Manfaatkan masa yang ada dengan cara untuk tanam pokok dalam pasu di rumah. Cara yang dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Dzuriasikim Dzulkefli ini sangat ringkas  dan mudah.

Manfaatkan Masa Anda Di Rumah Tanam Pokok Dalam Pasu, Kurangkan Belanja Dapur

Manfaatkan Masa Anda Di Rumah Tanam Pokok Dalam Pasu, Kurangkan Belanja Dapur
Tanaman yang begitu subur.
Manfaatkan Masa Anda Di Rumah Tanam Pokok Dalam Pasu, Kurangkan Belanja Dapur
Buah tomato segar turut ditanam.

Berbakti Pada Tanah

Anda semua terutama ibu-ibu pasti boleh lakukan aktiviti ini. Antara cara-caranya;

1. Boleh ambil buah tomato yang kurang segar atau cili yang hampir rosak, kemudian letak je atas tanah dan siram.

2. Bila dan tumbuh, bolehlah dialihkan satu pokok satu pasu.

IKLAN

3. Penting untuk pastikan anda guna tanah yang baik dan bukan yang sudah digunakan banyak kali untuk tanam pokok lain sebelumnya. Jika menggunakan tanah yang sedia ada, campurkan dengan tanah campuran baru.

4. Cahaya matahari yang cukup penting untuk tanaman. Jika tanam di balkoni, pastikan ia mendapat sinar matahari yang cukup.

6. Mengapa pilih cili dan tomato? Sebab mudah hidup, senang dijaga dan cepat berbuah. Lagipun cili dan tomato sering digunakan dalam masakan.

IKLAN

7. Anda juga boleh menanam tanaman lain seperti rosemary, oregano, basil, Okinawa spinach. Semuanya edible atau boleh dimakan begitu sahaja.

8. Bila disusun seperti, ianya sangat cantik. Bukan sahaja cantik, malah jadi terapi mata dan minda. Boleh divert attention (mengalihkan perhatian terutama dari kekusutan) dan jimat belanja.

IKLAN

9. Jangka hayat pokok ini tidaklah lama. Anda boleh simpan buah yang tua dan tanam semua.

10. Pembajaan adalah setiap dua minggu bagi baja organik atau kimia. Pemilik Facebook ini iaitu Dzuriasikim Dzulkefli  juga menggunakan baja ajinomoto. Bancuhannya adalah 3/4 sudu teh bagi setiap liter air dan siram dengan air ini seminggu sekali.

Anda boleh mencuba dan pastikan tanaman anda sangat berguna dan boleh dipetik apabila hendak di masak.

Terima kasih: Facebook Dzuriasikim Dzulkefli 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI