantu. Jimat masa kat dapur.
Sedapnya makan Char Kuey Teow.Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Senang sangat, mudah dan ringkas.Tak perlu nak beli lagi di gerai dan lebih jimat. Malah boleh letak rencah banyak dan memang puas hati bila masak sendiri.Rupanya antara tip buat Char Kuey Teow sedap kena guna api yang besar malah masak dalam pinggan yang berasingan.
“Hai selamat malam..juadah santai malam ni, “Char Kuey Teow” kalau ada cili jeruk lagi sedap. Musim kerang sekarang isi dia penuh-penuh. Resipi paling ringkas dan mudah cara saya masak. Hidangan di bawah saya masak setiap pinggan berasingan.”
Bahan-Bahan:
Kuey teow (cuci toskan)
Bahan Tumis
3 sudu besar Cili kering kisar
Bawang besar (dikisar)
Bawang Putih (diketuk)
1 sudu besar cili sos
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1. Panaskan kuali, masukkn minyak.(minyak lebih sikit ye, supaya masukkn telur nanti kuey teow tak bantat) kuey teow dan minyak diorang ni friend forever.
2.Tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar, sos cili,sos tiram,kicap pekat dan kicap manis.
3. Kemudian masukkan sedikit garam, kacau sebati dan masukkan air rebusan udang.
4. Pecahkan telur, kacau-kacau sebatikan. Masukkan pula kerang yang telah direbus, kuey teow, taugeh dan kucai. Siap! Pastikan guna api yang besar ye.
Memang serabut rasa bila saluran air di rumah mula tersumbat, tersekat dan tak lancar. Sebelum nak panggil tukang paip, sebenarnya boleh baiki sendiri guna dawai spring dulu. Rupanya mudah je nak baiki, dengan cara ini saluran air akan kembali mengalir lancar.
Ikut cara yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini sebagai rujukan;
Kemahiran ini mungkin berguna pada yang belum tahu,ibu tunggal,pasangan berjauhan atau sesiapa sahaja yang belum ada pengalaman.Kalau saluran paip tersumbat,ini langkah awal boleh dibuat sebelum anda panggil tukang sebenar.
JANGAN SESEKALI JOLOK DENGAN BATANG PENYAPU/BENDA KERAS/TAJAM PADA SALURAN AIR. Nanti pecah,banyak kerja dan kos tinggi.
Guna Dawai Spring
Pergi hardware/Mr DIY cakap nak dawai spring bagi salur air tersumbat. Ada 3 meter dan 5 meter. Pilih. Saya pilih yang 5 meter tapi potong spring depan yang lembut sebab susah nak masuk ke saluran. Tinggalkan sikit je yang lembut lebih kurang sejengkal.
Ini bukan putus tapi saya potong bahagian lembut tu. Supaya senang jolok dala saluran paip. Tinggalkan sejengkal je lebih kurang.
Jolok hingga masuk ke saluran. Guna lah 3-4 cara agar dia masuk.Dah masuk,putar wayar. Dia sekali datang dengan pemutar manual. Saya pakai drill. Baru puas hati wayar berbelit menangkap punca tersumbat.
Saya kepitkan hujung dia dengan chuck drill dan ketatkan.Tapi ianya sesuai untuk saluran yang jenis lurus ya untuk digunakan bersama drill. Kalau tak yakin/tak nampak saluran air camna, putar je manual pakai tangan.
Putar je sampai air mula mengalir. Putar sampai puas hati dan secukup rasa.
Dah tengok laju,cuba curahkan air sebaldi besar tengok kelajuan turun.
Dah ok,tarik wayar naik.
Siap.
Satu tips berguna jaga saluran sinki dapur : SEMINGGU SEKALI JIRUS AIR PANAS KE SINKI DAPUR UNTUK BAGI LEMAK MAKANAN MENGALIR.
Harap bermanfaat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada masalah saluran paip tersumbat dekat rumah tu, boleh buat macam ni dulu sebelum nak panggil tukang paip. Jimat!
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Kerabu antara menu diet yang cukup menyihatkan dan sangat sedap.Ada pelbagai jenis resipi kerabu yang mudah dan sedap boleh mak-mak cuba di rumah, namun kerabu suhun ini antara yang sangatlah sedap dan membuka selera.Wajib cuba!
Baru-baru ni saya dan isteri pi Langkawi. Makan kerabu sohun di restoran Bangkok. Cukup sedap. Hari ni saya try buat. Resepi google dan ada yang kawan-kawan bagi. Kata oghang penang sedap nak mampuih.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Suhun (dicelur)
Lobak Merah
Tomato
Bawang merah & bawang holland
daun ketumbar
cabai melaka/cili padi
daun bawang
serai
Timun
Udang & sotong (dicelur) 2 sudu besar nise
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar kicap cair
Limau nipis
Cara Membuat:
1. Celur dahulu suhun sekejap dalam air panas.
2. Hiris kecil semua bahan-bahan untuk buat kerabu.
3. Kemudian, perah limau dalam cawan, kemudian masukkan gula nise, sos ikan dan kicap cair.
4.Kacau sebati semuanya hingga larut gula nise.
5.Campurkan dalam semua bahan-bahan yang telah dihiris/potong tadi.
Founder wanita antara ditahan terlibat pengedaran pil kuda di Kelantan, nilai rampasan RM6.16 juta. Memaparkan gaya hidup mewah termasuk menayang kenderaan mewah antara trend...