Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.
Sebenarnya selain rebus, telur juga boleh dikukus agar lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Lina Sahedin ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Baru berkesempatan untuk berkongsi cara mengukus telur yang sangat mudah tidak ada yang rosak walau sebiji pun. Saya mengukus untuk perkahwinan anak saya pada 1hb Januari sebanyak 185 biji, buat seorang saja memandangkan hujan turun tanpa henti di Kuantan.
Telur lebihan ni saya buka pagi ni sudah seminggu, 7hb Januari. Masih ok, cantik tanpa ada air dalam kulit telur.
Cara Mengukus Telur:
1. Basuh kesemua telur dalam air mengalir.
IKLAN
2. Susun menegak / melintang pun boleh dalam loyang pengukus. Janji ok.
3. Panaskan air kukusan sampai mendidih biar 5 minit atau lebih mendidih.
4. Letak pengukus berisi telur pertama 100 biji.
5. Kecikkan api seperti dalam gambar. Kalau api kuat akan ada bunyi telur retak. Jadi perlahankan api lagi, sebab kebanyakkan dapur tak sama.
6. Set jam 40 minit.
7. Cukup 40 minit tutup api. Siap!
8. Susun dalam besen, raga atau bekas yang besar.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.
Bulan Ramadan ini paling kerap suri rumah masuk dapur. Penting sebenarnya bekerja di dapur dalam keadaan bersih dan selamat. Cara paling tepat, tentunya gunakan sarung tangan yang betul dan sesuai dengan aktiviti suri.
Ketika berkebun, membasuh pinggan mangkuk malah memasak sekali pun, sarung tangan tu amat membantu memelihara jari jemari suri.
Lagi-lagi jenis kulit tangan sensitif pada ‘chemical’ sabun basuh tu. Sebab bila tak dijaga, kulit jadi kering dan sesetengahnya menyebabkan kulit merengsa kemerah-merahan.
Sebelum melarat, suri rumah kena hadam jenis sarung tangan yang mana yang paling tepat mak-mak perlu pilih ikut jenis aktiviti agar kulit tangan kekal lembab dan sihat terpelihara.
Pertama : Ini Cara Yang Betul Elak Jari Mengelupas Dan Kuku Patah Ketika Memasak Di Musim Raya Ni
Ketika musim raya, suri rumah memasak bukan satu dua jenis lauk. Kadangkala jumlahnya pun berganda, biar tetamu dapat rasa sama. Masa di dapur pun panjang.
Nak hiris bawang, tumbuk serai, potong lada.. renyahkan kerja itu. Risiko kuku patah, kulit jari jemari menggelupas tu tetap ada. Biarpun ada yang tak peduli semua itu. Tapi kan, kita sebenarnya boleh kurangkan risiko sebegini.
Salah satunya dengan memakai sarung tangan yang betul. Pilih yang ringan, mudah buat kerja dan tangkas. Jenis Rose Pink – Disposable Nitrile Glove ini sesuai sungguh.
Yang penting, bebas silikon dan bebas serbuk. Itu membuatkan ia selamat digunakan semasa mengendalikan makanan. Lengkap dengan bekas yang boleh suri gantung di bahagian dapur mudah capai.
SHOWA Saratto Touch
SHOWA Fuwatto Touch
Kedua : Banyaknya Gelas Nak Cuci Masa Raya, Suri Rumah Kena Pakai Showa Glove Tau
Dah boleh bayangkan kan Hari Raya nanti kunjungan tetamu yang tak putus-putus. Bermakna banyaklah pinggan mangkuk nak kena cuci. Berlama-lama berendam air sabun, tulah nanti beri kesan pada jari jemari.
Pilih sarung tangan yang bukan saja melindungi jari jemari iya. Malah, memelihara bahagian tangan dari ‘chemical’ sabun basuh.
SHOWA Saratto Touch (Semi-Long)
Sarung tangan SHOWA Saratto Touch Flock Lined Semi-Long PVC Household Glove ini selesa berganda. Pilih ikut saiz tangan yang tepat agar melekap pada tangan. Terdapat saiz S, M dan L.
Bentuknya elegan tau. Cantik dengan pilihan warna-warna menarik yang buat tetamu pun rasa nak mencuba. Boleh juga dipakai semasa kerja-kerja membasuh kain dan membersih bilik air.
Ketiga : Bukan Muka Suri Saja Kena Jaga, Tangan Dan Jari Jemari Pun Kena Jaga Juga
Bila tiba Hari Raya, suri rumah ghairah nak bercantik-cantik tang muka dan badan. Tapi lupa nak jaga tangan dan jari-jemari. Padahal itulah juga antara tempat utama yang jadi perhatian.
Bila nak hidangkan air atau makanan, kita gunakan kedua belah tangan. Sebenarnya, bila jari jemari berasa kasar dan kering, kita sendiri pun rasa tak selesa.
Sebab itulah, penting untuk dijaga. Seminggu sekali semasa mandi, skrub bahagian tangan dan jari jemari. Boleh guna bahan buat sendiri sama ada guna beras atau beli skrub yang dijual di pasaran.
Sebelum tidur, sapulah losyen yang anti melekit. Lakukan setiap malam. InsyaAllah, halus.. lembutlah tangan suri tu nanti.
Keempat : Tangan Tetap Bersih Walau Anda Berkebun
Sekarang ini, suri bukan saja berkebun di ladang. Ada suri rumah yang seronok menanam di ‘edible garden’ depan rumah, belakang rumah malah di balkoni kediaman.
Bulan puasa ini kalau nak berkebun, suri perlukan sarung tangan berkebun yang sesuai. Melekap betul di tangan, tak panas malah kalis air mahupun kotoran.
Haa.. pilihan ini terbaik untuk suri ; Showa 381 – Microfibre Glove. Pertama, inovasi rekaannya bukan sekadar cantik dan ringan. Malah membantu suri bekerja dengan tangkas dan selesa.
Gelembung kecil pada permukaan tapak sarung tangan membantu daya cengkaman yang kemas. Terutama pada sesuatu yang licin akibat basah atau berminyak.
Yang penting, boleh dicuci semula, tahan lasak dan jangka hayatnya lebih lama.
MW : Suri rumah dah faham kan jenis sarung tangan mana yang sesuai dipilih ikut kegunaan aktiviti. Semoga info ini bermanfaat dan bantu suri rasa selamat mengendalikan aktiviti di dapur mahupun berkebun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Masalah jerawat biasanya kerap berlaku pada anak yang meningkat remaja dan turut dialami oleh orang dewasa. Bila banyak ‘hinggap’ di muka, boleh timbul rasa malu dan kurang keyakinan diri.
Walaupun banyak cara yang digunakan untuk kurangkan masalah jerawat ini, namun tak semua akan sembuh dengan rawatan yang biasa-biasa. Mungkin ada juga yang tidak sangka, nak hilang masalah jerawat ini tidak perlu menhabiskan wang yang banyak. Ada juga yang hanya menggunakan produk murah saja.
Begitulah. Tak kisah rawatan yang macam mana sekali pun, yang penting masalah jerawat ini dapat diatasi dan tampil dengan kulit yang cantik dan sihat.
Inilah yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar untuk anda yang mengalami masalah jerawat. Kalau produk yang mahal tidak berkesan, boleh cuba dengan rawatan yang paling murah. Kita tak tahu, mungkin ini boleh membantu.
DIY MASKER HILANGKAN MASALAH JERAWAT DENGAN SATU BAHAN
Anda kenal tak dengan buah mengkudu. Biasanya kalau di kampung memang banyak pokok ini.
Buah mengkudui ni memang telah terbukti mampu menyembuhkan berbagai penyakit dan boleh mencegah penuaan.
Satu faedah yang boleh digunakan dengan mengkudu ini tentulah ia dapat menyembuhkan dan menghilangkan jerawat tau.
Jom kita tengok macamana nak hasilkan masker hilangkan jerawat ni.
BAHAN BAHAN : Buah mengkudu Kapas muka
CARA CARANYA : 1. Kisarkan buah mengkudu sehingga halus. 2. Tapiskan airnya. 3. Ambil kapas muka dan celupkan di dalam air tapisan buah mengkudu tadi. Kemudian tampalkan pada jerawat. Biarkan sehingga kering. 4. Bila dah kering baru la dibilas dengan air suam. 5. Amalkan secara rutin memakai masker ni supaya kulit lebih bersih dan bebas jerawat.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh cuba dengan guna buah mengkudu untuk hilangkan jerawat. Moga ia membantu.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Tak sangka tanam pokok kunyit dalam tayar, menjadi sungguh hasilnya. Bersusun isi, memang puas hati berbaloi. Bukan apa, kunyit antara ramuan yang kita selalu gunakan dalam masakan dan di dapur. Baik kunyit hidup mahupun serbuk kunyit.
Jika rajin bercucuk tanam, boleh cuba tanam sendiri pokok kunyit dalam tayar terpakai, ikut panduan seperti yang dikongsikan oleh Razak Adomini.
Tanam kunyit dalam 2 biji tayar. Setiap tayar 6-7 pokok. Alhamdulillah..Inilah hasilnya selepas lebih 6 bulan tanam.
Antara tip tanam pokok kunyit isi banyak bersusun sebagai panduan;
1. Guna tayar kereta biasa saiz 14. Potong dengan pisau dapur pun boleh. Bahagian tepi tayar takde dawai, pisau mesti cukup tajam. Kemudian terbalikkan yang luar ke dalam.
2. Bila semua pokok sudah mati, sedia untuk dituai.Masa ni isi kunyit dah cukup matang.
3. Hasil tayar no 2 selepas lebih 6 bulan.
4. Kemudian terbalikkan tayar dan tembak air. Saya guna baja asli tahi kambing (sebaiknya guna yang dah reput), tanah bakar, pasir. Gaul sekali semasa mula tanam.
5. Hasil tayar no 1
Saya tak jual, untuk kegunaan sendiri sahaja. Berbagi dengan jiran-jiran, adik beradik dan buat buah tangan tetamu yang tersinggah je.
Mingguan Wanita: Seronok nya lihat hasil kunyit ni. Walaupun hanya tanam pokok kunyit ni dalam tayar, namun menjadi betul. Bersusun isinya puas hati dan berbaloi sungguh!
Tak Kisah Jadi ‘Ibu Segera’. Tahniah diucapkan buat penyanyi Sarah Suhairi yang kini sudah bergelar isteri kepada Aswad Mohd. Anuar, 38.Seperti mana yang dikongsikan...